Al-Quran~Tahan Ujian masa

Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat menerangkan tentang kisah sejarah lama. Sebagai contoh mengenai peradaban masa silam, tamadun Mesir, Kerajaan Rom dan Persia, kisah Nabi Adam a.s., dan sebagainya. Ada ayat yang mengatakan tentang peristiwa zaman moden, seperti kajian saintifik perkembangan embrio dalam rahim manusia, kajian ilmiah menganai sel, atom, peredaran matahari dan planet-planet di angkasa, penemuan zon masa, kerajaan haiwan (animal kingdom) dan banyak lagi, juga tentang keterangan zaman akan datang, hari kebangkitan, hari kiamat, Hari Pengadilan dan syurga dan neraka. Semua keterangan tentang perubahan ‘zaman’ ini telah dibuktikan, kebanyakkannya dengan kaedah saintifik dengan penemuan teknologi dan penciptaan alat-alat moden.
Satu maklumat yang amat mengagumkan yang barangkali jarang dibincangkan sebelum ini, disebalik segala ayat yang tercatat dalam Al-Quran dan telah dibuktikan, iaitu ayat yang diturunkan yang tahan ujian masa, walaupun jika difikir dengan rasional dan logik manusia, adalah terlalu mencabar dan getir ujian ini. Bak kata orang, meletakkan batang leher sendiri di tali gantung atau berani mati, (untuk mengambarkan betapa kritkalnya ujian masa yang ditawarkan dalam Al-Quran). Ok, mari kita bincangkan perihal ini dengan contoh dan ayat mudah yang senang difahami.
Sebagai seorang Islam sedikit sebanyak kita mengetahui tentang sejarah awal Islam. Kita flashback sekejap, di waktu Nabi Muhammad menjalankan tugas dakwah baginda, di awal-awal sejarah Islam. Ok, Rasulullah mempunyai seorang pakcik iaitu Abu Lahab. Abu Lahab punyalah benci kepada Rasulullah dan Islam, sehinggakan Rasulullah tidak pernah sunyi dari diganggu oleh Abu Lahab, pakciknya sendiri. Abu Lahab sanggup mengekor Rasulullah, semata-mata untuk menghinanya dan menjatuhkan martamat baginda sebagai Rasul Utusan Allah. Macam-macam cara yang dilakukan demi menunjukkan penentangannya yang keras kepada Rasulullah dan kepada agama Islam itu sendiri. Kita pun mengetahui ada satu surah dalam Al-Quran yang menceritakan perihal Abu Lahab ni. Surah pendek yang mencela Abu Lahab, yang terang terangan menceritakan perihal kebinasaan Abu Lahab. Pendek kata, turunnya ayat ini mengesahkan bahawa Abu Lahab ini tergolong dalam orang yang binasa, yang di jamin masuk neraka, dan sudah tentu tidak sekali-kali akan masuk Islam. Tapi tahukah kita bahawa ayat ini diturunkan kira-kira 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab. Ayat ini telah diulang-ulang dalam masyarakat Arab, di sekitar Makkah, tempat kediaman Abu Lahab sendiri, kampong dia sendiri, dan amatlah mustahil jika Abu Lahab langsung tidak mengetahui dengan turunnya ayat ini. Jika begitu besar kebencian Abu Lahab kepada Rasulullah, dengan mudah Abu Lahab boleh menjatuhkan kredibiliti Rasulullah dan kemuliaan Islam. Al-Quran sendiri mengatakan, ia adalah sebuah kitab yang tidak ada sedikit keraguan pun di dalamnya. Bottom line, segala apa yang dikatakan dalam Quran adalah benar berlaka. Dalam tempoh 10 tahun ini, Abu Lahab tahu ayat itu telah diturunkan, dan dia faham semuanya. Apa yang perlu dilakukan oleh Abu Lahab jika dia ingin benar membinasakan Nabi Muhammad ialah dengan membuat cabaran ini “, “Saya dengar satu surah telah diturunkan kepada Muhammad yang mengatakan saya tidak akan berubah, tidak akan sekali-kali masuk Islam, dan akan masuk neraka. Kalau saya katakan, saya akan masuk Islam sekarang, macamana? Apa yang awak rasakan? Bagaimana kedudukan wahyu yang diturunkan tu sekarang?” Apa yang perlu Abu Lahab lakukan ialah dengan mengucapkan syahadah, maka terbatal segala apa yang diucap oleh Rasulullah, terbatal kerasulannya dan nampaklah kepalsuan Islam. Barangkali kita boleh membayangkan situasi seperti ini, sesiapa sahaja Muslim pada zaman Rasulullah boleh membuat cabaran terbuka seperti ini kepada Abu Lahab, , “Kamu bencikan Rasulullah sangat-sangat dan terasa ingin benar binasakan baginda kan? Ayuh! Ucapkanlah kalimah syahadah, Rasulullah dan sekalian umat Islam lainnya pasti akan binasa. Ucapkanlah!” Bayangkanlah, 10 tahun tempoh yang diberikan, dan sebenarnya Abu Lahab tidak perlu bersusah payah menyusahkan Rasulullah dan orang Islam lainnya. Dengan hanya mengucap syahadah, segenap intitusi kepercayaan dan iman yang diajarkan oleh Rasulullah akan runtuh seroboh-robohnya seperti runtuhnya bangunan WTC dan kemusnahan seperti padang jarak padang terkukur gempa bumi di Bam, Iran. Tetapi bagaimanakah ujian kritikal ini sanggup diutarakan oleh Rasulullah, jika dia sendiri tidak yakin apa yang diterimanya adalah wahyu Illahi. Tapi inilah ayat dari Allah, divine revelation, tiada keraguan padanya, ianya benar, tetap benar, kekal benar, walau lebih kritikal ujiannya tetap ayat-ayat ini berdiri megah dengan ujian masa, ujian asid, segala macam ujian sekali pun. Kerana keyakinan Rasulullah, kerana baginda yakin bahawa dialah Rasul Utusan Allah, diamanahkan untuk menjadi penyampai berita dan khabar peringatan, kerana ayat-ayat Allah itu benar, kerana kalam Allah itu tercipta sebelum penciptaan, kerana Quran itu datangnya dari Allah, pencipta Quran dan pencipta setiap kehidupan langit dan bumi dan setiap sesuatu antara keduanya, maka tidak ada rasa gentar di hati Rasulullah dan umat Islam yang percaya. Dan sejarah membuktikan bahawa, dalam tempoh 10 tahun itu, tidak pernah sedikitpun Abu Lahab menukar sifatnya dan apatah lagi masuk Islam bahkan untuk bersimpati pada perjuangan Islam tidak pernah terdetik sedikitpun di hati Abu Lahab. Maka benarlah ayat-ayat Allah dan yakinlah dengan landasan yang kita ada dan peroleh pada waktu ini. Alhamdulillah.
Kalau kita tidak pernah dengar kisah dia atas, mungkin kita berasa sedikit takjub dengan cerita di atas, sebab kita tak pernah tahu tentangnya sebelum ni. Tapi bagi yang sudah mengetahui, anggaplah sebagai revision, pengulangan, mudah-mudahan kita diberi kebaikkan yang banyak dalam mengingati kebesaran Allah dan perjuangan Rasulullah.
Satu lagi bukti Ayat Allah tahan ujian masa. Kalau kita pandang seimbas lalu je tentang kisah di atas, mungkin sebab ia adalah sejarah. Dah berlalu, mungkin kesannya tak banyak (walau sebenarnya kesannya terlalu besar jika kita mengambil langkah untuk merenungi dan memikirkan ujian getir yang dilalui Rasulullah dan para sahabat dan umat Islam terdahulu), ada satu lagi ujian masa yang jika musuh Islam hendak hancurkan Islam, seperti mana yang digambarkan dalam cerita Abu Lahab tadi, mereka boleh lakukan sekarang ini, di waktu ini, di waktu saudara dan saudari membaca rencana ini. Ya! Di zaman milineum ni, zaman e-mail dan internet ni, SMS, ring phone polifonik, MMS, zaman Y2K ni, zaman globalisasi, zaman Gen.2, zaman 3G ni, zaman yang masyarakat barat ura-ura klonkan manusia, zaman yang puak-puak Amerika sibuk siar gambar planet Marikh yang depa bangga sangat dapat daratkan alat kat sana, siap nak cacakkan bendera Amerika kat planet Marikh, perasan lak planet Marikh itu dia yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya (gurau je). Dan menerima kenyataan ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana seolah-olah bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa. Tapi ya! Kitalah hamba Allah umat Rasulullah itu, tidak akan gentar dengan apa yang datang, kerana kita percaya tiada sebarang keraguan dalam Quran, kerana kita yakin seyakin-yakinnya. Bacalah ayat Quran berikut:

“ Demi sesungguhnya, engkau peroleh manusia yang sangat-sangat memusuhi orang-orang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Sesungguhnya engkau perolehi orang-orang yang lebih dekat kasih sayangnya kepada orang-orang beriman, ialah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya kami ini adalah orang-orang Nasrani. Demikian itu dikalangan mereka ada alim ulama dan pendeta, sedangkan mereka itu tiada sombong.” (Al-Maidah: 82).

Ok, renungilah ayat ini, fahamilah, bukalah hati, minda dan fikiran. Ayat ini jelas menerangkan antara kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian), kaum Kristian lebih bersikap lunak kepada kaum Muslim. Tetapi, kaum Yahudi sehingga matahari terbit dari barat akan tetap terus menerus menzalimi kaum Muslimin walau di mana mereka berada. Sebenarnya orang Yahudi ni tak payahlah susah-susah nak buat komplot nak jatuhkan Islam. Tak payah susah susah buat massacre, korban Sabra dan Shatilla kat kem pelarian, tak payah susah-susah nak rampas Masjidil Aqsa, tak payah susah susah nak buat doktrin Zionisme, buat perjanjian damai itu ini, nak kurung Arafat buat tahanan rumah, buat ancaman bunuh kat pemimpin jihad, tak payah nak korban orang Yahudi sendiri sebab nak halang perjanjian damai, takyah lah nak komplot itu ini, Dalam ertikata lain, adalah amat mudah bagi kaum Yahudi ni membuktikan bahawa Quran itu palsu-bukan wahyu dari Ilahi. Apa yang mereka boleh lakukan untuk membuktikan kepalsuan Quran, ialah dengan menyatukan masyarakat Yahudi dan melayani orang Muslim dengan baik-baik, layan sehabis baiklah, hanya untuk beberapa tahun dan kemudian berkata, “Lihatlah, apakah yang kitab suci kamu katakan tentang kawan baik kamu di dunia ini, orang Yahudikah atau orang-orang Kristian? Lihatlah, apa yang kami (kaum Yahudi) lakukan kepada kamu!” Inilah sebenarnya apa yang boleh mereka lakukan untuk membuktikan bahawa Quran itu salah dan palsu, tetapi mereka tidak pernah berbuat seperti itu walau sejak 1400 tahun yang lalu. Walaubagaimana pun, tawaran ini masih tetap terbuka! Subhanallah, benarlah “Inilah Kitab, padanya tiada sebarang keraguan di dalamnya, petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”. Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah!
Bak kata orang seperti bom jangka, potong jari, potong leher dan sebagainya. Fikirkan secara rasional, inilah ujian kritikal yang tidak mampu di compute/ ditentu ukur oleh minda manusia yang terhad ini. Terlalu berani cabaran ini. Tapi ini cabaran Allah sebenarnya, Allah has spoken, lama dulu, lebih 1400 tahun yang lalu melalui lidah RasulNya, Rasulullah tidak gentar, kita juga tidak sekali akan gentar. Kerana Rasulullah adalah Rasul kita, kita adalah umatnya, kita bernaung dalam lembayung rahmat dan kasih Allah, kita berlindung di bawah pemeliharaan Pencipta sekalian alam dan dengan keyakinan yang teguh dan padu ini, kita tetap yakin, kebenaran tetap akan tersingkap juga!


(References: Al-Quran Al Karim, Dr. Gary Miller ‘The Amazing Quran)

Comments

ieka said…
i am deeply impressed with this writing..an awaken post indeed..

terutama utk org yg selalu terlupa macam saya.. :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang