Pagi di Thariq Ibrahim

Selamat pagi Ayahanda Ibrahim dan keluarga yang mulia. Syawal masih belum berakhir, kami sudah mendengar panggilanmu dari tanah yang jauh, tanah yang dirindu, tanah nubuwwah, tanah syahadah.

*********************

Ramai orang meletakkan Haji sebagai pengakhiran kepada tujuan hidup mereka atas banyak sebab. Kerana hanya di waktu itu mereka tidak ada apa-apa lagi yang perlu dikejar, Haji bagi sesetengah orang bermakna merubah gaya hidup menjadi kiyai, bila anak-anak sudah besar dan hidup dengan selesa, bila usia untuk tidak banyak lagi tersisa sebagai lambang taubat yang paling aula.

Falsafah Haji seharusnya menjadi falsafah yang hidup bukan falsafah menuju mati!

Apa yang dibayangkan dalam dua syahadah, maknanya bangkit bersaksi. Maka seluruh upaya manusia dalam menuturkan kalam yang membuka langit dan pintu syurga ini haruslah dalam perlakuan yang aktif, bukan pasif.

Mengumpulkan rezeki, menabung berdikit demi menyampaikan hajat yang satu ini, bermula dari usia muda adalah usaha untuk membuktikan kesaksian ini. Seluruh upaya menuju Haji adalah gerakan-gerakan aktif, bukan kekal di perbaringan. 

Apa yang akan dilakukan nanti selama 2 minggu di tanah suci juga adalah dalam bentuk-bentuk pergerakkan yang berterusan. Semuanya menuntut penggunaan fizikal yang bukan sedikit, dan kerana itu, ia adalah cita-cita yang perlu ditanam sejak mula kita dapat berfikir ke arah mana duit yang kita tabungkan dari punca rezeki yang diterima dari Tuhan.

Dan kita jadi semakin hairan, sejumlah besar alumni Haji pulang ke masyarakat, tetapi masyarakat kita terus jadi makin tidak berdaya dan layu. Ke mana falsafah pergerakkan berterusan itu dicampakkan?


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK