Sharing is caring

Entri lepas ramai juga yang share pengalaman mereka. Kalau ada masa nanti akan dikongsikan, InsyaAllah. Saya tidak berkecil hati pun dengan peristiwa tu (ye ke? sampai berentri bagai? tak kecil hati konon.)

Betul saya tidak berkecil hati jika orang yang berbuat demikian rendah diri dan peribadi. Tetapi orang itu adalah orang yang mengajar budi pekerti, dan menegur di sana sini, salah silap adik-adik dan orang yang lebih muda. Tidak mengapalah, akhirnya saya tahu ramai yang berkongsi pengalaman dengan saya. Kita tidak seorangkan? Peristiwa begitu membuat kita mengenal wajah-wajah yang tersembunyi.

Saya hanya hairan satu perkara, ketika diminta keluar itu, beliau sendiri membuat penyataan "tak pe ya, tidak kecil hati kan?"

Hah. Ketawa dalam hati. Dunia ini terlalu banyak ironi. Sudah gaharu cendana pula (sambung sendiri).

*******intermission*******

Jangan sangka yang kecil itu anak, yang besar itu bapa. Kerana yang kecil juga boleh juga mengajari kita macam-macam, dengan syarat kita memberi mereka peluang untuk bercerita, berkongsi. 

Hari-hari saya sekarang ini dikayakan dengan cerita, dan saya tidak pernah rasa masa dibazirkan dengan mendengar. Meski bagi ramai orang ianya peristiwa kecil, tetapi bagi saya ianya besar penuh makna. Cerita penting sebagaimana dalam Al Quran dengan satu surah Al Qasas (cerita-cerita)

Archery
Seorang remaja belum berumur 20 tahun saya kira, berkongsi pengalamannya dalam sukan memanah. Tujuan asal dia masuk sukan itu adalah untuk belajar memanah dan akhirnya bercita-cita untuk mewakili Malaysia. Padahal dia tidak pernah kenal apa itu memanah, apa kriteria untuk menjadi pemanah dan sebagainya. Tubuhnya yang kecil buat saya sangsi, bagaimana boleh dia mengimbangi kekuatan tarikan, tumpuan terhadap sasaran, halangan angin dan kemudian melepaskannya ke sasaran.

Dia bercerita, yang dia sangat bersungguh-sungguh. Setiap hari akan turun latihan, malah di luar keperluan latihan akan turun mengasah kemahiran. Hanya selepas setahun, dia sudah melayakkan diri sebagai wakil Malaysia di sukan memanah di Bangkok. Sasaran memanah paling dekat rasa saya ada sejauh 70m! Jauh tu, tak berkederat untuk melentur tali bow panah. 

Hanya setahun! Sudah menjadi wakil negara.

Moral pada cerita beliau: Apa pun yang kita mahukan, jika kita meletakkan azam dan berusaha bersungguh-sungguh, InsyaAllah Allah akan makbulkan.


Part-time Working
Seorang remaja lain juga sama usia dengan cerita yang pertama berkongsi tentang cerita kerja part time. Saya melihatnya dengan senyum. Sangka saya, dia akan bercerita tentang kerja sampingan sewaktu hari cuti di stesen-stesen minyak, di supermarket ataupun di restoran makanan segera. Akhirnya saya sendiri tersasar jangka.

Sejak dia berumur 14 tahun telah memulakan kerja sebagai buruh di tapak pembinaan. Kerja itu diteruskan sewaktu hujung minggu dan juga cuti sekolah yang panjang. Sehinggalah dia ke tingkatan 5, kerja menjadi buruh diteruskan. Lain daripada itu dia juga bercerita pernah mengendalikan crawler kren di tapak pembinaan (sejenih kren yang boleh menampung beban 100 tonne - kalau_saya_tidak_silap_dengar). Untuk menjadi pemandu kren mahir hanya memerlukan 3 bulan latihan di bawah kendalian CIDB. Bila sudah tamat belajar boleh jadi pemandu kren dengan gaji yang lampau lumayan (sebagai permulaan). Bila sudah mahir seiring dengan tahun dan pengalaman kerja, gaji yang diterima sangat mengejutkan bila mendengarnya. Dan kemudian daripada itu, dia bercerita dia juga pernah mengendalikan mesin untuk harvest padi di sawah.

Mata saya hampir terbelalak mendengar betapa kayanya pengalaman walaupun relatif usianya yang masih muda. 

Yang dikongsikan adalah keperitan menjadi assistan mengendalikan mesin harvest padi. Kerjanya tidak tentu masa, tanpa ada masa rehat yang ditetapkan. Masuk kerja jam 8 pagi dan kadang-kadang berakhir jam 2 pagi. Kenapa tidak mempunyai jadual? Kerana padi di harvest dalam tempoh tertentu. Sekiranya padi masak tidak dituai dalam tempoh waktu itu, ia akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Walaupun kerja berakhir jam 2 pagi, dia masih perlu bangun untuk kerja jam 8 keesokkan paginya.

Kata dia lagi, yang paling getir adalah untuk berlawan dengan miang padi. Untuk beberapa waktu, dia tidak dapat tidur kerana miang padi yang telah mencengkam seluruh badan. Rasanya seperti semut api di setiap inci badan dan tiada cara untuk mengubatnya selain menggunakan sabun dan apa-apa yang ada untuk menghilangkannya.

Saya membayangkan sawah padi yang hijau. Alam yang berharmoni dengan kehijauan dan jerih perih pesawah dan pekerja sawah. Sedangkan kita hanya enak-enak makan nasi tanpa berfikir tentang apa-apa.

Moral pada cerita beliau: Akhirnya dia menasihati kepada rakan-rakan, untuk tidak menjadi biasa. Dia mengusulkan untuk mencari pengalaman luar biasa, supaya nanti akan dapat banyak pengalaman dan lebih penting dari itu menjadi orang yang faham perasaan buruh-buruh dan orang yang lebih rendah kedudukan kerjanya daripada kita. Kata dia, andaikata satu hari nanti dia berjaya menjadi engineer, dia akan menggunakan pengalaman yang ada supaya dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan orang bawah, memahami perasaan mereka dan bertindak sewajarnya. 

Yang lebih saya kagumi nasihat dia kepada rakan-rakan, "our time is now" jika tidak sekarang bila lagi. Kita tidak akan mencari pengalaman begini sekiranya sudah berjawatan, dan tiada pengalaman akan dibazirkan melainkan memberikan kita lebih pengalaman dan pengetahuan.

WOW! (sila bunyikan seperti Usin Lempoyang dalam cerita 3 Abdul).

Saya tahu dan percaya kini, sharing benar-benar menunjukkan peduli (caring).

Comments

La Kuchi said…
Salam,

1.kadang-kadang kita buat silap dan akhirnya kita sedar tindakan itu mungkin menyakiti hati orang. dan tanda sedar itulah yang berharga, kerana bukan semua orang mampu sedar akan tindakan dia yang mungkin menyakiti hati orang lain.

2. Hidup diluar keselesaan sedniri, secara tidak langsung mengajar kita lebih kuat untuk menghadapi ujian akan datang. tidak membesarkan perkara yang remeh, tapi membesarkan perkara yang 'lebih besar' dari itu. saya ada terbaca kisah seorang rakyat malaysia yang dipenjarakan diluar atas sebab-sebab yang saya sudah tidak ingat. Dia seorang yang berpelajaran, berduit dan punyai segalanya. tetapi sampai satu masa, dia merasakan ingin berbuat satu kelainan, lalu dia pergi mengembara ke negara lain, setelah sekian lama entah bagaimana terdapat satu insiden hingga menyeret dia masuk ke penjara. pelbagai ujian dan cabaran yang dilaluinya sepanjang berada di negara orang. dan akhirnya, selepas dibebaskan dia merasakan, segalanya yang dihadapinya adalah mudah (mungkin kerana cabaran dan rintangan yang dialami semasa dia merantau).

3. Kita lebih mudah berkata-kata dari merasai sendiri pengalamannya. Saya sendiri kadang-kadang mengomel, nasi terlalu lembik lah, terlalu keraslah. kadang-kadang nasi itu sendiri tidak habis. owh sungguh tidak bersyukurnya saya, selepas membaca cerita akak ni.

terima kasih sebab share!

:)
ieka said…
saya juga ini berkata
Wow..
ASaL said…
ilmu bertebaran di sekitar kita, dengan syarat kita buka mata untuk sedar kehadirannya.

:)

indah hidup ini, jika yang kita lihat keindahan di celah-celah yang kelam.

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?