Wajah-wajah yang Cantik


Kami menjelejah Gua di Kota Gelangi, bermain sukaneka dengan bermacam ragam abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, bermandi-manda di kolam Tekam Resort dan kemuncaknya makan malam BBQ dengan persembahan bersemangat dari adik-adik yang sporting.

Saya lihat kasih sayang, kemesraaan, masa depan cemerlang di tangan anak-anak muda yang percaya mereka boleh melakukan perubahan walau masih belum ada apa-apa di tangan, saya lihat kemanusiaan masih hidup walau dalam asap jerebu yang menekan.

Sebelum pulang lewat malam dari Tekam Resort, adik-adik yang keletihan tetapi berpuas hati dengan hadiah hamper masing-masing, saya melihat langit. Ada bulan, besar, kuning dan terang.

Bulan telah muncul, seperti bulan, mereka ini adalah wajah-wajah yang terlalu cantik di mata saya. Semoga Allah merahmati dengan kasih sayang mereka yang dicurah, sepenuh ikhlas.

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi

Pernah dengar Pulut Himpit?

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi