Kisah Keajaiban
Benda-benda ajaib berlaku dengan syarat mudah yang susah, "dengan syarat kamu percaya." Rakan saya yang berpergiaan ke Haraam musim Haji tahun ini, baru saya ketahui dijemput tanpa perlu membayar apa-apa pun lagi. Maksud saya, seperti mana amalan Tabung Haji (TH) yang memerlukan kita memenuhkan tabungan sebelum mendapat peluang berangkat, rakan saya yang itu sehingga sekarang masih belum melunaskan. Sudah selesai hari-hari tasyrik, sehingga hari ini masih lagi tergantung bayaran, beliau dan suami ajaibnya sudah selesai rukun dan wajib Haji. Banyak lagi keajaiban yang berlaku, yang saya dengar dari dia dengan mulut terlongo dan air mata berjujuran jatuh tidak dapat ditahan. Bagaimana kurnia Tuhan boleh melimpah ruah kepada hambanya, berturutan dan bagai tiada hentinya? Hampir sahaja saya menjerit keluar dari bibir, "Allahu AKHBAR" setiap kali peristiwa-peristiwa kurniaan Tuhan diceritakan pada saya. Sungguh, begitu indah menjadi orang terpilih. Dan saya,...