Apa Akan Kita Jawab?

Semalam sela masa mendengar ceramah, Adik yang comel menghampiri.

"Saya ada banyak soalan untuk penceramah, tapi saya takut nak tanya, takut penceramah nanti ingat saya ni liberal. Takut juga kalau rakan-rakan peserta anggap saya ni macam-macam."

"OK. Apa yang Adik nak tanya, cuba tanya saya."

"Macamana kalau Al Quran yang kita dapat ni tipu? Maksudnya, ada orang yang tulis Al Quran atau tafsiran dalam Al Quran, tapi dia tak tulis benda yang betul. Sela masa dari ribu tahun tu, ada tafsiran yang tidak betul." Dia bertanya dengan muka yang sangat serius.

Apa akan kita jawab jika berlaku situasi seperti ini? Dan benda ini betul berlaku pada saya minggu lepas.

Ada orang memandang Adik yang comel jadi tidak comel bila soalan seperti itu diajukan. Ada yang buat muka tidak senang. Ada yang bermuka takut. Takut Adik ini sudah terpesong.

Saya juga jadi tidak tentu arah. Kalau dia tanya tentang tafsiran Al Quran, rasa macam ada jawapan. Tapi tanya tentang Al Quran sendiri jadi macam goyah sikit nak jawab.

Tapi saya cuba menjawab juga.

"Mula-mula Adik kena cari reason yang kukuh untuk percaya Al Quran yang ada kat tangan itu benda benar. 100% benar. Tidak ada yang tidak benar."

"Macamana?"

"Saya tidak akan masuk keyakinan dalam fikiran Adik. Adik kena cari reason sendiri. Tapi kalau Adik tanya reason kenapa saya percaya, saya akan jawab macam ini. Pertama, Al Quran sendiri ada tulis, "jika Al Quran ini datang dari selain Allah, kamu akan dapati perselisihan yang banyak.Yang kedua, Al Quran ini dari dulu dan sekarang contentnya sama, tidak berubah. Boleh cari Al Quran di mana-mana tempat sekalipun, kamu akan jumpa Al Quran yang identik. Sama. Cover to cover. Yang ketiga, saya belajar dari atheist dan misionaris yang masuk Islam cara mereka baca Al Quran. Akhirnya mereka sendiri kata Al Quran itu "it must be words from God itself."

"Siapa?"

"Saya baca dan belajar dari YouTube. Missionaries seperti Dr Gary Muller. Atheist dari Jeffrey Lang, Prof Al Mahdi (saya tak ingat namanya semasa atheist). Juga orang seperti Shuhaib Webb, Cat Steven." 

"Kenapa belajar dari mereka?"

"Kerana mereka akan baca Al Quran lain dari cara kita baca Al Quran. Mereka baca kerana tidak percaya. Mereka baca kerana mahu merendahkan. Mereka baca kerana mencari salah. Akhirnya mereka menemui kebenaran. Mereka-mereka ini orang yang pandai dari sudut akal fikiran mereka. Bila mereka akhirnya menyerah, satu tahu sebahagian besar yang mereka jumpai itu adalah benda yang sama saya mahu jumpai juga untuk keyakinan sendiri."

"Jadi sejauh mana yakin itu?"

Apa akan kita jawab jika soalan itu pula ditanya.

"Yakin sehingga ke tahap, worth to die for!"

*adik yang bertanya hanya berumur 22 tahun.

Comments

Hidayah said…
Kak As,

Bulan lepas saya juga ditanya soalan yang sama. Kawan saya itu, katanya dia selalu tertanya-tanya bila baca tafsir - betul ke tafsir ni? betul ke Qur'an ni? Mana tahu nabi muhammad syok sendiri? Dia juga cakap dia takut nak tanya soalan ni bimbang dituduh sesat.

Sama macam Kak As, saya pun tergamam juga sekejap, huhu. Lepas tu saya teringat tentang Nabi Muhammad yang buta huruf dan langsung tidak tahu tentang sastera arab/penulisan. Saya katakan kerana itu Nabi Muhammad buta huruf sebab Allah tahu susah untuk orang percaya kalau nabi seorang sasterawan.
ASaL said…
Untuk soalan macam tu, Kak As akan cakap, ayat Quran itu ultimate truth. Tapi tafsiran Al Quran itu subjected to how good penterjemah menterjemah.

That is why, I read English translation rather than Malay translation. kiki.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah