Menunggu itu indah



Penantian itu satu penyeksaan. Itu frasa kata yang telah dimomokkan pada kita sekian lama. Tetapi sebagai mana hantu yang ditayangkan di TV, kita ditakutkan dengan momokan. Atau persepsi. Hantu lebih senang dilihat dalam TV bukan realiti. Hanya yang berilmu tinggi boleh melihat alam ghaib.

Menunggu memang jemu kalau kita tidak mengisi masa antara ruang yang ada. Semalam momok yang lama bersarang dalam dada melebur. Bila dikurniakan ilham untuk berbuat sesuatu yang baik dan kita bertindak atas ilham tersebut. Rakan saya yang telah berjanji sampai di KLCC selesai peperiksaan saya selesai lewat. Kurang lebih saya perlu menunggu sejam. Boleh sahaja membunuh waktu di Kinokuniya. Tetapi bila rakan sampai tetap akan ke Kinokuniya semula. Lagi pula buku di sana semua berbalut plastik. Tidak akan ada peluang pun untuk membaca ilmu.



Saya mengambil langkah untuk ke masjid. Belum pukul satu tapi harap untuk dapat Zohor jemaah lebih mengujakan. Tetapi saya dapat lebih. 15 minit sebelum Zohor Imam menyampaikan tazkirah ringkas. Isinya biasa untuk mengingatkan manusia yang banyak lupa dan lalai.



Saya beremosi di masjid As Syakirin KLCC. Namanya melambangkan kesyukuran. Dari kubah yang jernih saya boleh melihat KLCC yang agam. Namun nama masjid tidak melambangkan kita benar syukur pun, jemaah yang ada kecil. Yang ramai orang dari negara luar, bukan rakyat Malaysia.



Saya terkenang Haraam di Makkah. Sama. Masjid dan pusat membeli belah dekat. Tapi di Haraam bila masuk waktu kedainya lumpuh tiada pembeli tiada juga penjual. Semua tunduk menyembah Allah yang Esa bila dituntut waktu. Tapi masjid As Syakirin sepi. Iman diuji, kita yang memilih. Benar kata Imam manusia itu pelupa. Dan syaitan pula berjanji mahu melekakan kita. Dalam ruang yang singkat begitu, kita boleh diuji dahsyat tapi kebanyakkan kita tidak sedar pun.



Saya sebenarnya berdoa rakan datang lebih lewat. Berada dalam perut masjid lebih damai. Tenaga yang tekumpul di situ adalah mereka yang tegar untuk taat Allah biar gemerlapan dunia dekat sahaja untuk dinikmati sepuas hati. Bila jumpa rakan, dia belanja makan dan buku!



Menunggu itu indah. Saya dapat berjemaah. Saya dapat ilmu. Saya dapat makan sedap. Buku mahal dan ilmu dalamnya juga mahal. Dan saya dapat satu entri. Menunggu cuma sela waktu. Jika mampu manfaatkan dan isi antara ruang kita tidak akan sedar pun masa yang berlalu.



Dalam status FB yang selalu diulang, 'kita lahir disambut azan, mati nanti dihantar sembahyang'. Antara azan dan solat, selangnya iqomah. Sekejap, memang sekejap. Namun kitalah yang memilih untuk mengisi waktu sekejap itu dengan manfaat atau untuk disia-siakan.



Comments

sazrul said…
Mmg sedih masjid/surau kat malaysia nie, penuhnya hanya bila solat jumaat/solat raya..Sedih memikirkan sikitnya orang mengejar pahala berjemaah itu sendiri. Tapi as, aku pun sama macam yg lain, secara automatiknya bila sampai Malaysia tak pergi pun solat jemaah kat surau depan rumah walaupun dekat, berbeza masa disana. Walau panas dan jauh, sanggup redah. Sebabnya disini jarang dibuat orang terutama wanita pegi jemaah 5 waktu. Adalah sebab masing-masing, dengan tidak boleh tinggal kerjanya, rumahnya. Walau apapun, ia bergantung pada niat kita kembali, nawaitu kita. Nak seribu daya, taknak seribu alasan. Tapi aku akan berusaha berjemaah dengan suami jika dia dirumah. InsyaAllah.
ASaL said…
Sazrul, kita sama. Banyak alasan untuk tidak pergi masjid. Tapi sekali dapat pergi mesti perasaan rindu tu datang. Rasa nak pergi lagi dan tidak perlu pulang.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK