Thursday, June 24, 2010

Isu Dr MAZA

Antara isu terhangat, adalah ura-ura Dr MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) mantan mufti Perli masuk parti UMNO. Saya berpandangan ahli agama tidak sesuai untuk masuk mana-mana parti politik. Tujuan agar mereka dapat menegur mana-mana kepincangan dengan bebas, maksud saya dengan tidak bias.

Saya lebih suka agar ilmuwan agama menjadi Said Nursi yang digelar orang sebagai Bediuzzaman (the wonder of the age). Memang pada mulanya Nursi pro kepada Kamal Attaturk, tetapi bila mengetahui agenda sekular yang akan dilaksanakan kerajaan Turki, Nursi bertindak untuk menjauhkan diri.
Lalu terbitlah masterpiece 6,000 muka surat yang dikenali sebagai Risale-i-Nur yang ditelaah zaman berzaman. Said Nursi lebih dikenali dengan karya ini, lebih dari penglibatannya dalam politik.
Mungkin Said Nursi tahu tentang pepatah, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Kitalah yang memilih untuk nama yang ditinggalkan dikenang orang sebagai baik atau sebaliknya.
(sehingga entri ini ditulis, Dr Asri belum lagi masuk mana-mana parti politik).
** lagi komentar tentang Dr Asri di sini

3 comments:

Norziati Mohd Rosman said...

Selamat berhalunisasi dengan Said Nursi. Jangan terkejut dengan kisah hidupnya yang sungguh mengujakan

Daud Mili said...

Pandangan Dr Asri sangat rapat dengan saya.. walaupon tidak lah semua pendapatnya saya setuju.. namun, kadang2 kita perlukan 'mufti'.. saya tak rasa ada mufti lebih lantang dari dia.. semoga jalan yang dia pilih itu jalan yang membawa kepada pembangunan agama, seperti apa yang beliau tengah lakukan sekarang...insyaALLAH.

ASaL said...

zati: saya cuma baru dapat mentelaah sikit2. Yg sy teruja tahu, Bediuzzaman lahir pada tahun 1877. Dan ketika meninggal dunia, maqamnya tidak diketahui orang.

daud: sy juga rajin membaca artikel Dr di suratkhabar dn majalah Al Islam dulu.
kita perlu ahli agama, bukan sekdar lantang, tetapi mengamal ilmu dn mengajak kepada taqwa, paling penting menyedarkan dengan berterusan bahaya syirik padaNya.

ulama' sebenar tdk berperanan setempat, meski mungkin tempat operasinya local. ulama' sebenar adalah yg menyatakan tntng kebenaran mutlak dan ianya sejagat.

insyaAllah, moga dinegara kita juga akan ada ulama' yg akan membawa kita keluar dari amalan yg menghancurkan, dan mengembalikan kita pada Allah dan RasulNya.