Aki, Aku dan Ako : #1 Mimpi

Pagi tadi secara tidak sabar aku menulis Whatsapp ke Ako.

"Minta tolong sikit, tafsirkan mimpi aku."

Ako menjawab pantas, "ermmm, mimpi basah letew".

Hotak kau, aku nak tulis macam tu. Tapi oleh kerana Ako bukan spesis mencarut aku tulis "Ottoke!" Bajet bahasa Korea.

"Aku mimpi jumpa orang agama yang tinggi ilmunya dan berpengaruh. Waktu aku jalan-jalan, tiba-tiba jumpa orang agama tu. Dia salam aku kemudian berjalan beriringan sambil peluk pinggang. Macam mesra je."

Aku menunggu jawapan Ako. Lama, Ako tak jawab. "Ako, kau dapat tak Whatsapp aku?"

"Dapat."

"Kenapa tak jawab?"

"Malas nak taip."

Cilakak. Aku telefon Ako. Cerita balik, kemudian menambah, "lepas aku jumpa orang agama tu, aku jumpa orang lain pula. Seorang senior kat tempat kerja. Dia pun buat benda yang sama. Kami jalan beriringan sambil bersembang mesra sehinggalah aku sampai kat satu kebun banyak pokok. Yang peliknya, pokok tu bukan ada buah, tetapi banyak bunga. Bila aku pandang je dia kembang, kalau aku tak pandang dia menguncup. Bila aku hulur tangan, dahan pokok tu akan merendah supaya aku dapat petik."

"Masa kau mimpi tu kau lelaki ke perempuan," Ako respon macam malas.

"Kenapa pula lelaki ke perempuan?"

"Kalau kau perempuan maksudnya, kau gatal. Ada mimpi salam sambil peluk-peluk mesra macam tu."

"Kalau lelaki?"

"Kau gay."

"Ottoke! Ako, jawab la betul-betul."

"Ok, Ok. Aki, pukul berapa kau mimpi ni?"

"Pukul 10 pagi."

"Astaghfirullah. Kau tak semayang subuh ke hapa? Tak kira kau mimpi jumpa buniyan atau masuk syurga, mimpi kau best macamana pun tak de makna. Tahu tak?"

Aku mendengar Ako menjerit di hujung talian. "Habis tu apa maksud bunga tu?"

"Astagfirullah, tak faham-faham lagi kau ni rupanya. Mimpi valid sebelum subuh En Aki ooiii. Tapi aku rasa ada makna jugalah mimpi bunga tu."

"Apa dia?"

"Kau kena mandi bunga, supaya sedar sikit tanggungjawab kena solat Subuh."

Ako letak telefon tanpa ucap apa-apa. Aku tengok telefon, jam pukul 10.45 am. Masuk bilik air ambil air sembahyang. Aku tak solat subuh lagi rupanya.   


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK