Umur, Masa, Tenaga yang Bermanfaat
Selalu mahu saya ingatkan bahawa perjalanan hidup ini, mencerminkan sesuatu dari dalam diri. Atau sesuatu yang telah kita usahakan selama ini, kemudian terjadi di alam realiti. Beberapa tahun berusaha kemudian kita akan menikmati hasilnya. Pepatah Inggeris, "you reap what you sow" . Ada misteri dalam kehidupan saya sendiri, bila apa yang berlaku untuk saya lewat dua tahun ini bukan apa yang berada dalam rancangan. Malah tidak pernah termimpi pun. Tetapi mungkin saya pernah berdoa, dan doa yang satu-satu itu pula diangkat. Atau lebih misteri, mungkin saya pernah menulis, dan tulisan itu dijelmakan di alam realiti. ( satu hari harap saya boleh berkongsi cerita pendek itu. ) Sungguh, benar saya mencemburui kawan-kawan muda yang berada dalam linkungan aneh. Mereka yang masih muda, dalam pencarian, mencari kerjaya, keluarga dan kehidupan stabil, tetapi mereka malah menongkah stereotype anak-anak muda sekeliling mereka. Pemikiran mereka jauh lebih dewasa....