Baru Ku Tahu

Ia minggu yang lelah, lelah fizikal lelah jiwa.
Sekembali pulang dari menzirah sepupu rakan yang telah arwah dalam satu kemalangan jalan raya, saya masih lagi lelah. Kehilangan adalah sesuatu yang selalu melelahkan.
Dan di sana ada wajah-wajah yang mengingatkan saya pada rakan merangkap saudara sedarah-iaitu kakak saya sendiri.
Lalu saya bertanya sejak sekian lama, bagaimana sebenarnya perasaan adik saya pula.
Adik saya lebih dulu kehilangan rakan, merangkap saudara sedarah-anak buah kami. Anak buah kami dan adik saya adalah 2 rakan yang akan sentiasa bersama ke mana-mana. Sejak kecil mereka kelihatan seperti adik beradik sehingga meningkat remaja. Tetapi Allah tidak menghendakkan hubungan itu lama di dunia, lalu Dia simpankan untuk kami di akhirat.
Setelah setahun kehilangan kakak-jiwa saya masih lelah.
Telah 2 tahun, jiwa adik saya juga lelah sama seperti saya. Telah 2 tahun, baruku tahu.
Saya melihat wajah bonda arwah (mak saudara rakan saya), begitu kehilangan. Dan kalau boleh saya menangis, mungkin seperti itulah saya akan jadi.
Tetapi mungkin Allah sayangkan kami, kerana saya pernah membaca, jika Allah sayangkan hambaNya, Dia akan menguasainya dengan kehilangan keluarga.
Ya, Tuhan sayangkan saudara-saudara kami. Tuhan juga sayangkan kami. Mereka telah berangkat ke syurga, mungkin nanti kami akan menyusul mereka pula. Alfatihah.
Arwah ialah Mohd Zukhair bin Noraini (nama ibunya) telah berangkat ke rahmatullah pada 4 Jun 2009 sewaktu umurnya 21/22 tahun.

Comments

ieka said…
salam takziah... inshaAllah selepas satu jangka masa kita tak rasa penat sgt dah.. org kata alah bisa, tegal dik biasa. cumanya mungkin sebab masih ada ingatan yg kuat, tanda kita sayangkan saudara kita.. kdg2 emosi masih boleh terusik juga :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah