Mukhsin yang bebas nilai
Semalam adalah hari sambutan Yasmin Ahmad yang ditaja sepenuhnya oleh TV3. Satu liputan meluas selama 1 jam dalam slot majalah 3, rancangan majalah paling eksklusif signifikan dengan liputan terperinci dan memberi informasi padat. Kemudian ditayangkan siri iklan hasil dari buah tangan Yasmin diikuti dengan filem Mukhsin selama 2 jam seterusnya.
Menghormati peristiwa besar untuk TV3, saya meninggalkan kerja yang lain dan menonton Mukhsin.
Apa ada pada Mukhsin?
Mukhsin adalah sebuah filem yang diceritakan lain dari apa yang boleh kita dapati dari sebuah filem Melayu Malaysia. Sebuah cerita dari sebuah keluarga Melayu yang biasa yang menongkah kebanyakkan tradisi yang luar dari lingkungan budaya Melayu. Yasmin dengan kata lain cuba bercerita tentang liberalisasi budaya dan mempromosikan keterbukaan dalam berfikir melalui sudut pandang Mukhsin, Orked dan keluarganya. Dalam sisi yang lain Yasmin bercerita tentang sifat orang Melayu tipikal yang serba negatif dan menjadikan unsur dengki pada orang lain sebagai resepi utama.
Yang saya kesani paling ketara adalah Yasmin cuba menjual idea kebebasan. Kebebasan dalam berbudaya, dalam integrasi dalam kaum, dalam hubungan berlainan jantina, dalam hubungan dengan etnik dan bangsa yang lain, dalam memilih jalan salah laku (seperti digambarkan dengan watak Hossein) dan meletakkan segala-galanya dalam bingkai sebagai satu idea universal untuk diterima semua. Pendek kata, kebebasan ekspresi untuk seorang individu itu adalah hak mutlak.
Menerima dan meraikan idea kebebasan Yasmin, saya katakan Mukhsin adalah filem bebas nilai. Idea kebebasan yang diutarakan adalah ideal yang tidak diletak dalam realiti, baik dari sudut kemasyarakatan ataupun realiti dunia yang diciptakan. Jadi ia adalah sebuah pengkaryaan yang dengan niat menjauhkan masyarakat untuk kebenaran dan realiti yang mutlak (obsolut).
Ya, kata saja saya seorang yang rendah nilai seni. Tidak memahami kesederhanaan yang ditonjolkan Yasmin sebagai satu hasil seni yang perlu diraikan kerana beliau sudahpun mendapat peiktirafan antarabangsa. Saya tetap katakan filem Yasmin sebagai satu filem eskapis yang tidak berpijak di bumi nyata. Benar seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang menunjukkan Mukhsin melayang dan tidak berpijak di bumi. Seperti itulah filem ini, indahnya hanya boleh didapati di dalam mimpi tetapi untuk percaya, jangan sekali.
Kebebasan itu adalah apa yang dicari oleh manusia. Ya, saya percaya sepenuhnya. Dalam agama itu juga idealnya. Manusia diberi kebebasan dalam segala bentuk terutama dalam memilih. Memilih yang baik adalah pilihan manusia, menjerumuskan diri dalam segala bentuk kejahatan juga adalah pilihan manusia juga.
Sama je, apa salahnya dengan idea kebebasan dalam filem Yasmin?
Salahnya, Yasmin tidak memperlihatkan idea kebebasan itu dikembarkan dengan nilai pertanggungjawaban. Kebebasan sebagai hak tidak diberi percuma, tanpa satu lagi hak yang dipasangkan kepada kebebasan itu, iaitu tanggungjawab.
Salahnya, Yasmin memperlihatkan kebebasan individu itu adalah paling utama, paling perlu dicari oleh seorang individu tanpa perlu pada peduli pada orang lain atau masyarakat sekeliling. Dalam konteks masyarakat, kehormanian masyarakat itu lebih utama dari kepentingan peribadi. Barulah masyarakat boleh hidup aman dan damai.
Kebebasan yang dipromosi Yasmin adalah kebebasan yang bebas nilai.

Kebebasan itu memang ada dan menjadi fitrah pun dalam diri. Tiada siapa dapat menafi. Tetapi kebebasan juga ada realiti untuk diri dia sendiri. Iaitu setiap satu jalan yang dipilih oleh manusia, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak boleh disabitkan kesalahan itu pada orang lain. Yang baik dipilih manusia. Yang jahat itu juga dipilih manusia. Dengan itu baru adil manusia dimasukkan ke dalam syurga dan dicampak ke dalam neraka. Adil bukan?
Tetapi unsur ini hilang dalam filem Mukhsin. Menjadikan kebebasan itu tanpa ruang, tanpa sempadan sedangkan realitinya tidak begitu.
Apa-apa pun orang nak kata, pengkarya seni ada tanggungjawabnya, dan tanggungjawabnya sangat besar, amat besar.
Ia sebuah pilihan yang dibingkaikan. Tercatat di atas medium seni. Pengarah filem dalam bingkai filemnya. Pelukis di atas kanvas. Penulis di atas kertas atau dalam medium elektrik dan elektronik. Dewasa ini ramai sudah menjadi pengkarya. Internet adalah medium paling murah untuk ekspresisi.
Anda dan saya, yang memilih blog untuk ekspresi juga tertakluk dalam kebebasan jenis ini.
Pilihan, tetap ditangan ada.
p/s: kritikan adalah untuk filem Muhkhsin.

Comments
dalam erti kata lain, kebolehan untuk bertindak, selaras dengan amanah yang telah diberikan.