Kejayaan Jauh Kejayaan Dekat
Bagi kebanyakkan pelajar, semua menantikan dengan tidak sabar keputusan ujian dan peperiksaan. Mereka menganggapnya sebagai satu penantian yang sangat menyiksakan. Untuk saya, keputusan peperiksaan adalah kejayaan jauh.
Apa dia kejayaan jauh? (jangan susah-susah Google, yang saya terangkan ini adalah dari apa yang saya fikirkan).
Kejayaan jauh seperti keputusan peperiksaan tadi. Kalau dalam konteks kerja, keputusan temuduga. Kenapa saya katakan kejayaan jauh, kerana ada beberapa persen dari keputusan akhir itu diluar kawalan kita.
Bagi contoh sikit. Biasa di waktu peperiksaan, kita akan sangat bersungguh-sungguh. Kita jawab pun bersungguh. Sejauh mana pun kita yakin apa yang tertulis atas kertas, keputusan akhirnya masih di luar kawalan kita. Sama juga kes dalam temuduga, baik temuduga biasiswa, nak masuk kursus pilihan di universiti, minta kerja dan sebagainya.
Ada satu aspek dalam kehidupan yang jarang sekali kita fikirkan. Ini yang saya namakan sebagai kejayaan dekat. Kejayaan dekat (juga jangan susah-susah Google, sekali lagi ini adalah definisi saya sendiri), adalah sesuatu yang berada dalam kawalan kita sepenuhnya. 100 persen kita boleh kawal.
Kejayaan dekat dalam konteks pelajar ada banyak. Saya jelaskan beberapa yang boleh di sini:
1. Tumpuan dan fokus
Fokus ini perlu ada di dua tempat. Satu ketika cikgu sedang ajar, dua ialah ketika kita sedang mengambil masa untuk belajar sendiri. Biasanya yang paling susah dibuat ialah ketika nak belajar sendiri. Walaupun kita tetapkan pada diri sendiri untuk fokus 15-25 minit, itu pun susah nak dapat. Tapi kalau dapat, memang sangat bagus kerana kita tidak perlu banyak masa untuk ulangkaji.
2. Bersungguh-sungguh
Bersungguh-sungguh ni boleh jadi berlaku pada banyak tempat. Tetapi untuk saya ialah kerja ekstra yang kita buat berbeza dari orang lain. Sebagai contoh bangun seawal jam 4 pagi untuk dapat belajar 2 jam sebelum subuh. Atau 1 jam sebelum Subuh. Contoh lain ialah, kesungguhan kita untuk membuat nota-nota kecil sendiri, untuk digunakan sebelum Cikgu masuk mengajar. 5 minit sebelum Cikgu masuk kita selak nota untuk melihat tajuk-tajuk penting yang sudahpun dibincangkan sebelumnya.
3. Latihan dan Mengulang
Ini disebut secara panjang lebar dalam buku yang saya sangat suka dan minat baca iaitu How to Master Your Habits, ditulis oleh Felix Siauw. Latihan dan pengulangan hanya menghasilkan satu keputusan yang nyata, iaitu, perfection atau kesempurnaan.
Contoh. Saya masih ingat ketika arwah Ayah marah kerana menaip dengan hanya menggunakan dua jari sahaja. Arwah Ayah meminta saya untuk mengeluarkan semua jari ketika menggunakan keyboard komputer. Setiap kali saya mahu menggunakan dua jari, saya teringat Ayah. Jadinya, saya perlu menggunakan semua jari walaupun kekok ketika menaip. Hasil dari latihan dan pengulangan tersebut, hari ini, saya menggunakan semua jari dan tidak perlu memandang papan kekunci untuk menaip. Walaupun belum secekap mana, tetapi saya boleh faham apa latihan dan pengulangan boleh lakukan pada kita.
Tiga benda di atas itu adalah bagi saya, kejayaan dekat. Kalau dapat buat semua ini, ia sudah kejayaan yang patut dirai. Nampak mudah sangat, tetapi seperti biasa, kena buat dulu untuk tahu mudah tak mudah.
Ada yang mengkritik, boleh jadi sudah buat 3 perkara di atas, tapi apa akan jadi kat kita kalau kejayaan jauh yang kita tunggu tidak berbaloi, atau sangat lain dengan kesungguhan yang telah kita lakukan. Pendek kata, kita gagal atau pun markah yang kita dapat sangat rendah.
Jap, ermmm, bagus juga pertanyaan ini.
Tapi kat sinilah kita boleh belajar, apa yang Tuhan expect kat kita adalah usahanya. Kita selalu terlepas yang itu.
Ada banyak benda yang boleh kita buat jika kejayaan jauh itu mengecewakan.
1. Check kat 3-3 benda yang kita buat di atas. Adakah kita buat 100% atau ada sela masa tu ada yang kita cilok. Contoh, kalau perlu kita fokus 15-25 minit, 80% dari masa tu kita cilok untuk berangan. Atau blurr untuk kebanyakkan masa. Kalau betul kita tak cilok, mesti ada banyak catatan dalam kertas atau banyak perenggan yang kita highlight guna pen highlighter. Sama juga yang stay up 2 jam tu, kita betul gunakan 2 jam untuk ulangkaji, atau separuh masa tu kita berFB atau ber Candy Crush. Dan untuk latihan juga, kena check, samada kita betul buat untuk faham, atau kita just copy paste sambil berangan.
2. Kalau kita betul bersungguh dan fokus tak ada cilok-cilok, masih lagi keputusan mengecewakan sabar. Kita kena fikir reward Tuhan itu di banyak tempat tidak semestinya di tempat yang kita agak kita akan dapat. Boleh jadi kejayaan itu adalah kejayaan tertangguh, dan saya percaya di masa depan kita akan dapat kejayaan yang lebih baik sesuai dengan kehendak Tuhan.
3. Meski kita tak dapat seperti mana yang diharapkan, kita kena ada sikap positif. Antara benda yang kita capai ialah kita berjaya istiqamah dan disiplinkan diri. Tidak ramai orang yang boleh dapat dan amalkan, meski sumpah mereka lebih tahu dari kita. Kadang-kadang bersungguh pula mereka lecture tentang istiqamah pada kita.
Tapi ada juga orang tegur, semua ni "kau tulis untuk sedapkan hati sendiri je."
Hello, saya percaya reward yang kita dapat adalah real bukan sekadar nak sedapkan hati. Dan even kalau kita dapat sedapkan hati je, kita still dapat benda baik. Bila hati kita sedap, tenang dan lapang, banyak lagi benda yang kita boleh buat di masa depan. Tapi kalau hati kita susah dan tak sedap, jangan haraplah kita boleh bergerak ke hadapan.
Yang bermasalah itu selalunya mereka yang hatinya tidak sedap dan sentiasa berada dalam keadaan negatif.
Berusaha dulu dengan sesungguhnya, dengan apa yang kita ada, all you have. Walaupun sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Allah itu Maha Adil, jika awak percaya.
Saya percaya and there is nothing to loose. Dan Alhamdulillah, kebaikkan yang banyak dan melimpah-limpah di hadapan. Sekiranya awak mahu terus percaya dan berbaik sangka.
Kalau tidak dapat juga, check juga sangkaan kita pada Allah macamana. Boleh jadi kita tidak dapat kerana kita menyangka yang tidak baik kepada Allah, Tuhan Pencipta kita sendiri.
Comments