Massugu Itte Migi


Hati Iskandar Ichiro lama ada rusuh, ada rahsia, ada cerita. Tapi Iskandar Ichiro tidak mahu sesiapa membuat dia lupa. Boleh jadi Iskandar Ichiro akan bermula. Atau Iskandar Ichiro memilih menjadi penyimpan, dalam kotak minda sunyi sendiri. Tapi Iskandar Ichiro doa sungguh-sungguh, moga Tuhan menyayangi. Agar Iskandar Ichiro tidak dibebani dengan apa yang tidak mampu ditanggung. Bukankah itu juga edik yang ditinta dalam Quran? Itulah juga doa Ichiro bulat yang diminta dalam lirih sepertiga malam. Iskandar Ichiro meminta, mustahil Tuhan tidak memakbuli. Tiba-tiba Sarah memandang. Dalam senyum Sarah yang putih, Iskandar Ichiro telah jatuh kasih.

Comments

Anonymous said…
Adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu? Termakbulkah doa oleh Yang Memakbulkan, andaikata lirihan sepertiga malam bersifat kekosongan jiwanya...

Yang meminta tidak mengenali Yang Menerima Permintaan... Adakah sama mereka yang mengenali Tuhan-nya dan mereka yang tidak?

Hanya sekadar mencoret apa yang terlintas.... Senyum selalu.. Jgn marah
Anonymous said…
termakbulkah du'a?

bak kata sahabatku itu, doa itu hak hamba NYa, makbulinya sahaja hak Tuhan.

apakah kita tau ia penuh kosong atau tidak? kan Sifatnya Maha Mengerti? Juga Sang Pengasih dan Pemurah yang selalu diulangi2 dalam setiap rakaat?

Dan pada siapa lagi kita perlu meminta?

Cumanya, iya, bak kata sahabat itu lagik, keyakinan atas du'a, ataupun keyakinan atas takdir itu yang membezakan...

Jangan marah jua ya..Senyum selalu..
ASaL said…
Iskandar Ichiro masa marah ggggggrrrrrrrrrrrr...hah! gurau aje.
soal doa2 di entri lama http://wadikita.blogspot.com/2007/11/keajaiban-tuhan-miracle.html
adakah berdoa sedang hati & minda kosong?
adakah akan makbul tika meminta sedang tidak mengenal dari Yang Diminta?
doa ada syaratnya, dimakbulkan juga terangkum dalam persyaratanNya.
mengulang Ichigo, adakah sama yang tahu dan mereka yang tidak tahu?
tidak sama bukan...
:)
ASaL said…
iskandar ichiro yg sedang tersenyum

:)
ieka said…
:D
nak senyum sahaja, seperti sarah:P
umaq_eiman said…
pintalah kepadaku nescaya aku akam memberi.

bila dimana? bila meminta 2 perbuatan akan berlaku serentak.

1- menghina diri.
2- membesarkan yang diminta.

apakah doa kita sekadar doa? atau ia satu permintaan? mungkinkah sampai darjat merayu? terbayangkah kita kekuatan merintih?

di mana darjat anda?

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK