Seperti mereka?


Foto 1 Kamu tidak akan tahu rasa tangisan anak itu
Lama dulu, 2001, saya berdialog dengan seorang senior mengenai Palestin. Beliau, perlu dijelaskan di sini, adalah seorang tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi. Jadi saya menganggap pendapatnya antara lain perlu bersandarkan disiplin kesarjanaan yang ada di dalam dirinya. Beliau, secara ringkas mencela perjuangan rakyat Palestin untuk kemerdekaan dan kebebasan tinggal di Palestin. Beliau juga berkata, tidak bolehkah mereka duduk aman damai dengan masyarakat Israel. Seperti kita duduk aman damai berbilang bangsa di Malaysia.
Jika dan hanya jika saya tidak hormat dia sebagai orang yang lebih banyak umurnya dari saya, saya tentu akan menjawab dengan sopan seperti berikut,

“*&cel---$%&@))*&”.
Tapi saya menjawab juga, jawapan yang lain.
“Excuse me, don’t you remember, the Israel Jews and Europian Jews which came from nowhere, after 2000 years, to Palestine and claimed Palestine as theirs. They claim they inherited from their ancestor which has been proclaimed in the Holy Book. You, bloody Palestinian, get out from this land!”
Saya menjawab seperti itu supaya dia membuka mata. Tapi nampaknya dia kurang faham. Saya tidak mahu mempersenda fakulti mindanya, tetapi terpaksa, lalu membuat simili, perumpamaan.
“Katalah anda, duduk di rumah ini bersama keluarga bertahun-tahun. Anda tahu dan seluruh penduduk kampung pun tahu, tok penghulu tahu, JKKK tahu, rumah ini dan tanahnya adalah hadiah dan warisan dari gemulah nenek moyang. Apa rasanya, kalau saya, yang tidak punya talian apa-apa dengan anda, datang hari ini, di rumah ini, dan menghalau anda dan seisi rumah anda keluar, nyah dari sini! Antara sebabnya ialah, ini tanah saya yang telah lebih dulu diwariskan pada saya kira-kira 2000 tahun lampau. Dan buktinya boleh dicari dalam Kitab Suci.
Kitab Suci yang suruh saya buat ini”.
Saya meneruskan,
“Adakah anda dengan rela memberikan saya rumah ini dan seluruh isinya, dengan alasan, kita perlu hidup aman dan damai?”
Tapi dalam hati, saya tetap berbicara santun seorang rakan seperti berikut:
“*&cel---$%&@))*&”.
Yang diulang-ulang.

Foto 2 Satukan kepala dan tubuhnya!

Itu dulu. Tahun 2001. Dari seorang academia, sarjana, cerdik pandai. Pandai tapi tidak belajar sejarah rasa saya. Sejarah perlu diceritakan, sejarah perlu dipelajari. Saya pasti lebih ramai manusia seperti itu hari ini. Meski dia seorang Islam. Meski dia dari ras bangsa Arab. Saya pasti dan tidak pernah hairan pun. Kerana itu kita sedang menyaksikan, dan kitalah juga nanti menjadi saksi di hari akhirat kelak, bahawa Mesir telah menutup pintu mereka ketika Palestin diganyang dan disembelih, The Keeper of Haramain (Penjaga 2 Tanah Haram) menahan diri dari membantu saudara seagama di Palestin, kita yang mengakui Islam dan bersaudara juga membelenggu diri dari membantu mereka di sana.
Ini kezaliman. Ini penindasan. Kejahilan juga adalah satu bentuk kezaliman dan penindasan atas diri dan mereka yang teraniaya.
Saya, meski mengutuki apa yang dilakukan Israel, saya lebih mengutuki kezaliman dan penindasan manusia jenis ini. Kejahilan telah membutakan dia. Kejahilan telah membuat beliau sama seperti Yahudi Zionis, melakukan penindasan keilmuan dengan sedar dan terang-terangan. Meski dia seorang Islam. Meski dia seorang yang sepatutnya menjulang tinggi budaya intelektual dan akademik.
Nyata, mata hatinya telah dibutakan.
Mari kita mengutuki Israel, mari juga kita mengutuki kejahilan. Ignorance is a deasease!
Kerana itu antara lain, jadilah kita orang yang celik. Celik ilmu. Celik kebenaran. Celik sejarah. Celik Tuhan.
Moga Allah beserta dengan orang yang mengikhlaskan diri demi agamaNya. Takbir!
Free Palestine from Isreal’s occupation, aggression and oppression!
Down with Zionis Israel!

Quran: Al-A'raaf:76, "Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir".


Lagi di,

Humayra with 10 steps to support Ghazzah.
Umaq Eiman lintas langsung dari Sudan untuk perjuangan Ghazzah
Empangan Jernih dengan sorotan berita-berita
Rausyanfikir with intectual discourses and analysis
Peduli Palestina support the Black Ribbon of Ghazzah
Berat-berat puisi yang meruntun jiwa


Comments

Nur said…
memang laknak dan celaka sekalik!

dan kamu, ya, kami semua tahu yang kamu ini santun orang nya....:D

mengapa tidak dilempang sahaja? owh ya, dia seorang senior, yang bijak pandai!
Cikli said…
do not argue with idiot, he will drag you to his level and then beat you with experience.

he or she is just one of the kangkungs. without belacan of course.
ieka said…
kdg2 org yg mcm ini kite pun kena sama2 buat bodoh, mungkin kalau saya bertanya balik bagaimana caranya utk hidup aman damai begitu.. dan kdg2 saya berjaya meyakinkan mereka secara tidah langsung dan mereka yg menyedarinya sendiri bahawa kata2 mereka itu ibarat belajar tinggi2, bodoh tingkat2.. hehehe kata2 Komander yg dtg ke sekolah di waktu minggu orientasi kami..

apa2 pun saya sangat bersetuju bahawa tangan kita terikat, kaki kita dipasung, mulut bersuara tapi hanya ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. dengan rela atau tanpa rela. kalau kita yg diasak dr depan, dr belakang, atas, kiri dan kanan.. harusnya menerima sahajakah bhw kita dilahirkan utk mati di situ, begitu.. seolahnya bukan manusia..

tertanya2 juga pd diri sendiri.. apakah yg boleh kita buat, selain dari doa? meremang bulu roma melihat apa yg terjadi pada mereka.. Allahu'alam..
ASaL said…
fakhzan - huhu, kesantunan ku agak merundum kebelakangan ini!

cikli - what is kangkung without belacan? nothing meh...agree, they will drag to their level, then I'll loose because they're more experienced then me.

ieka - hakikat eika, hakikat. Kita bertanya, adakah kita dihidupkan hanya untuk menerima segala2nya, tanpa sekelumit kesedaran utk juang. Jadi, hidup itu utk apa?
Nur said…
kesantunan ku kak, miraculously, telah meningkat kini. kerana aku tidak lagi menyumpah seranah mamat2 dan minah2 yang kurang ajar, sebalik nya ku perli2 dengan bahasa intellectual, owh apakah! apakah itu boleh dikira santun? ekekeke, but of course i would never revert to ija's tactic of getting even with people..! i wish she could teach us one or two things about it, so i could say it without feeling guilty of hurting their hearts.
Anonymous said…
salam
agree, but contra you, as long i'm with Ija, i will just watch and learn :p

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah