Posts

(Ramadhan Tanpa TV) CikDa: Tarawih dan TV

Mari saya ceritakan kepada anda kisah seorang perempuan yang malas bertarawih. Perempuan ini buta IT, atau dalam bahasa yang lebih lembut mengikut piawaian semasa - kurang keupayaan IT. Dengan Nokia 3310 dia mengutus mesej kepada saya supaya menulis kisahnya. Katanya, saya pandai menulis, dan ini memento istimewa kepada ibunya. Pandai sekali dia menekan punat tepat pada titik kelemahan saya. Lalu, disinilah saya, dengan wajah kemerahan bangga tak terkira, menulis kisah perempuan yang malas bertarawih ini. Semuanya bermula sewaktu perempuan ini berumur 8 atau 9 tahun. ( heh, umpat saya dalam hati. Manusia mesti akan menyalahkan masa lepas ). Bulan puasa adalah bulan yang paling tidak disukai. Siang hari lapar, malam, letih terpaksa ke masjid mengikut ibu dan ayah menunaikan solat isya’ berjemaah, solat tarawih 20 rakaat, solat witir 3 rakaat. Paling tidak menyeronokkan, tiada peluang menonton TV langsung! Sebelum Ramadan, ada juga peluang menonton Doraemon selepas maghrib pukul ...

Bila Masa Berhenti

Image
Strangers (Petronas TVC 2012 - Raya) Seperti mana iklan raya Petronas ini, seperti itulah kita perlu berperasaan "since I've time to reflects." Rugi sangat kita rasanya jika tidak berhenti di bulan Ramadhan ini. Berhenti dalam ertikata membuat benda-benda biasa dan mula membuat perkara-perkara luar biasa. Tidak makan selama 12 jam, tidak minum, tidak mengumpat dan menyebarkan fitnah. Berhenti dari pemikiran negatif, berusaha untuk tidak tengok TV, mengenang kesukaran dan pedih bila perut lapar. Berhenti dari kesibukan lain, membuka Al Quran dan baca isi, fikirkan dan menyoal kembali diri "sudahkah aku lakukan apa yang diminta Al Quran." Berhenti mengeluh dengan apa yang telah Tuhan takdirkan untuk kita, dengan segala kekurangan, dengan sepi yang mencengkam, dengan derita ditinggal yang mati dan hidup, berhenti! Sebaliknya mula mengenang, senang kita berbanding yang lain. Kenyang kita banding kebuluran yang lain. Merdeka kita dengan terkurung mereka ...

(Ramadhan Tanpa TV) Mursila: Tidak Ada Lagi TV di Rumah Kami

Image
TAK ADA LAGI TV DI RUMAH KAMI OLEH : MURSILA Cahaya kecilku waktu itu berusia 3.5 tahun, Zia namanya, seorang anak lelaki yang lincah namun pemalu, Zia namanya, ia sangat suka meniru tokoh idolanya mulai dari Spiderman, Batman, Superman, Power Ranger, dan Ultraman.   Tak jarang aku harus menggunting plastik sampah ditengah kesibukanku memasak di dapur, sekedar untuk membuatkan sayap di lehernya, dan jika sayap plastic sampah itu teleh terikat erat Zia akan berlari dengan kepalan tangannya, wajahnya yang polos akan bersinar gembira, jika sudah demikian Zia akan berlari mengelilingi istana kami... sebentar saja bilik demi bilik akan riuh dengan suaranya yang lantang,... “yeaaahhh Ultraman datang... kamu raksasa..akan kalah ditanganku... BERTUKAR... huuussssss “ begitulah peminat tokoh imaginasi ini meluahkan angan-angannya... Dulu aku berfikir hal ini adalah sesuatu yang biasa karena  tak sedikit aku dapati anak-anak lain seusianya pun akan berperilaku se...

Cahaya 7 Ramadhan

Image
Buat permulaan marilah kita berdoa agar kita sentiasa dalam kebaikan. Saya dikayakan dengan banyak perkara di bulan di Ramadhan. Ia membuat saya perlu diam sejenak, berfikir apakah pelajaran yang Tuhan mahu ajarkan pada saya. Semua orang pun tahu, bulan Ramadhan ialah madrasah. Tetapi kita selalu menghadkan, madrasah Ramadhan ini hanya berlaku kepada orang Islam terkecuali non muslim. 7 Ramadhan yang lalu, saya mendapat pengesahan bahawa anggapan saya salah. Dalam berapa tahun usia saya dihidupkan, hari ini baru saya belajar. Dalam jiwa saya banyak sesal, tetapi nasihat adik-adik saya yang penuh hikmah semuanya mengatakan, "it is never too late to change." Ramadhan ini bukan sekolah untuk orang Islam sahaja. Ia juga sekolah mereka yang Allah aktifkan mata, telinga, hati dan menggunakan akal mereka untuk berfikir. Lama sebelum 7 Ramadhan tetapi masih dalam bulan Ramadhan, saya berdoa agar Allah sentiasa kekalkan dalam keadaan kebaikan dan kebajikan. Doa itu ma...

Keajaiban di Dunia Kecil Kita

Image
TfTN selalu buat selalu saya senyum untuk banyak perkara. Paling utama ialah kerana insan-insan yang ada dalamnya yang banyak warna dan karakter. Kami berbeza dalam banyak perkara, kadang-kadang bagai kutub utara dan selatan, tetapi selalu temui jalan untuk sepakat dengan keterbukaan dan perbincangan yang membina. Berselisih? Tentu, itulah warna yang mencorakkan. Hanya dengan bersedia untuk mendengar, bertukar hujah, berlapang dada, berkongsi dan akhirnya bersedia menerima yang terbaik memungkinkan apa sahaja perselisihan menjumpai jalan damai. Saya tidak pernah rasa begitu penuh dan terilham sepanjang masa, melainkan bersama insan-insan hebat ini. Mereka telah mengajari saya bahawa kuasa mengubah itu tidak ada pada siapa-siapa pun kecuali pada diri sendiri, dan tentu dengan seizin Tuhan Yang Maha Kuasa. Setiap pada mereka punya cerita tersendiri, dan usaha yang dicurahkan bukan sedikit sehingga menjadi elixir dan suntikan semangat pada diri saya yang lama mati. Tuhan telah m...

Tuhan Berimu Cahaya

Image
Kalau ilmu itu benar diertikan sebagai kedatangan makna, gred-gred yang ada dalam transkrip saya sebelum ini adalah petunjuk yang salah! 1 Ramadhan 1433 Hijrah (21 Julai 2012), saya berkesempatan untuk bersama rombongan ahli admin Teach for the Needs (TfTN), Malaysia & UK ke rumah anak-anak yatim Dahikmah yang terletak di Gopeng Perak. Lawatan ini adalah untuk meraikan Pengarah Projek TfTN Dahikmah saudara Anas Hakimi dan kawan-kawan (pelatih perguruan IPG) yang telah memulakan program memberi tuisyen percuma kepada anak-anak Dahikmah sejak 3 bulan lalu. Dahikmah menempatkan seramai 52 anak yatim yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, sekolah rendah dan menengah. Fokus kumpulan TfTN Dahikmah ialah 30 orang pelajar anak-anak di sekolah rendah untuk memantapkan kemahiran asas membaca, mengira, menulis dan Bahasa Inggeris. Ada yang masih tidak boleh membaca dan menulis walaupun sudah berada di Tahun 6. Dahikmah Gopeng terletak berhampiran dengan exit Gopeng...

Bawaku kembali

Tuhan Aku tidak mahu Kau menghidupkanku Dalam nafas yang lain Hanya kerana cuma hari ini Berupaya mengenal diri Dan itu membawaku MengenalMu Tuhan Aku tahu dosa menggunung telah kuhimpunkan dalam nafas Sedang dengan udaraMu Ku pinjam untuk hidup Tapi tidak pernah sesungguhnya Aku mengucapkan Terima kasih! Tuhan Demi Diri yang berdosa Aku melutut menadah tangan padaMu berharap Dengan sejarah yang ku hampar tanpa malu Tetapi belum pun meminta Kau telah jadikanku sesuci bayi! Tuhan Umur yang kubazirkan ini Dengan cela berselaput noda Telah Kau sorot cahaya Menjadikan dunia penuh warna Tuhan Ramadhan ini Engkaukah sendiri Yang menjemputku kembali?