Regu
Bila sebut perkataan regu, yang paling sinonim adalah sukan badminton. Sebab ada kategori beregu. Tetapi ini entri sambungan, dan fokus di sini ialah regu baca atau dapat difahami juga dengan maksud rakan ganding baca. Sepertimana bermain badminton, kita juga perlu ada regu baca. Tetapi selalu kita salah faham untuk mendapat regu baca yang sama level dan kapasiti intelektual dengan kita. Tidak selalunya perlu begitu. Seperti main badminton dalam kategori beregu, kedua-duanya mesti berada di posisi yang seimbang supaya serangan lawan dapat ditangkis dengan baik. Kalau seorang di depan, seorang lagi akan cover bahagian belakang. Kalau sorang duduk di sebelah kanan gelanggang, seorang lagi akan mengawal di kiri gelanggang. Begitu lebih baik, meski dalam mencari rakan untuk ganding baca. Yang saling melengkapi, yang duduk di kawasan tertentu, bukan overlapping. Overlapping pun kadang-kadang bagus juga, kerana ia akan membuatkan kita lebih faham tentang sesuatu. ...