Wednesday, June 23, 2010

France 2010 & Ip Man

Perancis yang diwakili oleh pemain-pemain yang mewakili kelab super di Eropah dsb, pulang awal untuk Piala Dunia 2010 dengan cerita yang memalukan. Mereka tidak wala' pada pimpinan Domenech.
Barangkali mereka perlu menonton cerita Ip Man 2, Kungfu Panda atau belajar sejarah perang Uhud sebelum bertolak ke Afrika Selatan. Bagaimana menghormati guru (pemimpin/coach) elemen terpenting untuk kejayaan.
Kata orang, 2006 lalu pun sudah ada bibit tidak setia pada Domenech. Mereka tidak pernah suka kaedah dan sikap Domenech. Tidak hairan, ketika Anelka diusir keluar dari kem Perancis, pemain lain turut memboikot sesi latihan. 2006 mereka masih bertahan kerana Zidane ada. Zidane, itulah pemimpin mereka yang sebenar.
Kepimpinan dan ketaatan adalah 2 elemen paling penting dalam kesatuan organisasi (ummah). Kerana itu makmum tidak mendahului Imam. Dan makmun akan menurut perbuatan imam dari takbiratul ihram sehingga salam.
Soalnya, ketaatan perlu kepimpinan yang layak, diyakini dan terpilih. Pendek kata, dia perlu unggul serba serbi. Imam, bukankah mereka wajib seperti itu?

5 comments:

Cikli said...

inilah parahnya bila rasa diri lebih cerdik dan lebih baik daripada ketua. macam zul nordin.

esyqi said...

Saya sokong Argentina, hehehe.

Imam, ketika semua manusia akan ditanya di kemudian hari nanti, siapakah Imam kamu? Maka, apa yang akan dijawab oleh kita. Yang tiada Imam pasti binasa. Mari fikirkan bersama.

asal said...

esyqi: argentina dia ada coach yg score gol guna tangan ;p

cikli: huhu, semua rasa diri cerdik belakang la ni. gane nak bersatu.

Aderi Aryasu said...

bukannye apa... mungkin sume salah kut... lagipun mungkin kurang berkatnya sebab qualify guna tangan hari tu.... ho3

as said...

that is cheaters' fate!
if the qualify for the next round, it not fair to the others.