Hidup ini Pantulan
Sebentar tadi saya membaca status Facebook yang menyatakan kekaguman kepada seorang pakar pemasaran. Saya tidak ingat nama, mungkin Mohd Noor, sedang belajar di National Singapore University. Beliau menawarkan bengkel pemasaran yang sangat komprehesif yang boleh dinilaikan sehingga RM50,000.
Mohd. Noor memberikan secara percuma!
Bila ditanya mengapa tidak mengenakan sedikit bayaran, sekurang-kurangnya untuk membayar kos perkhidmatan, kata beliau mudah. Memetik kata-kata hikmah orang lain (yang juga saya tidak ingat namanya) "Jika kita berikan keikhlasan, keikhlasan akan datang balik kepada kita. Dunia ini penuh dengan sikap mementingkan diri, kerana ramai orang memberi kerana kepentingan diri sendiri."
Mudah faham dunia ini pantulan, "What you give, you get back.", "What goes around comes around."
Hari ini pandanglah ke dalam cermin, yang kita lihat itulah pantulan diri. Sayangnya, kita tidak ada cermin hati, supaya ia dapat memberitahu seperti manakah hati kita ini.
Tetapi tidak susah sebenarnya, sebelum tidur ambil masa 10-15 minit. Jauhkan dari kesibukkan. Jauhkan dari TV, jauhkan dari Facebook, Twitter, YouTube, semua sekali. Amankan diri. Biar hati kita sendiri membisikkan, siapa sebenarnya diri kita.
Hati itu berbicara, tinggal lagi kita tidak sepenuhnya memberi perhatian untuk mendengar.
Buat sesuatu / santuni sesiapa seperti mana kita mahu orang lain santuni kita. Tetapi jangan mengharap balasan dari manusia, kerana sebaik-baik pembalas itu tetaplah Allah Yang Maha Kuasa. Berbuatlah demiNya, pedulikan yang lain. Allah ada di mana-mana, dan Dia Maha Melihat.
Hidup ini pantulan, kerana itu dunia ini bulat.
Comments