Posts

Showing posts from September, 2013

Aki, Aku dan Ako : #3 Suratkhabar

Aku melihat Aki tergelak seorang di tembok tepi jalan sambil leka menguliti suratkhabar. Apa yang seronok sangat baca suratkhabar pun aku tak tahu. Aki betul-betul tak perasan aku sedang dekat.  Aku ambil suratkhabar perlahan sambil mata Aki melihat aku dengan terpinga-pinga. Tanpa salam, Aki tak nampak terkejut pun.  "Ako, aku belum habis baca lagi." Aki memprotes. Aku hulurkan Dewan Pelajar beri pada Aki. "Dewan Pelajar? Umur aku dah 20 tahun la Ako, ada apa makna baca Dewan Pelajar untuk sekolah rendah ni." Protes Aki belum habis. "Dari kau baca Metro bahagian hiburan pula tu, baik kau baca majalah ni. 10 kali ganda lebih baik dari suratkhabar yang ditulis tanpa moral macam ni, kau tahu." "Apsal pula?" "Apa pentingnya untuk kau tahu siapa boyfriend Neelofa dan macamana pula perkembangan kes tuttt Adi Purta?" "Penting apa. Aku boleh tahu perkembangan semasa duhhh." "Perkembangan sema...

Aki, Aku dan Ako: #2 Doa

Lepas mengajar kat rumah Tunas Harapan, Ako mengajak aku minum ABC. Memang aku tak akan menolak sebab Ako seperti biasa pemurah.  "Kau ni memang suka belanja orang eh?" "Untung la kau kenal aku sekarang, cuba kenal 3-4 tahun yang dulu. Haram."  Ako mengaku tak reti berselindung. Bro ni one of the kind . Berseluar jean koyak tapi deep . Tadi pun ajak buat kerja kebajikan. Tolong adik-adik buat kerja sekolah. Ada yang sudah umur 12 tahun, darjah 6 tetapi membaca masih lagi merangkak. Masa makan ABC Ako tak banyak bercakap. Termenung jauh macam nak tembus badan aku. Kalau Ako ada mata Superman, mesti dia boleh nampak tulang belulang. "Kau ni kenapa?" "Mengantuk." Ako bangun dan pergi basuh muka kat sinki gerai ABC. Masa Ako tak nampak aku kutip semua jagung, kacang, cendol yang ada kat mangkuk Ako. Bila Ako sampai, aku buat macam  tak ada apa-apa benda berlaku. "Antara ciri orang beriman dia tak mencuri. Kalau nak m...

Aki, Aku dan Ako : #1 Mimpi

Pagi tadi secara tidak sabar aku menulis Whatsapp ke Ako. "Minta tolong sikit, tafsirkan mimpi aku." Ako menjawab pantas, "ermmm, mimpi basah letew". Hotak kau, aku nak tulis macam tu. Tapi oleh kerana Ako bukan spesis mencarut aku tulis "Ottoke!" Bajet bahasa Korea. "Aku mimpi jumpa orang agama yang tinggi ilmunya dan berpengaruh. Waktu aku jalan-jalan, tiba-tiba jumpa orang agama tu. Dia salam aku kemudian berjalan beriringan sambil peluk pinggang. Macam mesra je." Aku menunggu jawapan Ako. Lama, Ako tak jawab. "Ako, kau dapat tak Whatsapp aku?" "Dapat." "Kenapa tak jawab?" "Malas nak taip." Cilakak. Aku telefon Ako. Cerita balik, kemudian menambah, "lepas aku jumpa orang agama tu, aku jumpa orang lain pula. Seorang senior kat tempat kerja. Dia pun buat benda yang sama. Kami jalan beriringan sambil bersembang mesra sehinggalah aku sampai kat satu kebun banyak poko...

Aki, Aku dan Ako

Aku menceritakan angan-anganku untuk hidup ringkas dan mudah, tidak dibebani hutang-hutang tetapi tetap bersemangat untuk membangun bangsa dan ummah. Panjang anganku. Aku ceritakan kepada Aki, tentang rumah di kampung, tentang bangsal sayuran yang akan aku bina. Sayur-sayuran yang aku tanam dengan teknik terbaru yang tidak memerlukan banyak penjagaan. Baja pun aku buat sendiri. Air aku akan tap dari sungai, aku jernihkan, dan sudah tentu aku akan ada kolah untuk tampung air hujan.  Aku bayangkan terus tentang sayur-sayuran aku yang mencukupi untuk makan, malah berlebih-lebih sehingga aku boleh berjualan dengan harga pasaran yang lebih murah dari peniaga lain. Ya tentu, aku merai pasaran bebas yang bertanggungjawab. Sayur-sayuran aku lebih segar dan subur dari orang lain, selamat untuk dimakan kerana semuanya organik. Tak guna sikit pun bahan kimia dan racun perosak. Malah akan menyebabkan orang makan dengan yakin dan sihat. Juga aku ceritakan pada Aki tentang ayam, ik...

Cita-cita Jauh Cita-cita Dekat - #2

"Saya cerita sebagai orang yang sedang menyaksikan secara langsung, majoriti manusia bersikap seperti apa. Boleh dikatakan kebanyakkan kita bertindak hampir sama. Saya sudah tidak menjumpai manusia yang unik dengan karakter tersendiri. Mereka orang yang sama." OM mengangkat bahu tidak faham. "Kebanyakkan kita akan bertindak seperti ini. Menunggu gaji setiap bulan. Kemudian mempunyai cita-cita jauh seperti naik pangkat, cari anugerah, tunggu bonus, tunggu durian runtuh dan selepas itu kita akan mula membeli. Kita akan membeli dan membeli. Kerana itu bil yang perlu dibayar tidak pernah habis malah makin bertambah." "Apa yang dimaksudkan sebagai cita-cita jauh?" "Cita-cita yang diluar kawalan kita. Boleh jadi kita sangat mengejar tetapi belum tentu kita akan dapat. Dan kalau dapat pun belum tentu kita akan bahagia dengannya." "Kalau macam itu tentu ada cita-cita yang dekat." "Saya rasa tak jawab pun awak boleh...

Cita-cita Jauh Cita-cita Dekat - #1

Dalam setiap semester kuliah, selalu saya menerima tetamu-tetamu istimewa. Mereka istimewa kerana disebalik umur muda mereka, mereka mahu bertanya persoalan di luar kotak dan apa yang dibelajar. Tetamu yang seorang ini tiba di bilik sambil membawa dua buah buku. Satu bertajuk KA+WAH ditulis oleh Pipiyapong dan satu lagi Pendek Mabuk Gila karya Ahmad Kamal Abu Bakar. Dia mahu saya baca buku yang dibaca. Sehingga entri ini ditulis, saya masih belum baca kedua-duanya.  Perbualan kami dimulakan secara rambang. Tanya Orang Muda (OM), "saya ada baca tentang perbankan, tentang duit kertas. Saya banyak benda tak faham."  Saya senyum. Mahu mendengar dulu apa yang terbuku di dalam dada. "Saya juga pernah bertanya, apa yang saya belajar ni akan bawa saya ke mana?" Saya rasa dilema OM bukan dilema yang asing. Lebih-lebih lagi di zaman ini di mana alternatif terlalu banyak. Ramai sudah yang sudah keluar dari satu fahaman statik tentang, habis SPM-Universiti-...

Kejayaan Jauh Kejayaan Dekat

Bagi kebanyakkan pelajar, semua menantikan dengan tidak sabar keputusan ujian dan peperiksaan. Mereka menganggapnya sebagai satu penantian yang sangat menyiksakan. Untuk saya, keputusan peperiksaan adalah kejayaan jauh. Apa dia kejayaan jauh? (jangan susah-susah Google, yang saya terangkan ini adalah dari apa yang saya fikirkan). Kejayaan jauh seperti keputusan peperiksaan tadi. Kalau dalam konteks kerja, keputusan temuduga. Kenapa saya katakan kejayaan jauh, kerana ada beberapa persen dari keputusan akhir itu diluar kawalan kita.   Bagi contoh sikit. Biasa di waktu peperiksaan, kita akan sangat bersungguh-sungguh. Kita jawab pun bersungguh. Sejauh mana pun kita yakin apa yang tertulis atas kertas, keputusan akhirnya masih di luar kawalan kita. Sama juga kes dalam temuduga, baik temuduga biasiswa, nak masuk kursus pilihan di universiti, minta kerja dan sebagainya. Ada satu aspek dalam kehidupan yang jarang sekali kita fikirkan. Ini yang saya namakan sebagai kejayaa...