Pakcik Tempang dan Boikot


Ada orang kata, kenapa boikot, it will not change anything. Dan ia bukan sunnah yang ditunjukkan Rasulullah.
Hairan.
Dalam konteks ini, saya lebih menyanjungi seorang pekerja pam minyak, pertengahan usia, tempang, tinggal mungkin seluruh usianya di kampung yang orang katakan ceruk dan pedalaman. Di pedalaman yang rimau dan beruang pun ada. Babi hutan bersepah. Tenggiling kadangkala menjadikan jalan raya yang kecil itu sebagai tempat teduh. Dan pakcik tempang tersebut mungkin tidak pernah tahu pun menggenai blog dan bloggers.
Tetapi pakcik tempang, tanpa mengenali saya pun menghulurkan secebis kertas. Ketika sedang mengisi minyak. Kata pakcik,
“Ini barang-barang Israel dan US. Kita jangan beli! Kita boikot.”
Tegas.
Kami tersenyum memandang pakcik yang tempang. Saya hendak katakan padanya,
“Pakcik, boikot-boikot ini bukan sunnah…”
Memikirkan saya mungkin dilempang kerana ignorance begitu tinggi (al maklum, bukan tempat saya), saya memandang dan senyum seikhlas mungkin kerana rasa begitu kukuh seperti bersaudara. Saudara seagama.
Pakcik tempang, yang tidak tahu blog pun punya rasa tanggungjawab dan ingin menyumbang.
Kita yang celik maklumat dan pandai internet, at the greatest ignorance said, it is not a sunnah.

Well…mungkin orang itu tidak pernah tahu sunnah apa yang terjadi di Khaybar. Dan kalau dia tahu pun sunnah, I'll bet these kind of peoples will first offer themselve to destroy the gate of mighty fortress at Khaybar. Well...
"Khaybar, Khaybar ya Sahyun, Hizbullah qadimun"
"Khaybar, Khaybar you Zionists, Hizbullah is coming"
Humayra with 10 steps to support Ghazzah.
Umaq Eiman lintas langsung dari Sudan untuk perjuangan Ghazzah
Empangan Jernih dengan sorotan berita-berita
Rausyanfikir with intectual discourses and analysis
Peduli Palestina support the Black Ribbon of Ghazzah
Berat-berat puisi yang meruntun jiwa
Ustazah-Engineer boikot berstrategi
Demo bersama Rabecca Ilham di US

Comments

Nur said…
Salam sahabat,

ya, saya pernah terbaca sahabat lain punya blog, dia kata, buat apa berdemo? lebih baik jual pisang goreng, dapat untung.

buat apa memboikot? bukannyer dapat menghancurkan israel pun, lebih baik baca buku.

nasih baik saya hanya membaca blog sahaja, bukan bertemu muka. itu alasan paling celaka sekali pernah saya dengar. kalau saya berdepan dengan nya, memang pasti saya akan lempang nya. cuma ya, saya belajar mahu menjadi sopan santun seperti kamu.

saya terangkan, boikot ini, kalau secara besar2an, ekonomi US dan israel akan runtuh sperti danish ekonomi. itu pun dia masih berdolak dalih.

sampaikan salam bangga saya pada pakcik itu!
ASaL said…
salam alayk
mungkin kesedaran ekonomi mereka hanyalah setakat jual beli goreng pisang sahaja.
sbb, mereka tdk mahu berjual beli dengan Allah.

pakcik Hugo Chavez pun reti kemanusiaan.

http://www.israelnationalnews.com/News/Flash.aspx/159111
Ummu Muhammad said…
menyebut tentang sunnah...suka ana nak igtkan...tentang betapa byk lg pkara yg kita buat tidak langsung bersangkut paut dgn sunnah. Malahan jauh lari dr sunnah...berdosa pula tu

Tp mengapa kita pilih2 nak buat pkara yg tak ikut sunnah? Dosa kah pkara yg tak ikut sunnah ini (baca:boikot)? Walhal ada je byk lg hal yg tak mengikut sunnah yang terus jauh dr pahala (baca:berdosa).

Boikot tak ikut sunnah? Ok! kalau pun tak dpt pahala..tp adakah ia akan menjadi satu dosa?

Ana amat benci, kecewa dgn org yg bckp demikian...mmg dah kerap sgt dgr org ckp mcm ni..rasa mcm nak cabai je. mantik pun lari. Huh...

wallahu'alam

tahniah utk pakcik tempang...krn ada kesedaran itu..bagus pakcik ni lg dr org di bandar ini yg mengenali dunia tiada batasan
ASaL said…
setuju ummu muhammad.
manusia, akhir zaman ni, suka bercakap yg aneh-aneh. Lebih aneh yang keluar dari mulut orang2 Islam yg mengaku kental iman, tapi mantik lari.
tapi memang respek habis kat pakcik tempang, kerana rasa kemanusiaan dia terpancar dari dalam kerana itu dia bertindak untuk berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya dia berani menyatakan pendirian, meski pada orang yg dia tidak kenal.
Sedangkan, yang belajar bertingkat2, untuk bercerita pasal Palestin pun, segan tak tentu hala.
yg aneh2.
Anonymous said…
Yang kata tak ikut sunnah untuk demo dan boikot ialah ulama'2 berjenama 'Pak Wahab'. Dia orang ni terpaksa bagi fatwa begini kerana dia orang semua makan gaji taku 'soru miss'. Tuan-tuan mereka takut dengan demo fasal takut (berapa banyak takut ni!)rakyat mereka akan berontak. Maklumlah, rakyat timur tengah tidak dapat banyak membantu Palestin walaupun jiwa mereka meronta-ronta untuk membantukan disebabkan kekangan-kekangan pemerintah2 negara mereka.

Hakikatnya, US dan Israel bermaharajalela kerana mereka tahu kebanyakan 'Amir wal Malik' di Timur Tengah semuanya adalah hamba-hamba suruhan mereka. Mana ada hamba berani melawan tuan.
ASaL said…
the true colors of these so called leader has been prevail :)
terus terang nampaknya
Anonymous said…
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
(kepada tuan & semua rakan yang budiman)

assalamualaika ai'yuhan nabiyyu warah matullahi wabarakatuh, (kepada Rasulillahi saw dan para anbiya yang terdahulu)

assalamualaina wa'alaibadillahisolihin,
(kepada sekalian makhluk yang mengerti dan kepada yang memahami)

astagfirulahiladzim,..

tak jemu saban hari mendengar surah Al-Baqarah, Fusshilat, Al- Muk'minun, dll, dan membaca terjemahan2nya tentang bani israel untuk kefahaman diri dan demi masa,

renungan juga buat kita untuk sama-sama berkongsi,

setelah kita sudah berusaha (dengan apa saja perjuangan) dan berdoa munajat kepada Allah SWT,

maka marilah kita renungkanlah kembali, sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya):

'Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka),
sehingga Allah datangkan perintahNya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 109)


'Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman
(dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya),
maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan
(dengan kamu).
Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad)
kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 137)

Allahumma, Ya Allah, Ya Rabbal a' lamiin,

'rabbana aatina fid'dunya hasanah, wafil 'a 'qhiroti hasanah,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,

insyaAllah,
salam hormat,
salam penuh kasih sayang,
tti
ASaL said…
salam tti,
terima kasih untuk ingatan. moga kita mengambil pengajaran dari Quran.
Anonymous said…
Salam~

Ramai orang apabila membaca ahlul kitab dalam Al Quran menafsirkan dengan pengertian Yahudi dan Nasrani dek kerana kepada mereka diturunkan kitab Taurat dan Injil melalui Nabi Musa dan Nabi Isa as.

Ada juga orang yang menafsirkan dengan memasukkan golongan Zoroaster dalam pengertian ahlul kitab. Saya tidak mahu mengatakan bahawa tafsiran2 di atas adalah salah. CUma sekadar mahu menginggatkan barangkali kita lupa menilaikan diri kita sendiri. Boleh jadi, dalam masa kita menunding kepada orang lain, tundingan kita itu sebenarnya menunjukkan diri kita sendiri. Bukankah Al Quran itu juga merupakan sebuah kitab? Bukankah dengan pengertian Ahlul Quran itu hampir sama juga dengan pengertian Ahlul Kitab?

Dalam keghairahan kita mengungkap istilah Yahudi dan Nasrani tanpa sedar kita juga mungkin digolongkan sama dengan mereka. Manakan pula tidak, kalau diri kita malah bertindak dan berperibadi lebih buruk lagi dari Yahudi dan Nasrani. Cuba baca kisah Hussein cucunda Nabi saw dan Karbala. Apabila kepala Imam dibawa ke Damsyik, ada seorang delagasi Maharaja Rom di istana Yazid lantas beliau bertanya "Kepala siapakah itu?". Yazid menjawap, itu adalah kepala Hussein cucundanya Nabi kami, Muhammad.

Maka orang Rom itu berkata. "Alangkah celakanya kamu. Kami di Jurusalem punya seorang waris keturunan penjaga keldai Nabi Isa. Sampai sekarang sudah ratusan tahun, kami masih menghormatinya dan memberi hadiah-hadiah sebagai kemuliaan kepada keturunannya yang pernah menjadi penjaga keldai Isa as. Tetapi buat kamu, baru satu generasi berlalu kamu sudah memutuskan hubungan dengan Nabi kamu dengan membunuh putera puterinya".

'Ala kulli hal, akhirnya Yazid memerintah agar orang Rom itu dipancung agar berita ini tidak tersebar sampai ke negara Rom dan alhamdulillah, orang Rom ini mati setelah sempat mengucap syahadah.

Ringkasnya, dalam sesetengah perkara, ada orang yang mengaku Muslim kadangkala berlaku lebih hodoh dan memualkan dari orang yang beragama Nasrani mahupun Yahudi.
Anonymous said…
assalamaulaikum warahmatullahi wb,

telah berfirman Allah SWT:(maksudnya):

'Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka),
sehingga Allah datangkan perintahNya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 109)
[rujukan: http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm]


p/s: bagaimana tuan mahu memperjelaskan akan rujukan rasmi negara tercinta yang sudah tertulis ini?

nota:
ahli kitab, hibrew,(kitab taurat) yang dulu, taurat dan injil,

telah berfirman Allah SWT:(maksudnya):
Katakanlah: Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Qur'an), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka; dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk ta'at) kepada Allah semata-mata

(QS: Al-Baqarah, ayat 136)
[rujukan: http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm]

nota:
telah kita ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW akab kita rujukan iani kitab Al-Quran & Al-Hadis, maka, benar, kami bersaksi, ahli kitab:(seperti kata tuan, kini) kitab umat yang telah ditinggalkan kini adalah kitab Al-Quran,
maka, kita diperintahkan untuk tidak membeza-bezakannya, sedang Allah SWT Maha Mengetahui,


telah berfirman Allah SWT:(maksudnya):
Katakanlah: Patutkah kamu membuat bantahan dengan kami tentang Allah? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepada-Nya;
(QS: Al-Baqarah, ayat 139)
[rujukan: http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm]

telah berfirman Allah SWT:(maksudnya):
Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang Yahudi atau Nasrani. Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
(QS: Al-Baqarah, ayat 140)
[rujukan: http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm]

telah berfirman Allah SWT:(maksudnya):
Orang bodoh akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah: Timur dan Barat adalah kepunyaan Allah; Allah yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
(QS: Al-Baqarah, ayat 142)
[rujukan: http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm]

Shalawat salam kepada baginda Muhammad SAW serta kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda Rasulillahi SAW,

Segala pujia-pujian hanyalah milik Allah SWT, Tuhan Pemerintah Sekalian Alam.

Salam hormat kepada tuan rumah, ampun dan maaf kami pohonkan, janganlah tuan khuatiri, tidak berlaku sebarang perkara itu dengan sia-sia, apa yang terpenting, rujukan-rujukan kita bukan untuk membedza-bezakan (antara kita),

yang terlakhnat adalah kepada Yahudi yang telah mengubah kalam-kalam Allah SWT, dan (atau) yang mempertikaikankannya,

kita bersaudara, dan jikalau kita bersaudara, maka kita sudah wajib menyayangi saudara kita (yang juga telah beristiqomah), dan kita wajib membantu mereka (saudara kita).


Kembalilah kepada Yang Haq'


insyaAllah,
salam hormat, salam penuh kasih sayang,
mohon ampun dan maaf.
Anonymous said…
‘Ahli-Ahli Kitab’ (Yahudi dan Nasrani) -yang dulu-dulu,

Quote:
"Mereka di kalangan dunia Arab yang telah melakukan pengkhianatan harus menyedari bahawa nasib yang bakal menimpa mereka adalah tidak ubah seperti nasib kaum-kaum Yahudi yang pernah terlibat di dalam peperangan sesama suku mereka, memandangkan Allah telah berfirman,
“DIA juga telah menjatuhkan sekutu-sekutu mereka di kalangan ‘Ahli-Ahli Kitab’ (Yahudi dan Nasrani) daripada kedudukan mereka.”"
-Seyyed Ali Khamenei

[rujukan surat Sy.Ali Khamen kepada Hamas,
-Foto Paling Atas: Ayatullah Muhammad Emamikashani, Ayatullah Rafsanjani, Ayatullah al Uzma Ali Khamenei dalam satu mesyuarat membincangkan perkembangan di Palestina.]

ruj:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/01/surat.html

tuan, siapakah yang telah berkata-kata,
[dengan idzin Allah Azza Wajalla]

Kembalilah kepada yang Haq'

salam hormat,
Nur said…
owhhhhhhhhhh, boikot itu bukan sunnah nabi ya?

ehmmmm.....begitu banyak sunnah nabi, tidak pula mahu mengikutnya! saya benci golongan ini, yang mengunakan alasan ini, mau jua ku lempang (apakah, mengapa setiap kali menulis dengan kamu, mesti ada perkataan ini? saya rasa, saya rindu lempeng...huhuhuhu).

kahwin 4 itu sunnah, tapi siapa yang dikahwini oleh nabi muhammad saw itu tidak pula diperhatikannya.

owh saudara2 seislam ku!

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK