Pelajaran Rezeki 1
Semalam taip-taip sebab rasa macam dah lama tak menulis, sekali terpanjang pula untuk entri kali ini. Kena pecah-pecahkan la pulak ye, nanti pening berpinor pulak membacanya yob. ***** Saya pernah berbual panjang dengan seseorang yang menyesali rezekinya. Telah dua kali dia mencuba menghantar borang untuk kenaikkan pangkat. Setiap kali mencuba, syarat berubah. Menyebabkan dia perlu menunggu lagi, sehingga semua syarat telah dipenuhi. Satu ayat yang telah dikeluarkan bergaung dalam kepala sampai sekarang, “aku rasa seperti rezeki aku disekat.” Ketika dia menyebut itu, saya terdiam. Tiada kata yang boleh saya sampaikan kerana di waktu itu ternyata dia sedang berburuk sangka dengan Tuhan. Bilik yang dingin saya rasakan begitu hangat. Melihat perubahan wajah saya yang begitu ketara mungkin, dia akhirnya meredakan keadaan, “aku tahu tak baik aku fikir macam ni, tetapi entahlah kadang-kadang fikiran macam tu memang datang.” Saya masih tidak respon. Memandangkan saya tahu ...