Aki, Aku dan Ako: #2 Doa

Lepas mengajar kat rumah Tunas Harapan, Ako mengajak aku minum ABC. Memang aku tak akan menolak sebab Ako seperti biasa pemurah. 

"Kau ni memang suka belanja orang eh?"

"Untung la kau kenal aku sekarang, cuba kenal 3-4 tahun yang dulu. Haram." 

Ako mengaku tak reti berselindung. Bro ni one of the kind. Berseluar jean koyak tapi deep. Tadi pun ajak buat kerja kebajikan. Tolong adik-adik buat kerja sekolah. Ada yang sudah umur 12 tahun, darjah 6 tetapi membaca masih lagi merangkak.

Masa makan ABC Ako tak banyak bercakap. Termenung jauh macam nak tembus badan aku. Kalau Ako ada mata Superman, mesti dia boleh nampak tulang belulang. "Kau ni kenapa?"

"Mengantuk." Ako bangun dan pergi basuh muka kat sinki gerai ABC.

Masa Ako tak nampak aku kutip semua jagung, kacang, cendol yang ada kat mangkuk Ako. Bila Ako sampai, aku buat macam  tak ada apa-apa benda berlaku.

"Antara ciri orang beriman dia tak mencuri. Kalau nak minta." 

Aku senyum seposen.

"Aki, kalau kita doa untuk mak ayah, kita sebut kasihani kedua mereka seperti mana mereka mengasihani kami ketika kecil kan? Budak-budak kat rumah perlindungan tu, yang tak kenal mak ayah sebab kena tinggal kat shopping complex, yang mak bapa kaki pukul hisap dadah, mereka akan guna doa yang sama ke?"

ABC yang aku suap yang pengabisan macam tak masuk terus ke tekak. Terkulum sekejap kat mulut. Aku diam satu sebab aku tak reti jawab, dua, mulut aku penuh. Tapi dahi aku berkerut-kerut macam memahami. Aku dah cakap Bro Ako ni deep.

"Kenapa diam?" Ako tanya serius menanti jawapan.

"Aku...aku tak reti baca doa lepas semayang."

Ako tepuk dahi. Dia menghabiskan ABC yang kosong dengan isi tanpa bercakap apa-apa lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?