Posts

Showing posts from June, 2009

Versi Cinta

CINTA Kerana cinta duri menjadi mawar Kerana cinta cuka menjelma anggur segar Kerana cinta pentungan jadi mahkota penawar Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar Kerana cinta tompokan debu nampak sebagai taman Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagai mentega Kerana cinta duka menjadi riang gembira Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat Kerana cinta singa tidak menakutkan tikus Kerana cinta sakit menjadi sihat wal afiat Kerana cinta ammarah berubah menjadi keramah-tamahan. ******* Jalaluddin Rumi (courtesy Mohd Ali Atan) bandingkan BERCINTA Benarkanku tuk berbicara bicara terus ke hatimu?..hatimu.. hati yang penuh rasa ragu jangan terus pergi tanpa mendengar ku begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu berikanlah waktu untuk aku untuk kamu ingatkah lagi waktu kau bersamaku kaku aku melihat mu lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu aku cinta padamu, benci pada...

Pagi Ini

Image
Rupanya semalam Keramat disimbahi hujan berat. Tidak sedar, cuma apabila menjejak kaki ke tanah, tandanya ada di mana-mana. Tanah basah bertakung, daun menampung air, udara tepu kelembapan, langit masih kelabu, matahari juga malu-malu. Tapi Mak mengajak jenguk Ayah. Akhir-akhir ini Mak kerap minta untuk kami membawa bekalan untuk Ayah. "Sampaikan sendiri ke tangan Ayah, bukankah lebih baik begitu". Tapi Mak sendiri tidak pernah pun menjejak kaki. Maklumlah rumah Ayah itu tersergam di atas bukit. Tempat orang kaya. Mak juga sendiri tidak mampu untuk mendaki, tinggi benar. Kami dua beradik yang akan menapak anak-anak tangga simen, meredah daun basah. Sebelum itu seluar perlu dilipat tingi seadanya, agar semalu tidak banyak melekat. Tapi kali ini kami punya strategi yang lain. Rupanya tempat Ayah itu boleh menampung kereta yang banyak di halaman bawah. Dari situ kami perlu mendaki 3/4 lagi untuk dapat berjumpa Ayah. Jimat 1/4 jarak perjalanan. Halaman bawah menempatkan kawan-kaw...

Dunia Kiamat 2012?

Image
2012 , itu tarikh yang diberikan oleh Roland Emerich. Untuk memahami apakah halnya, pada peminat pengarah yang telah banyak memusnahkan bumi dalam filem seperti Independence Day dan The Day After Tomorrow perlu menantikan hujung bulan ini atau bulan depan. Filem hebat yang akan ditayangkan pada musim panas ini. Tajuknya 2012, tema hari kiamat. Bukan susah mahu percaya peristiwa yang satu ini. Terlalu banyak tertulis dalam Al Quran, hampir setiap surah dilengkapi peringatan yang ini. Setiap rakaat solat juga diulang agar sentiasa sedar masa akan tiba. Pasti tiba. Roland Emerich dalam filem 2012 cuma membantu memvisual latar. Ngeri, kucar kacir, rancu, takut, putus asa, sedih, keliru, segala. Jika kita memahami hakikat masa, kiamat itu sebenarnya telah terjadi. Sebagai manusia yang terikat dengan relatif, untuk diri saya dan anda ia sedang ditangguhkan dalam dimensi ini. Ia akan berlaku pada masa akan datang, tetapi sedang berlaku dalam dimensi Tuhan. Kerana itu bila Tuhan berbicara tent...

Penyelamat 2

Image
Bila saya menulis mengenai penyelamat dalam entri yang lalu, ia telah menyebabkan saya dikejutkan dengan panggilan awal subuh dari nombor tidak dikenali yang datang jauh beribu batu dari luar negara. Soalan bertubi yang datang ‘siapa penyelamat anda?’ Ia soalan yang baik dan strategik untuk menyebabkan mata terus dijegilkan, dengan mencongak agar talian tidak lama. Jangan sampai bil si pemanggil melambung tinggi. Kalau saya tidak menulis pun, soalan itu telah sedia ada dalam diri. Dan sepatutnya jawapannya juga turut ada dalam diri. Ia persoalan fitrah total. Cuma sedar atau tidak sahaja. Di entri yang lalu saya mulakan dengan watak Clark Kent dari cerita Smallville, tujuannya satu. Superman yang hebat taraf ultra itu juga memerlukan watak penyelamat. Jika bukan untuk melindungi fizikal dirinya, adalah untuk melindungi jiwanya yang rapuh, tidak seutuh tubuh yang kalis segala. Penyelamat Superman adalah ibu bapa angkatnya di bumi. Yang mendidik percaya diri, menyayangi, melindungi. D...

Menjadi Sang Penyelamat

Kata Clark Kent di sambutan Thanksgiving, 'saya amat menyukuri ibu bapa saya kerana mereka membuat saya percaya tentang kebolehan, dan percaya diri'. Superman juga ada sang penyelamat kepada jiwanya. Ibu bapa angkat Clark Kent adalah manusia di bumi. Sedangkan dia adalah makhluk yang datang dari angkasa. Clark Kent adalah Superman, penyelamat untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan. Rupanya menjadi penyelamat itu rasanya sangat hebat. Dia adalah sandaran kepada harapan, di wajah ada raut aman, penyelesai masalah, mengangkat martabat, menjauhkan dari kesakitan dan penderitaan, juga menjamin sebuah dunia seperti syurga. Sang penyelamat itu, dengan tahu hadir dia setiap masalah akan terungkai. Kadang-kadang hadir fizikal pun sudah tidak perlu. Bila sudah mengenal dia, cukup mengingati ia akan membuatkan kita bebas dari segala beban dan tanggungan. Saya rasa saya ada penyelamat. Dan saya juga mahu jadi seorang.

Iklan

Minggu sudah - bermaraton menyiapkan kerja-kerja dan juga hari keluarga (buek sakit badan den yo, ponek tarik tali). Hari ini - sedang melayan tekak mula sedang perit dan sakit-sakit, hidung yang semakin panas, dan mata yang juga sedang pedih-pedih. Di depan 3 botol air mineral, moga sakit hilang jangan sampai demam...aduh!

Usik mengusik

Image
ADLI ZOKHAIR MENGADAP SULTAN ALAUDDIN DATO’ TEMENGGUNG, Raja Merlang dan sekalian Petinggi 18 cemas memandang Tun Adli Zokhair dan kumpulan abintara kepercayaan Sultan tiba. Tun Adli Zokhair tidak bersenang lenang dan menyuruh katwal meletakkan tanda disekeliling dengan tali yang dikenali orang sekarang sebagai reben barricade berwarna merah dan putih, agar jangan ada yang akan masuk dan mengganggu. Kedatangan mereka adalah atas titah Sultan sendiri. Pesan baginda apa yang diperlukan Tun Adli Zokhair jangan sampai dilengah-lengah, jangan sampai tidak tertunai. Tun Adli Zokhair yang cendayam itu tidak lain tidak bukan adalah karib Raja Husin yang telah diangkat menjadi Sultan Melaka yang baru delapan purnama, Sultan Alauddin Riayat Syah. Seluruh negeri Melaka dan jajahan takluk jadi gempar bila tempat bersuka-suka untuk permainan rakyat runtuh tiba-tiba. Bukan, bukan seluruhnya tunduk menyembah bumi, bahkan bumbung tempat paling sedikit menanggung beban itulah yang roboh. ...

Baru Ku Tahu

Ia minggu yang lelah, lelah fizikal lelah jiwa. Sekembali pulang dari menzirah sepupu rakan yang telah arwah dalam satu kemalangan jalan raya, saya masih lagi lelah. Kehilangan adalah sesuatu yang selalu melelahkan. Dan di sana ada wajah-wajah yang mengingatkan saya pada rakan merangkap saudara sedarah-iaitu kakak saya sendiri. Lalu saya bertanya sejak sekian lama, bagaimana sebenarnya perasaan adik saya pula. Adik saya lebih dulu kehilangan rakan, merangkap saudara sedarah-anak buah kami. Anak buah kami dan adik saya adalah 2 rakan yang akan sentiasa bersama ke mana-mana. Sejak kecil mereka kelihatan seperti adik beradik sehingga meningkat remaja. Tetapi Allah tidak menghendakkan hubungan itu lama di dunia, lalu Dia simpankan untuk kami di akhirat. Setelah setahun kehilangan kakak-jiwa saya masih lelah. Telah 2 tahun, jiwa adik saya juga lelah sama seperti saya. Telah 2 tahun, baruku tahu. Saya melihat wajah bonda arwah (mak saudara rakan saya), begitu kehilangan. Dan kalau bol...

Muda berjaya

Image
Yang muda dan berjaya, siapa pilihan anda? Saya memilih Pep Guardiola, pengurus dari Camp Nou, kelab bolasepak Barcelona dari Sepanyol untuk musim 2008/09 ini. Dalam akhbar STAR menulis, petikan kata-kata Guardiola yang menjadi inspirasi, “The greatest risk is not taking risk at all”. (lebih kurang) Untuk orang seperti saya yang tidak akan memihak Manchester United, Barcelona adalah pasukan paling sesuai untuk disokong untuk perlawanan akhir Piala Liga-liga di Roma Italy. Ya personal, begitulah. The enemy of my enemy is a friend. Barcelona definitely a friend. Guardiola belum pun masuk 40 tahun. Secara relatif dia lebih muda berbanding pengurus yang lebih matang, berpengalaman dan menempa banyak kejayaan. Berbanding dengan Sir Alex Furgeson, membandingkan dengan Guss Hiddink, Louis Felipe Scolari, Arsene Wenger, Juergen Klinsman, Jose Marinho dan ramai lagi, Guardiola jauh lebih muda. Apa yang telah Guardiola lakukan? Dia telah membawa pulang piala Juara Liga di Sepanyol mengalahkan la...