Tuesday, September 17, 2013

Aki, Aku dan Ako : #3 Suratkhabar

Aku melihat Aki tergelak seorang di tembok tepi jalan sambil leka menguliti suratkhabar. Apa yang seronok sangat baca suratkhabar pun aku tak tahu. Aki betul-betul tak perasan aku sedang dekat. 

Aku ambil suratkhabar perlahan sambil mata Aki melihat aku dengan terpinga-pinga. Tanpa salam, Aki tak nampak terkejut pun. 

"Ako, aku belum habis baca lagi." Aki memprotes.

Aku hulurkan Dewan Pelajar beri pada Aki.

"Dewan Pelajar? Umur aku dah 20 tahun la Ako, ada apa makna baca Dewan Pelajar untuk sekolah rendah ni." Protes Aki belum habis.

"Dari kau baca Metro bahagian hiburan pula tu, baik kau baca majalah ni. 10 kali ganda lebih baik dari suratkhabar yang ditulis tanpa moral macam ni, kau tahu."

"Apsal pula?"

"Apa pentingnya untuk kau tahu siapa boyfriend Neelofa dan macamana pula perkembangan kes tuttt Adi Purta?"

"Penting apa. Aku boleh tahu perkembangan semasa duhhh."

"Perkembangan semasa itu adalah yang berkaitan masa depan, masyarakat dan dunia kau, dan sebenarnya akhirat kau. Kalau Neelofa tukar 10 orang boyfriends pun tak kan terkait dengan kau la."

"Mana tahu salah seorang dari 10 orang tu aku..." Aku mengangkat keningnya ala-ala Romeo.

Aku mengeluarkan lighter dari saku seluar. Duduk di sebelah Aki. Dengan bergayanya aku membakar suratkhabar depan Aki.

"Eh!" Aki seperti terkejut aksi KL Genster 8 aku. 

Api marak di hadapan kami. Jauh suratkhabar dengan tempat kami duduk kat tembok adalah dalam dua langkah. Seperti biasa, lagak macho aku tidak akan goyah. Aku tidak bergerak walau terasa juga bahang panas.

Aki seolah mahu bercakap. Mesti dia nak komen betapa machonya aku bakar suratkhabar. 

"Macamana lighter boleh ada kat poket kau? Kau kan tak merokok?" Kesitu pula Aki fikir.

"Ini untuk emergency. Kalau letrik tak de kat rumah, lighter ni boleh guna untuk nyalakan lilin, tahu tak?" Aku jegilkan biji mata.

Aki macam tidak kisah. Dia cuba baca Dewan Pelajar. "Satu lagi, apsal kau menjaja ke sana sini Dewan Pelajar ni pula?"

"Karya aku ada kat dalam tu."

Mata Aki tiba-tiba bercahaya. Mesti Aki bangga kawan dia ada tulisan yang diterbitkan dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Wah, mesti kau dapat bayaran kan? Bila kau nak belanja Oreo cheese kek?"

"Cis kekkkkkkk betul la kau ni."

2 comments:

4feet8 said...

teringat masa mula2 karya saya keluar dalam suratkhabar. Cikgu yang tampal kat papan tanda sekolah. Mcmana ntah dia boleh perasan.. hihi..

err..ni kisah benar? kalau kisah benar, tahniah ya.. ;)

Anonymous said...

Puas mencari, tak jumpa :S