Posts

Showing posts from November, 2013

Terima kasih!

Terima kasih kerana belum pun saya masuk sekolah, mak dan ayah sudah mengajari saya membaca Al Quran. Dengan itu saya tidak menjadi buta kepada huruf-huruf yang Allah ciptakan sehingga menjadi warkah yang memperkenalkan DiriNya kepada saya.  Terima kasih kerana menghantarkan saya ke sekolah, untuk saya dapat membaca huruf-huruf Rumi Melayu dan Inggeris, sehingga saya dapat membaca tafsir kalamNya yang saya dapat fahami dan mengambil pengajaran-pengajaran. Apa yang diusahakan secara bersusah payah oleh mak dan ayah sehingga mengorbankan kesenangan diri adalah untuk menjodohkan saya dengan buku yang dinamakan Al Quran, kata dasarnya Qara'a bermakna recitation ataupun Bacaan. Semoga Dia menemukan Cinta melalui surat yang diizinkanNya Baca.

Budaya dan Kebenaran (agama) - 2

Masih lagi saya merujuk kepada Dr Jeffrey Lang. (minta maaf minggu ni minggu Dr Jeffrey Lang agaknya. This man inspired me in many ways than I can imagine.) Persoalan saya di atas sebenarnya diambil dari YouTube yang saya cuba tekuni seminggu dua ini. Dalam satu aspek kita melihat Dr Jeff begitu tenang orangnya, kelakar, sangat intelek, bersemangat dan cintakan agama, tetapi dalam satu aspek kita melihat juga kekecewaannya kerana ramai orang Islam tidak bersikap seperti semestinya orang Islam bersikap. Ini memberikan cabaran kepada Dr Jeff yang bukan sedikit. Kata Dr Jeff (lebih kurang), "saya mesti memberitahu isu-isu ini kepada masyarakat muslim, kerana saya sudah 20 tahun berada dalam agama ini tetapi saya tidak pernah mendengar mana-mana  scholars  bercakap secara serius tentangnya. Ini meninggalkan saya dalam keadaan tanpa pilihan, saya mengambilnya sebagai tanggungjawab untuk bercakap. Keluhan-keluhan ini memang ada dalam masyarakat, dan bagaimana kita mahu bertinda...

Budaya dan Kebenaran (agama) - 1

Rakan baik saya pernah memberi nasihat, "sekiranya awak mahu mengenali orang (di tempat orang lain), kenalilah budaya mereka dan jadilah seperti mereka. Sekiranya awak mahu memperkenalkan diri awak kepada orang lain, jadilah diri awak sendiri bukan orang lain." Ada masalah dalam perkara ini sebenarnya. Yang pertama adalah penerimaan kita terhadap budaya semata-mata kita mahu fit in dalam dunia mereka. Tetapi benda ini adalah sangat penting, terutama untuk memulakan perkenalan dan perbualan. Terutama jika kita adalah orang asing yang merantau dan berada di tempat orang. Masalah yang timbul ialah apabila budaya setempat yang tidak ada kaitan dengan tuntutan agama, menjadi seolah-olah perkara wajib dalam agama. Sebagai contoh tentang penggunaan masjid seolah-olah dikhususkan kepada lelaki sahaja. Ada negara malah tidak membenarkan wanita untuk bersolat pada lantai yang sama dengan lelaki. Mereka diminta untuk berada di tingkat lain sekiranya mahu melakukan solat berjem...

Mencari Bilal

Terima kasih kepada Dr Jeffrey Lang, beliau telah membuka mata saya bagaimana seharusnya saya membaca. Membaca Al Quran, membaca sejarah, membaca alam, membaca kasih sayang keluarga dan rakan-rakan.   Bilal adalah tokoh sejarah. Orang mengaitkannya dengan tugas sebagai muezzin Rasulullah. Atau tukang azan di masjid. Tapi sejarah Bilal lebih jauh dari itu.   Bilal hanya seorang hamba. Hamba berkulit hitam, yang dipunyai oleh Umayyah. Semasa awal keIslamannya, Bilal diseksa dengan sebegitu buruk dan dahsyat. Tidak ada seorang pun makhluk zaman moden akan menyanggupi pengorbanan Bilal.   Itu cerita yang semua orang pernah dengar. Saya memandang dari sudut sejarah, kenapa pada zaman itu semua Tuan-tuan menjadi takut bila hamba mereka masuk dalam Islam. Dari segi tugasan, mereka masih melakukan tugas yang sama. Tidak membantah. Mereka tetap patuh pada tuntutan kerja.   Ada seruan lain yang Rasulullah masukkan dalam mengajak orang Makkah ke dalam agama Isl...

Stop it!

Seorang rakan muda memberitahu, "berhenti meletakkan iman anda di tangan orang lain." Katanya, dia mahu bertanggungjawab dengan iman yang dia yakini, bukan dipaksakan. Ramai orang akan menganggap seolah-olah itu percakapan orang yang angkuh, tetapi untuk saya, ia adalah percaya diri dan percakapan orang sedar. Sedar fitrah dirinya, yang diciptakan dengan kebebasan memilih. Dan dengan kuasa sebesar itu apa sahaja yang berlaku, dia tidak akan menyalahkan orang lain tetapi dirinya sendiri. Sejenak cuba kita fikirkan, benar tidak percakapan seperti ini? Bila kita cukup dewasa, akhirnya kita juga akan menyakini benda yang sama. Bahawa iman itu apa yang kita yakini dalam hati, bukan yang dipaksakan. Soalnya cepat atau lambat. Katalah kita bakal menjadi seorang ibu atau bapa. Dan tugas kita menjaga mereka hanyalah setakat usia 8 tahun. Kemudian dari itu kita meninggal, harta apa yang kita mahu tinggalkan untuk dia? Saya akan membekalkan anak saya dengan dua...

Apa yang Kita Hilang - 2

Akhir-akhirnya ada ramai kawan bertanya mengenai banyak benda. Antaranya ialah bagaimana kita menangani perasaan bersalah pada kesalahan kita yang lalu-lalu. Ramai juga yang bertanya, kenapa kita menjadi umat yang tidak berdaya.   Saya kira soalan-soalan itu juga menampakkan kita kehilangan banyak benda dengan budaya yang kita ada. Terlalu bergantung kepada jawapan dari orang agama, dan lagi buruk orang-orang yang bukan agama tetapi kita percaya mereka boleh bagi kita jawapan juga sebagai salah satu kehilangan yang kita miliki.   Dr Lang telah membuka mata saya bagaimana kita perlu baca Al Quran. Paling tersentuh bila Dr Lang membicarakan tentang ayat 30 surah Al Baqarah. Di situlah soalan Dr Lang sepanjang hidupnya, iaitu tentang Tuhan dan kenapa Tuhan ciptakan dunia penuh kerosakkan. Hanya membaca surah kedua, Dr Lang telah menjumpai jawapan kepada sebab Dr Lang menjadi seorang atheist.   Saya mencari apa yang hilang. Apa yang salah dalam proses saya membac...

Apa yang Kita Hilang - 1

Hujung minggu ini saya mengasingkan diri dalam bilik untuk mengemas dan juga meneroka dunia YouTube. Sangat berbeza dengan apa yang selalu saya buat, membuka TV untuk menonton The Voice. Penat mengemas saya mula mendengar dengan teliti berita dan cerita dalam YouTube.   Apa yang bagus dalam YouTube adalah rancangan yang boleh kita pilih. Berbanding TV, kita perlu menunggu apa yang kita mahu tonton, sementara itu kita anak disogokkan dengan banyak iklan.   Untuk hujung minggu ini, saya ditemukan dengan Dr Jeffrey Lang. Seorang Profesor Matematik yang menemui kebenaran dari dalam Al Quran.   Satu perkara yang selalu saya cemburukan kepada atheist apabila mereka menemukan kebenaran, ialah perjalanan mereka memilih kebenaran itu selalu dalam provokasi menggunakan akal tahap maksima. Berbanding kita yang selesa dengan apa yang sudah sedia untuk kita. Rasa sudah selesa dan tidak pernah berfikir kita juga perlu mencabar kredibiliti intelektual sendiri. Sekurang-kura...

Mengapa Perlu Iklan

Image
Sekitar saya masih berbicara mengenai Ammar, itu satu perkara yang sangat baik tidak syak lagi. Saya memandang positif perubahan yang berlaku meskipun di masyarakat kita selalu sangat sesuatu berlaku bersifat bermusim.   Balik dari perjalanan yang panjang, tersangkut pula dalam kesesakan lalu lintas, saya menikmati masa beku (jem) dengan memandang kiri dan kanan. Ternyata jalan raya kita sangat meriah dengan iklan.   Halnya, kenapa perlu iklan?   Ada beberapa teori tentang iklan. Kebanyakkan pengiklan adalah penjual, bahasa hormatnya ahli perniagaan, bahasa buruknya kapitalis. Dalam teori iklan, sudah dimasukkan dalam buku teks juga, setiap produk perlu membuat pengenalan tentang dirinya sebanyak 9 kali sebelum benar-benar masuk dalam minda separuh sedar manusia.   Iklan yang berulang juga menunjukkan kredibiliti. Semakin kerap diulang, pengguna akan mempunyai persepsi bahawa barang itu sudah tentu sangat baik kerana itu peniaga berani untuk m...

Gerak Dari Langit

Image
Kita menyambut hari kanak-kanak sedunia. Ada rakan yang mendoakan agar kanak-kanak ini tidak segera besar. Kerana hadir mereka membawa bahagia, ketelusan mereka mendamaikan, mereka selalu berjujur dengan apa yang mereka rasa. Bersifat ekspresif ketika gembira, marah, sedih, dan apa-apa sahaja. Kanak-kanak selalu lucu, dan tindakan spontan mereka mendamaikan walau kadang-kadang buat kita geram. Lain dengan kawan saya, saya selalu mendoakan anak-anak kecil ini akan segera dewasa. Saya doakan mereka punya kebolehan segera untuk dapat membeza yang buruk dan baik. Yang salah dan benar. Dalam dunia hari ini, itu bekal yang paling berharga yang boleh diberikan oleh ibu bapa, guru dan saudara mara terdekat. Saya jadi terfikir akhir-akhir ini, bila memikirkan apa yang ada dalam masyarakat. Kita mencaci cela dan mengkritik produk drama dalam TV. Sekarang ini ditayangkan cerita drama bersiri Playboy itu Suami Aku yang disiarkan pada waktu Maghrib. Untuk manusia biasa, kita akan berpera...

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Ketika saya bercerita kepada rakan bagaimana strategi pemasaran dan pengiklanan untuk industri ubat gigi dunia, kawan saya memberi maklumat yang sangat mengejutkan, "Tokki saya sampai ke umur dia 70 tahun lebih, dan dia meninggal, gigi masih lagi elok tersusun sempurna." "Apa petua Tokki?" "Dia kerap kali berus gigi." "Guna kayu sugi?" Seorang rakan lagi mencelah. "Berus gigi, tapi tanpa ubat gigi." Sehingga hari ini saya masih tercengang mendengar kenyataan ini. Perkongsian itu telah menyebabkan saya meletakkan berus gigi dalam beg tangan, dan akan memberus di mana ada kesempatan walau tanpa ada ubat gigi. Rasional kawan saya mudah, dia kata pesan Rasulullah itu benar. Minta kita memberus gigi (bersugi) setiap kali nak pergi solat. Kayu sugi sangat mudah untuk dibawa dan tidak perlu untuk sibuk-sibuk cari bilik air, ubat gigi. Cukuplah kalau ada secawan air kosong (mineral, masak), berus dan bersihkan. ...

Projek Botol Positif: Mula!

Image
Terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Pemurah yang memberikan kesempatan untuk saya memulakan projek yang baik ini. Mudah-mudahan boleh berlanjutan dan memberikan kesan yang baik untuk diri sendiri dan juga yang berkait di sekeliling. Semoga Tuhan memberkati. Boleh kongsikan perubahan baik yang diterima hasil dari eksperimen yang baik ini, InshaAllah. Baru berniat untuk mula, sudah didatangi berita dan cerita gembira dari pelbagai sudut dan tempat. Jangan intai apa yang saya tuliskan ya? Selamat mencuba jaya. p/s: saya gunakan bekas kuih raya yang diperbuat daripada plastik. Ada botol kaca kecil dan comel, tetapi tulisan dan kertas saya besar, jadi tukar botol yang lebih sesuai.

Mengira Kesyukuran Kita

Image
Ada satu musim, kami menerima banyak botol-botol kecil apabila pulang dari kenduri kahwin. Botol-botol ini saya kumpulkan. Terfikir satu idea untuk menggalakkan adik-adik di rumah anak yatim dan miskin untuk sentiasa berfikir positif.   Tentu idea itu tidak datang bergolek. Bermula dari kursus Mendorong Pelajar Corot, kemudian berguru pula dengan teknik Khalifah Metod, dan juga beberapa siri kursus yang lain selepas itu. Rupanya dalam banyak kursus keibu bapaan dan latihan mendidik untuk mendorong perlakuan positif anak-anak kecil, kita sentiasa perlu memasukkan elemen-elemen positif dan baik. Terutama sekali dalam percakapan, dan paling berkesan sekali ialah kita jadikan diri kita sendiri sebagai model dan contoh tauladan.   Kenapa macam sekarang ini begitu bercambah sekali kursus parenting sedangkan dahulu seperti tidak ada? Sepertinya kita akan dapat satu trend bahawa ibu bapa jelas sekali menghadapi satu zaman yang mencabar. Di mana untuk membesarkan anak-anak ...

Timing

Selalu kita berada dalam keadaan tergesa-gesa, mahukan sesuatu berjalan seperti apa yang muncul dalam fikiran. Tentang kehidupan sempurna seperti mana orang lain, seperti majoriti di kalangan kita. Tanpa kita sedari bahawa dunia ini terbina dengan kadar. Bahasa lainnya measure, makna lain perkiraan?   Perkiraan itu, kadar itu boleh jadi dari pelbagai segi. Jumlah, bilangan, tempoh (duration), masa. Dengan maksud lain segala itu mencerminkan satu, ada had. Kita berada dalam ruang yang punya sempadan dan punya titik akhirnya.   Memahami ini, saya terdetik tentang satu perkara. Iaitu timing, bahasa Melayu mungkin tepat pada masa.   Setahun ini perjalanan hidup saya sangat dinamik dan diwarnai oleh orang-orang muda yang begitu hebat sekali cara pemikiran dan usaha mereka. Mereka menolak untuk terus berada dalam acuan yang sama sepertimana yang pernah mereka dengar dari abang-abang dan kakak-kakak. Sebagai contoh, dalam memahami sesuatu mereka tidak hanya mahu men...