Minum teh dan Wadikita di PSP

Kami minum teh di Persian Restaurant, Ampang. Begitulah bentuk bekas gula dan cawannya. Teko di sebelah sedikit sahaja masuk dalam foto. Dihidangkan untuk seorang. Tetapi kami telah meminta cawan lebih untuk semua dapat merasa. Dihidangkan juga sebekas gula, sangka Bro dalamnya adalah gula batu, tetapi rupanya masih gula pasir.
Lalu sebuah cerita mengapung di dalam restoren yang asing.
Ada sebuah filem, seorang bapa sedang mengetuk gula batu untuk dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian si bapa menyuruh anak membawa secawan teh kerana kehausan. Bila masuk teh ke dalam mulut, si bapa berhenti.
Bapa : Kenapa tidak dimasukkan gula ke dalam teh ini, anak?
Anak : Bukankah Abi sedang mengetuk gula batu, ambil sahaja gula itu Abi.
Bapa : Anak, ini gula kerajaan, mana boleh Abi gunakan.
Anak : Abi, ambil sahaja, tidak ada orang nampak.
Bapa : Anak, meski orang tidak, tetapi Tuhan nampak dan Dia Maha Melihat.
(jika anda meneka itu adalah dialog dari sinema filem Iran, ya betul, 10 markah).


Wadikita di PSP. Nasib bateri tidak habis ketika usai mengambil foto ini :p

(caution: PSP sangat bahaya sekiranya ada hanya sebuah dan anda mempunyai anak atau anak saudara yang ramai! Juga bahaya jika ada ramai gamers dalam rumah yang sama. Adli bukan Aderi Aryasu note this).

sambungan cerita David dan Goliath 5 di bawah ye :D

Comments

Ibnurashidi said…
Salam Perjuangan...

Melihatkan teh dan gula langsung teringat akan persamaan penyediaan teh di sini. Arab biasanya tak akan minum teh dalam jag, cawan plastik atau teh sejuk. Mereka hanya minum teh panas, cawan besi atau kaca dan kuantiti secawan.

Macam kenal kisah iran tu..
ASaL said…
ibnurashidi - kenapa ye teh tidak diminum sejuk? Juga tidak di minum dalam bekas kecuali kaca atau besi?

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah