Nasib

Kau percaya nasib? Kadang-kadang aku percaya, tetapi selalu tidak. Untuk berserah pada semua perkara, akan menjadikan kita makhluk tidak berdaya. Sedang mereka yang tidak percaya nasib telah jauh maju ke depan.

Orang-orang yang tidak percaya nasib ini, mengajar aku satu perkara, tentang kasualiti. Kata mereka "dunia ini hukum sebenarnya ialah kasualiti." Apa itu? 

"Kasualiti adalah hukum sebab dan akibat. Contoh, kau lapar, sebabnya kau tidak makan. Jadi untuk mengatasi nasib malang ini, kau makan akibatnya nanti kau akan kenyang."

Itu semua orang pun tahu.

Tetapi kawan yang tidak percaya bulat-bulat pada nasib ini seterusnya melanjutkan, "bila kau percaya pada perkara ini, untuk semua perkara, sesuatu itu berlaku akan ada sebabnya dan akan juga akibatnya, maka kau akan berusaha lebih."

Maksud?

"Kalau kau tidak pandai Bahasa Inggeris, itu bukan nasib. Kalau kau percaya ia adalah nasib, kau akan biarkan sahaja tanpa buat apa-apa. Tetapi kalau tiap-tiap hari kau tulis diari dalam Bahasa Inggeris, cakap sorang-sorang dalam Bahasa Inggeris, cuba cakap dengan orang lain, takkanlah sampai bila-bila pun tahap penguasaan Bahasa Inggeris kau lemah."

Kata beliau memang masuk akal. 

"Dengan maksud, boleh sahaja nasib itu berubah seiring dengan usaha dan doa." 

Kadang-kadang aku mahu percaya dia. Atau aku ambil jalan percaya sahaja dia. Dunia ini kita bukan tidak dihadapkan dengan pilihan. Bukan sehala, dan bukan jalan mati. Untuk satu-satu perkara, ada sahaja jalannya, selagi kita berusaha, selagi kita punya doa.

"Nasib itu hanya terjadi bila perkara itu telah berlaku. Selagi belum, kau selamanya tidak akan tahu apa kesudahannya."

Hanya sahaja, "jangan lakukan sesuatu yang luar batasan dan menjadi murka Tuhan."


Comments

Cikli said…
Menipu orang bukan nasib, walaupun nasib baik orang percaya.
ASaL said…
nasib baik kepada si penipu, tapi malang kepada yang percaya.

Pesanan ringkas: jangan percaya semua yang anda dengar (tapi ramai je yang percaya TV)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah