Warkah untuk Adik
Adik saya, sedang berhempas pulas melalui pengajian peringkat sarjana mudanya. Dia sedang runsing sekarang, dengan beban kerja dan menyelesaikan masalah pengiraan yang rumit-rumit. Jika saya saudara tua yang jahat, saya akan katakan padanya dengan gelak orang kaya 'Rasakan, itulah yang kami rasa dulu, bukan senang mahu jadi Inginiur dik'. Tapi seperti semua orang pun tahu, saya adalah saudara tuanya yang bersopan dan manis pula bicaranya (boleh percaya?) lalu saya titipkan warkah ini untuknya (yang dijumpai di peti email saya sebenarnya). Moga dihatinya juang, di dadanya juang, di dalam semangatnya juang, kerana dia merintis jalan orang berjuang. Asal sahaja kamu usaha dengan istiqamah Dik, akan kami hadiahkan juga kamu dengan kiffiyeh itu! (jangan marah ). Adik saya, meski saya selalu menyakatnya, saya berdoa untuk dia. Selalu. Kerana dia sudah tidak punya doa ayah, tidak juga punya doa kakak yang lebih tua, juga sudah kehilangan doa anak buah kawan baiknya. Tapi saya boleh ja...