Belasungkawa Arenawati (1928-2009)

Di Strait Meridien Melaka, kami telah bercadang untuk melawat Pak Arenawati. Kata Kak Nisah (Nisah Haron), Pak tidak sihat. Sekarang dia berada di HUKM, di ICU.
Kami menyimpan hasrat untuk mengujungi selepas berbengkel, meski di hospital.
Pagi 25 Januari, selepas sarapan saya mengutip bicara Salleh Rahmat kepada Bonda Zaharah, Pak sudah pergi pukul 1.30 pagi malam tadi. Saya menyampaikan pada mereka, tetapi mereka tidak percaya. Sehingga berita diumumkan di sidang rumusan pembimbing bengkel.
Al fatihah. Khali. Saya sendiri-sendiri rasa hilang.
Saya bukan kenal Pak lama. Saya baru mengenal karya Pak tahun 2006. Saya menghabiskan karya Sandera milik ayah pada tahun yang sama. Itu permulaan, dan itu juga membuat saya menulis semula. 'Langit Permulaan' ditulis dan dihasilkan pada tahun yang sama.
Kemudian saya mula membaca, Panrita, Sukma Angin, Mevrouw Toga dan mengumpul karya-karyanya di dalam almari, tersusun kemas.
Dalam Sukma Angin, Pak memanggil Darusi dengan panggilan "Dar".
Terasa Pak memanggil saya sendiri setiap kali menemukan baris dengan panggilan Dar.
Saya teringat Kak Ngah yang konsisten memanggil saya dengan panggilan itu. Saya teringat Ayah yang memanggil nama saya penuh-penuh dan menekankan bunyi Dar di hujung.
Tetapi Pak telah pergi. Tetapi meninggalkan bekal yang banyak, Bunga Di Kuburan, Sakura Mengorak Kelopak, Sudara dan banyak lagi.
Arenawati, Sasterawan Negara telah pergi. Namun karya akan tetap ada. Tiap baris ayat, penuh mutiara dan hikmah, panduan dan pedoman generasi akan datang.
Al Fatihah.

Comments

Hikari-san said…
Salam,

al-fatihah, sedihnya.. suka penulis2 lama sejak zaman sekolah, arenawati novelnya berat2 sedikit namun memberi kesan mendalam,...
ASaL said…
Geolife, saya setuju karya Pak karya yang berat, tapi ia sarat. saya masih terkenang esak tangis tanpa henti ketika menghabiskan Panrita. Seolah saya membaca diri menerusi pengkisahan Pak. Dan sungguh, Pak adalah pengkarya yang tiada galang ganti!
Nur said…
salam,

dia lahir dalam bulan kita bukan? alfatihah, arwahnya, saya tidak sempat menyelusuri buku2nya, insyaAllah, bila ada masa nanti...
Nur said…
Dar kah? wah, boleh ku panggil mu dengan gelaran ini? ...*wink*
ASaL said…
Pak lahir pada 30 Julai 1928.
dia SN kegemaran saya (mungkin sebab sentimen bulan Julai :p ttp yg jelas nyata, karyanya hebat metah, setiap baris punya falsafah yang sarat).

Percaya tidak, panggilan itu akan keluar dari mulut mereka yang seusia K Ngah secara automatis! walau pertama kali berjumpa. Ia adalah panggilan sangat klasik :O

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK