Ujian 1
Agak klise bukan bila ditimpa musibah, kawan-kawan akan datang dan mengucapkan “Takziah, sabarlah, semua ini ujian”. Bahkan orang yang ditimpa malang itu sudah tahu standard ucapan yang akan diterimanya. Bagaimana agaknya kita perlu bersikap terhadap ujian? Adakah yang datang itu ujian?
Ya benar, lagi-lagi saya ditekan kali ini, kerana itu saya percaya sikap saya yang aneh-aneh yang tidak terfikir oleh saya akan membuat seperti itu, terjadi juga. Seperti disampuk kata rakan. Baru saya faham peribahasa marahkan nyamuk kelambu di bakar. Ya benar saya marah, tapi bukan itu akan justifikasi tindakan yang tidak bertepatan.
Saya mencari jawapan, tentang ujian dan cuba memahami hikmah disebalik. Yang akhir-akhir ini cukup menekan, hanya sanya kemuliaan Rejab, saya tegar menahan. Ujian, baik musibah, baik kesenangan segala-galanya adalah ujian. Kita kena faham, saya kena faham, ujian ini wajib akan dikenakan pada setiap manusia.
Quran menyebut,
Allah memang berkehendak (insist) untuk kita di uji. Manusia pula tercipta punya pilihan ‘free will’ untuk respon kepada ujian tersebut. Kita manusia (saya & awak) sendiri memilih atas tindakan yang dibuat. Baik dipilih manusia. Buruk juga dipilih manusia. Tapi Allah Maha Adil, manusia tidak dibiarkan begitu untuk membuat pilihan, seperti ayat di atas, Kami telah menunjukkan jalan yang lurus. Jalan yang benar itu ada dan ditunjukkan arahnya, keputusan akhir tetap bebas di tangan awak dan saya.
Jadi sekarang saya boleh faham, walau apa pun jua, Allah tetap akan menguji. Ini adalah design (rekabentuk) kita sebagai seorang manusia. Tak boleh nak lari kemana pun. Terimalah hakikat ini. OK, insyaAllah saya boleh terima. Walau saya telah melakukan sesuatu yang tidak wajar kerana kemarahan, sekarang kerana ayat ini saya kembali berwaras diri. InsyaAllah. Anda juga, setiap yang datang ingatlah ia sebagai ujian. Yang indahnya, ia telah direkabentuk sesuai dengan kemampuan anda untuk menghadapinya. Sekarang tanya diri, tindakan yang mana satu yang anda pilih?
Comments
From Tafsir Mahdi Pooya, Aqa Mahdi Puya says:
Ibtila means trial. It has been used in the Quran in the sense that Allah provides opportunities to man to develop the faculties of intellect, reason and power to distinguish between good and evil, given to him by Allah, because through His prophet of highest spiritual standing he has been shown the right path. The divine guidance has been made available to man so that he may exercise his free will and choose either good or evil for which he is responsible and accountable.