Entri tahun Baru Masihi

4 tahun, jika dikira tahun saya mula berblog, 2006. Tidak sangka sudah begitu lama saya berada dalam arena siber dengan begitu konsisten dan istiqamah. Laman sesawang yang lain seperti di Friendster sudah bersawang dan berhabuk agaknya. Saya juga belum membuka akaun Facebook takut terjadi perkara yang sama. Nanti-nantilah dulu, bila tiba masanya.
Namun berblog dalam blogspot ini lain. Ia sentimen lain. Mulanya sebagai satu penanda, dan seterusnya adalah langkah orang berjuang (insyaAllah). Satu peluang untuk orang yang selalu bercita-cita menulis dan menerbitkan karya seperti saya. Dan tulisan ini untuk tahun baru adalah dedikasi untuk seorang sahabat.
Setiap cerita ada mulanya. Saya terhutang budi kepada rakan Eika yang pertama sekali menunjukkan jalan berblog dan cara-cara menggunakannya. Saya bertemu dengan Eika adalah aturan semesta yang wajib berlaku. Kami bukanlah rakan sekuliah atau teman sekolah lama. Kami berjumpa di kelas malam Comparative Religion (FCR) kelolaan Saba Islamic Media di Setiawangsa. Seterusnya, persahabatan kami terus berlangsung dan saya meletakkan ia satu perlambangan magis. Persahabatan ini buat saya percaya untuk setiap sesuatu, semuanya adalah atas aturan dan perencanaan. Tiada istilah kebetulan.
Iaitu untuk setiap orang yang kita jumpa, untuk setiap peristiwa yang kita tempuhi, lebih dahulu termaktub dalam design Allah. Kerana itu saya selalu rasa istimewa, terutama bila berjumpa dengan kamu. Kerana dalam perencanaan Allah mencipta kosmos, bintang, cakerawala dan planet-planet, salah satu perencanaanNya ialah bertemu dengan kamu. Indah bukan?
Blog bagi saya banyak sasarannya. Terutama dalam mengasah kemahiran menulis dan berfikir. Juga tempat mengumpul kenalan dan sahabat. Saya mendapat kenangan yang indah-indah melalui blog, yang sedih juga melalui blog. Dan itu telah menjadikan saya dewasa bersama blog.

Saya suka tahun baru. Bila ia dimulakan dengan berita baik yang menggembirakan. Saya tahu insyaAllah, segalanya akan baik juga.
Tahun baru masihi tidak jauh berselang dengan tahun baru hijrah. Malam tadi KLCC dilimpahi bunga api meriah. Kebanyakkan kami di sini hanya melihat di jalan sahaja. Tapi saya melihat lebih jauh dari langit di KLCC. Nun jauh di atas sana, melepasi awan hitam berat yang berpapasan. Saya melihat tepat ke bulan. Bulan penuh yang terang.
Tapi bulan malam tahun baru sedang gerhana. Entah cerita apa yang dibawa bersama fenomena galaksi ini.
Yang manis, masjid kami mengelolakan solat sunat dan juga kuliah ringkas pada jam 4 pagi. Ia sambutan penuh kerohanian.
Tapi kata rakan saya, tunggulah 9 bulan lagi, dan dengarlah berita pembuangan bayi di mana-mana.
Dalam hati saya hanya beristighfar. Moga, janganlah begitu rapuh iman di malam tahun baru.
Moga-moga kita dijauhkan dari bala dan marabahaya, meski di sana-sini kita mendengar alam sudah melempiaskan murkanya.
Tahun baru, azam baru, ayuh kita langkah. Dan melangkah dengan langkah orang berjuang. Kejap, berani tanpa ragu-ragu!
Gambate ni

Comments

ieka said…
tak sedar pula nama saya di sini.. Terima kasih :p

dah lama tak duduk sama2 berbincang dan bercerita mcm dulu.. byk betul idea masa tu rasa kan.. boleh tulis blog setiap hari utk setahun.. hahah terasa skill2 pemikiran tu dah byk berkarat.. biasalah, encik suami lebih byk mendengar dari bercakap.. jadinya selalu si isteri aje yg bercerita, takde la sgt debat pemikiran berlaku.. hahaha

p/s: oh ya.. saya masih sukakan langit.. cuma mata semakin berpinar bila merenung bulan lama2 menunggu gerhana.. rupanya tempatku tak kena gerhana.. hehehe

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang