Hari Terakhir...
Hari ini, hari terakhir saya di unit penerbitan. Minggu-minggu terakhir masih lagi sibuk dengan kerja-kerja. Moga-moga dengan kedatangan orang baru di unit itu dimudahkan. Mereka akan masuk dengan hati dan perasaan yang selesa. Semua kerja-kerja telah dihabiskan, insyaAllah tiada yang terbengkalai kecuali kerja-kerja semasa yang boleh disambung terus dengan pasukan baru. Unit ini amat bermakna. Ia telah mengajar saya banyak. Namun setiap satu yang ada mula, pasti akan ada pengakhirannya. Sentimental? Kering sangat hati saya kalau tiada rasa yang tinggal di saat saya menutup pintu di petang terakhir. Di dalam ruang yang kecil itu macam-macam telah belaku. Berbagai-bagai wajah telah saya lihat. Juga saya belajar banyak makna dan menilai. Satu hari yang tenang, saya sedang menyusun atur barang-barang di unit itu, seorang yang saya hormati peribadi dan pencapaiannya telah masuk dan menegur. Saya namakan dia sebagai DM. Banyak perkara telah kami bincangkan termasuk siapa bakal menduduki ker...