1515
Selepas berhabis tenaga di Kuantan, saya sempat meminjam 2 buah buku dari perpustakaan. 1515 dan satu lagi buku SN Arenawati. Ini dendam saya, untuk membaca (entah dapat dihabiskan dua-dua buku dalam minggu ini, ia satu cita-cita yang besar :p).
Percaya tidak, 1515 saya sudah habiskan dalam masa 1 hari dalam penat-tidur-bangun-baca-tidur-bangun-baca bergilir.
1515.
Ia kisah sejarah Melayu, melalui watak protagonis Nyemah Mulya. Satu ikon, entah ada entahkan tidak, tetapi dalam 1515 Nyemah Mulya diceritakan begitu hidup. Seolah-olahnya ia memang satu sejarah yang tidak dipilih oleh sejarawan untuk diangkat di alam Melayu dan dibiarkan senyap berdekad-dekad.
Dalam hangat peristiwa pencabulan Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla, 1515 banyak mesej berkait. Tentang Islam, tentang bangsa, tentang semangat, dan paling dominan sejarah. 1515 mengajak kita meneliti sejarah, di Palestina juga signifikasi paling besar juga sejarah.
Komen saya ringkas sahaja. Dalam 1515, penulis mengajar kita, Melayu alah bukan kerana kekurangan fizikal, taktikal dan teknologi. Melayu alah kerana kecurangan dan pengkhianatan. Pemerintah, pembesar malah rakyat yang tidak faham tentang kesatuan dan penyatuan. Dan pengkhianat dalam sejarah baik di alam Melayu, merentasi benua lain di Tanah Arab, di Eropah, di mana-mana mereka adalah satu virus yang hidup subur dan sukar dijangka bila ia akan memakan diri dan akhirnya meranapkan semua yang telah diusahakan selama ini. Sedih, ia satu kesedihan yang diketahui tetapi kita boleh buat apa? Virus, seperti itulah mereka.
Mavi Marmara dan terkini Rachel Correy ditawan tentera Israel. Ini juga cerita pengkhianatan terhadap kemanusiaan. Kita yang berdiam diri, tidak bertindak apa-apa bila melihat pencabulan ini di kaca TV, internet, blog, twitter dan sebagainya, adakah ia juga salah satu bentuk pengkhianatan?
Comments
ya betul, adakah kita akan memilih bentuk penceritaan seperti ini.
Sebagai contoh, menulis tentang Mavi Marmara dapat mendarat di Ghazzah. aktivis dapat mengagihkan bekalan kepada penduduk Ghazzah. Lalu masyarakat dunia akan memandang Israel lain. Bukan sebagai pembunuh kemanusiaan.
Betul, betul, betul, akhirnya saya kembali berfikir panjang.