Ceritakan kebaikkan

"Kau ada masalah bila orang ceritakan kebaikkan kepada orang lain?"

Dia jawab tak.

"In fact, kita tidak ada pilihan kecuali menceritakan."

"Kau biar betul? Bukan ke orang kata merendah diri lebih baik. Kebaikkan kalau diceritakan akan pudar ikhlas, sirna ketulusan. Mungkin juga orang akan anggap kau menunjuk-nunjuk."

"Apa yang kau kata orang kata tu, semua dalam hati kau. Kalau kau memang tak ada motif, tak jadi isu kan?"

Aku geleng kepala tak faham.

"Zaman sekarang orang lebih bangga cerita buat jahat dari buat baik. Psikologi manusia ni senang je, mana yang kau ulang-ulang, itulah yang dianggap paling elok. Paling benar."

Dia mula menerangkan, aku kena mula memahamkan.

"Bagi contoh mudah aku faham sikit, please?"

"Kenapa orang beli barang branded tak beli barang sama kualiti tapi tak ada jenama?"

Aku cuba jawab, "sebab barang branded selalu orang nampak dalam iklan. Benda yang dalam iklan ni nampak macam ada prestij."

"Kau betul. Satu sebab lagi, iklan tu diulang-ulang entah berapa ribu juta kali. Bagitahu benda tu baik, bagus, ada kualiti. Menyebabkan otak kita dicuci kata memang betul benda tu bagus. Kata kuncinya berulang-ulang kali."

Dia menarik nafas. "Otak manusia memang senang kena pengaruh. Asal kau ulang cakap benda tu bagus, orang akan percaya benda tu bagus."

"Yang jadi masalahnya, TV sekarang suka tayang cerita mengarut. Ganas, cinta murahan, macam-macam. Mana ada cerita yang ajak kepada kebaikkan, diulang-ulang ratus juta kali. Ada pun sikit, kalau bandingkan memang tak banyak."

"Sebab tu kau kata kita tak ada pilihan kecuali bercerita pasal kebaikkan?"

"Yalah. Bila tiada saluran pun yang betul-betul komited nak seru benda baik, kau nak buat macamana?"

"Tapi TV Al Hijrah tu macamana?"

"Berapa kerat tengok TV Al Hijrah. Dia orang memang cakap pasal seruan, tapi yang betul buat? Yang beraksi tengah masyarakat, ada?"

"Macam inilah, kau cuba buat eksperimen sikit. Katalah kau nak bersedekah beri makan pada orang lain. Tapi kau jangan buat senyap-senyap. Kau cerita kat kawan, kemudian ajak kalau nak ikut sekali. Aku percaya, mesti ada orang ikut jejak langkah kau. Syarat kau betul buat lah."

"Semakin kau promosi benda baik, akan ada pengikut, dalam nyata atau pun sembunyi. Kadang-kadang bukan dia orang tak mau buat, cuma tak ada idea. Bila orang ajak baru terjetik naluri manusia dia orang. Atau sebelum ini, tak ada saluran. Kau jadi saluran untuk orang menyumbang."


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK