Aki, Aku dan Ako

Aku menceritakan angan-anganku untuk hidup ringkas dan mudah, tidak dibebani hutang-hutang tetapi tetap bersemangat untuk membangun bangsa dan ummah. Panjang anganku.

Aku ceritakan kepada Aki, tentang rumah di kampung, tentang bangsal sayuran yang akan aku bina. Sayur-sayuran yang aku tanam dengan teknik terbaru yang tidak memerlukan banyak penjagaan. Baja pun aku buat sendiri. Air aku akan tap dari sungai, aku jernihkan, dan sudah tentu aku akan ada kolah untuk tampung air hujan. 

Aku bayangkan terus tentang sayur-sayuran aku yang mencukupi untuk makan, malah berlebih-lebih sehingga aku boleh berjualan dengan harga pasaran yang lebih murah dari peniaga lain. Ya tentu, aku merai pasaran bebas yang bertanggungjawab. Sayur-sayuran aku lebih segar dan subur dari orang lain, selamat untuk dimakan kerana semuanya organik. Tak guna sikit pun bahan kimia dan racun perosak. Malah akan menyebabkan orang makan dengan yakin dan sihat.

Juga aku ceritakan pada Aki tentang ayam, ikan dan kambing yang akan ada di laman.

Aki tiba-tiba respon, "laman?"

"Maksud aku, kandang." 

Aki gelak, dia ingat aku malaikat yang tidak pernah buat salah. Aku berikan senyum segaris yang tidak ada lekuk. Aku tak senyum sebenarnya sebab aku tidak rasa kelakar.  

Kemudian Aki bertanya, "macamana dengan internet dan apa yang kau perlu untuk menulis?"

Aku menjawab, "hack dari jiran sebelah tentunya."

Mata Aki jadi besar tiba-tiba. Aku mencucuh putung rokok dalam astray, haha, ya aku hanya membayangkan. Kalau perlu pun aku menjadi seorang perokok, aku akan hisap e-cigarrate. Tapi alatnya pun cukup mahal lebih dari RM200. Aku tidak mampu memanjakan diri aku dengan asap yang mahal, sedangkan aku lebih kenyang makan nasi kukus ayam dara.

"Kau tidak akan cukup berani untuk mencuri, walau itu hanyalah mencuri line internet jiran sebelah." Aki seolah mencabar.

"Tapi aku tetap akan guna!" Jawabku seperti seorang lelaki yang pemberani.

"Yelah, selepas kau ketuk pintu rumah jiran, minta kebenaran dan password, kemudian kau bayar sedikit duit setiap bulan kan?"

Aku nak menjerit, "kau bodoh. Kau ingat aku tidak berani!" tapi tak keluar.

Aki selamba tengok muka aku dan komen, "a good person never have an interesting story."

"Tapi kenapa kau nak lepak dengan aku?" Aku marah dia sebenarnya.

"Sebab...kau interesting, kau different dan unik. Sanggup jadi lain dari orang lain."

Aki memang bodoh. Dia ingat aku nak makan dengan kata-kata manis dia. "Makan tengahari ni, kau bayar sendiri."

Aku terus bangun dari meja makan sambil Aki terkial-kial menelan kunyahan terakhir nasi kukus ayam dara yang tadinya aku cakap aku nak belanja.

Aki pegang tangan aku sambil bersuara perlahan, "Ako, aku tak bawa duit."


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK