Cinta itu seperti apa?
Ketika berpenatan dengan masing-masing badan berbau seperti kilang kerana penat seharian bersolidariti, kami berkumpul di ruang antara gerabak LRT. Di sisi saya 3 orang anak muda pemimpin masa depan. Seorang masih menuntut di bidang forensik, seorang bakal guru bahasa Inggeris dan seorang lagi adalah bakal peguam. Tanya saya apa yang menjadi penghalang rakan-rakan lain untuk turun padang berbakti kepada masyarakat pada usia muda. "Mereka tidak sanggup mengorbankan lifestyle hujung mereka. Shopping dan outing (atau mungkin dating). Mereka masih mahukan life mereka." "Bagaimana dengan awak?" "Inilah life yang saya pilih." Saya menganggat kening. "Kami juga sukakan life sepertimana kawan-kawan yang lain. Tetapi bila fikir-fikirkan, kenapa tidak lakukan kerja-kerja yang memberi makna? Aktiviti seperti ini, adalah life yang saya pilih." Bakal teacher kemudian mencelah, "saya sedang menunggu nama untuk dipilih menj...