Mike bukan orang Perok
Sebermula maka tersebutlah perkataan bahawa Raja jangan sampai melanggari wa’ad. Maka Raja Sang Sapurba telah bersumpah setia dengan Demang Lebar Daun. Wa’ad yang telah ditulis.
Maka negeri yang makmur itu jika bukan Demang Lebar Daun memberi izin dinikahkan anak perempuannya orang kebanyakkan adanya pada Sang Sapurba, maka tidak berturunanlah Raja.
Sudah diketahui rakyat jelata, sudah demikian tersurat Sang Sapurba yang menikahi lebih 39 orang anak Raja. Selepas bermalam, akan kedallah sekelian anak raja bila matahari menjenguk pagi. Tiada rasi jua dengan Sang Sapurba. Bermuram durja atas nasib yang menimpa, Sang Sapurba meminta anak perempuan orang kebanyakkan. Begitulah anak Demang Lebar Daun yang terlalu baik rupa parasnya dipilih dan kemudian dinikahkan dengan Raja.
Tiadalah pernikahan berjalan tanpa wa’ad. Antara Raja dan orang kebanyakkan. Antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
“Tuanku, andai anak patik kedal juga, janganlah tuanku usir dari istana. Izinkan anak patik terus diam di istana walau Tuanku akan menjadikan inang pengasuh”.
“Tuanku, andai anak turunan patik berbuat salah, sabit kesalahan maka hukumlah. Jika sabit bunuh, bunuhlah. Tapi ampun Tuanku, janganlah sampai anak cucu patik dimalukan”.
“Demang, beta bersetuju. Dan perlu Demang maklum sudah sepakat turun temurun pantang Melayu menderhaka pada Raja”.
“Ampun Tuanku, benar belaka butir bicara Tuanku”. Demang mengangkat sembah.
“Ampun Tuanku, tetapi patik suka mengingatkan pada baginda Tuanku, andai anak cucu Tuanku berubah, anak cucu patik berubah jua”.
Khabarnya, Singapura dilanggar todak kerana Raja melanggar wa’ad.
Khabarnya, Sultan Mahmud mangkat dijulang tanpa meninggalkan waris juga kerana melanggar wa’ad.
Khabarnya, Kesultanan Melaka jatuh kerana Sultan melanggar wa’ad. Bila Tun Muntahir, Tun Ali dihabisi tanpa hak.
Entoh. Mike bukan orang Perok. Meski penoh le belajo sekajap di Perok.
Comments
moge2 takder le pulok sultan perok mangkat dijulang!
fakhzan - kamu janganle idok ngaku menjadi orang Perok. Dah dudok di Teluk Intan, apa ke idok menjadi orang Perok nye. Ish, ish, apa ke he idok ngaku?
sejarah berulang. kesian rakyat perok yang pergi ngundi. blame for the political player which have intention to let our peaceful country shattered with their lust and ego. Down with corruptors!
patutlah kebal sungguh....
teman memang organg Perok, tapi takder nyer daroh Perok, heheheh, ate, udoh mak bapok teman organg negeri lain, tapi teman tetap organg Perok...
yeah, like my friends here told me, go die la all the corrupter !
tapi khabarnya, pelaku siasah masa sultan mahmud mangkat dijulang (cerita sejaroh ni, saje cerita semula), Masa itu raja punya body guard yg sangat cemerlang. sbb body guard ini sultan jadi sangat kebal. tapi pelaku siasah waktu itu kaw tim, selesaikan dulu bodyguard, baru buleh berurusan dengan raja. kena pegi mengambil dulu taming sari itu gamoknye cikli?
mula2 masa lepas grad. 1996.
lepas tu 2001 sampai 2006, tu yang cinta kasih sangat kat perok tu. orangnya tak ler. cinta sayang utk orang pasir mas jer.
ir nizar tu, maso teman kek perok pernah jugok le teman kenai dan berurusan sekali dua. baik sungguh orangnyo.
tuah orang perak no....
Maka apabila muncul keturunan Rajendra Chola I daripada kalangan orang-orang India sama ada rakyat Malaysia atau bukan, apakah orang Melayu akan bertaat setia kepada mereka dan menghormati mereka sebagaimana Demang Lebar Daun berakujanji dengan Raja Suran @ Rajendra Chola I? Apakah taraf orang Melayu sama dengan keturunan Rajendra Chola I daripada kalangan orang-orang India itu? Bagaimana kedudukan Tengku-Tengku di Tanah Melayu berbanding dengan keturunan Rajendra Chola I daripada kalangan orang-orang India itu?