Petang
Kau tidak akan tahu nikmat jika ada kawan-kawan yang mahu berbincang persoalan ekonomi, agama dan politik di meja makan ketika minum teh hijau tanpa gula. Di waktu petang untuk rehat pulang dari kerja. Sekurang-kurangnya perbualan itu tidak akan menjadikan otak menjadi kaku hanya kerana setiap petang disajikan drama Cinta Si Wedding Planner, Tunang vs Isteri dan macam-macam lagi.
A: Dalam dunia ini, 66 orang terkaya dalam dunia menentukan segenap inci kehidupan manusia. Kekayaan mereka mungkin lebih dari harta yang dapat dikumpulkan oleh separuh penduduk dalam dunia yang berjumlah billion.
B: Kalau ada yang miskin, tidak makan, melarat, kebuluran, mati akibat perang, penyakit berjangkit, yang salah itu adalah 66 orang itulah. Mereka menahan kekayaan yang ada untuk diagihkan kepada yang lebih berhak. Menahan kekayaan dari melabur untuk tujuan penyelidikan untuk ubat penyakit. Menahan kekayaan untuk memberi makan pada yang miskin.
C: Welcome to New World Order. Yang memegang kuasa paling atas itu adalah jelmaan Firaun dalam bentuk moden. Firaun yang ini tidak mencambuk kau dengan cemeti demi untuk menggerakkan batu yang besar-besar. Tetapi menyebabkan kau menjadi hamba kepada budaya hidup pengguna atau consumerism yang tiada jalan keluar. Yang menawarkan kau pinjaman bank tetapi mustahil kau pernah hidup untuk satu waktu tanpa berhutang. Hutang yang menjerut leher dari kau hidup sampai 7 keturunan.

Aku memandang tembus keluar dari jendela bilik teman. Yang difikirkan anak masa depan. Yang masih menyusu dan bertatih. Mereka tidak mewarisi dunia aman yang disediakan oleh datuk moyang ku yang terdahulu. Mereka mewarisi kelemahan kami yang tidak berjuang demi kemanusiaan, kerana ditangan kami juga terpalit debu-debu harta Firaun dari bank-bank yang kononnya menawarkan kemakmuran.
Tetapi sebaliknya, menawarkan penghambaan tanpa sempadan.
Mataku berkaca. Cermin jendela di bilik teman itu kaca. Dan aku berangan supaya ada juga sebuah tempat di Malaysia yang menyamai Marinaleda, yang anti kapitalis, dan menawarkan kehidupan yang mementingkan nilai dan kemanusian.
Sebentar lagi kami mungkin berada di hadapan kedai, makan malam sambil menonton Cinta Si Wedding Planner.
Comments