Seperti Dijangka
Saya membaca status di Facebook,
sudah ada orang yang menyelar. Kata dia, “aku dah kata dah, semua orang sudah
senyap, cari di mana-mana status Facebook, tidak ada orang memperkata tentang
Gaza lagi. Semua sudah berada di tempat masing-masing, mereka sudah main
Facebook seperti biasa.”
Dia
sudah jangka, sebaik sahaja genjatan senjata bermula, Facebook jadi senyap
sunyi. Tiada kempen boikot memboikot. Sentimen orang Melayu Malaysia, sangat
berkait dengan fenomena popular. Mungkin seseorang perlu menulis, Malay Dillema
yang baru.
Doodle untuk Ghazzah |
Saya
senyap juga. Tetapi pagi 10 Muharram lalu, saya berjumpa perkataan doodle.
Sepanjang hari saya melukis doodle untuk Ghazzah. Bukan boleh dibangga pun,
macam lukisan anak-anak, tapi inilah hasilnya. Harapan visual saya untuk
Ghazzah. Banyak yang saya mahu lukiskan untuk Ghazzah, tetapi tidak pandai,
jadi untuk permulaan, bolehlah agaknya. Boleh?
Begini
pun, saya rasakan melukis agak susah. Perlukan orang penyabar untuk
mendetailkan lukisan mereka. Begini pun, banyak muka surat sudah saya koyak
kerana tidak berpuas hati. Rupanya melukis juga perlukan perancangan,
sekurang-kurangnya penggunaan ruang dan warna. Juga besar kecil saiznya. (Haha,
Asal, apa lagi yang kau nak buat ini?). Tak lawa pun tapi nasihat kawan saya,
“Live at will”, buat sahaja apa kau suka selagi tidak menyimpang agama.
Melayu dan Fenomena Popular
Saya
tidak mengkaji sosiologi Melayu, tetapi pemerhatian sederhana, saya kategorikan
Melayu suka benda-benda yang fenomena lagi popular. Contoh lama, ialah kumpulan
Air Supply. Mereka bertapak di Malaysia dahulu, sambutan agak luar biasa walau
di arena antarabangsa mereka tidak dikenal. Yang paling baru, tentulah Maher
Zain. Maher Zain punya tahap kecairan tahap luar biasa dengan Malaysia, kerana
peminat kipas-susah-mati (die-hard-fan) bermula di rantau Melayu ini. Luar
biasa. Mencapai jutaan peminatnya di sini.
Saya
juga minat sikit-sikit (peace). 16 Jun 2012 yang lalu, betul saya pergi tengok
Maher Zain. Lepas konsert saya tidak boleh komen langsung, kerana berlaku
gegaran di otak. Bunyi dan warna lampu limpah yang keterlaluan. Otak saya tidak
boleh adjust, perlukan satu malam untuk pemulihan. Esoknya saya jeritkan pada
adik, “Wow, suara Maher Zain superb macam dalam VCD.” Adik saya membalas,
“lambatnya respon.”
Konsert Maher Zain |
Kini,
satu fenomena lagi, iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI). Pemerhati mengkategorikan
UAI sebagai Ustaz celebriti. Seperti Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi. Saya
tiada offense dalam perkara ini. Kadang-kadang suka sahaja saya dengar.
Lawak-lawak UAI memang disukai ramai, terutama dalam memberi hukum. Sebagai
contoh, “Ustaz, boleh tidak makan telur penyu?”. Jawab Ustaz UAI, “tidak boleh,
kalau kita tidak ada duit.”
Saya
juga pernah juga buat entri semacam itu, contoh, soalan, “batal tidak ambil
wuduk sambil minum air?”. Jawab saya, “batal, kalau kita ambil wuduk dan minum
air tu, kita terkentut.”
Kenapa
UAI fenomena? Dari pemerhatian saya, kerana orang Melayu ialah orang yang
sangat simplistik. Kita tidak mahu mendengar hujah akademik, kita cuma nak tahu
halal haram, boleh tidak. Kita ambil hukum dengan mudah. Seperti itu. Errrmmm,
betul?
Soalan
saya dalam hati, berapa lama perkara itu boleh bertahan? Maksudnya konsisten
kita untuk mengerjakan perkara halal haram itu dengan keadaan rela, kerana
seorang Ustaz sudah memberi hukum mengenainya? InsyaAllah, sampai bila-bila
kot. Ni yang saya faham sebagai taqlid (salah beritahu ya?).
Saya
tiada offense dalam perkara ini. Saya melihat UAI perlu wujud di dalam
masyarakat Melayu Malaysia untuk mengimbangi satu lagi fenomena popular, Raja
Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega dan segalanya tentang lawak yang
dipersembahkan dalam saluran Citra Astro.
Masyarakat
Melayu Malaysia membudayakan lawak sebagai landskap kehidupan kita. Eh siapa
kata saya tidak suka? Tengok juga kadang-kadang. Tetapi saya lebih suka lawak
style urban seperti dalam AHHA, Afdlin Shauki dan Harith Iskander. Atau
stand-up komedi Harith Iskander dalam Lawak ke derr. Kategori lawak brilliant
dan pecah kepala kalau nak cari idea.
Untuk slapstick, saya kurang sedikit tetapi bolehlah kalau ada pengisian yang
bagus. Dalam hal ini, saya suka kot Jozan, Boboi dan dalam Spontan. Dalam
banyak sudut saya boleh mengangkat comedian sebagai genius dan brilliant.
Afdlin Shauki masuk dalam kategori ini.
Dalam
hal ini, saya akan mengangkat Mamat Khalid (pengarah filem) yang mengarah filem
Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) sebagai pengkritik sosial Melayu paling
kritis (setakat hari ini). Sama level dengan P Ramlee. Saya masih ingat ada
satu scene dalam HKLBR, sewaktu bomoh menyeru hantu untuk berdamai dan dihalau,
jampi serapahnya ialah, “Pelawok, pelawok, pelawok.” Sindiran tajam yang
mengena sebenarnya. Mamat Khalid pun saya kategorikan brilliant.
Dalam
HKLBR Mamat Khalid menyindir Melayu yang pelawak, suka bergebang, suka
menghukum, suka untuk nampak hantu-hantu, suka memperlekeh kejayaan orang lain,
tidak realisitik, bergantung kepada kepakaran orang lain dari percaya dari diri
sendiri dan banyak lagi. Akhirnya kita tahu bahawa Kak Limah adalah seorang
yang tidak waras, bukan hantu. Kita akan lihat apa yang kita mahu lihat, itu
sindiran Mamat Khalid kepada masyarakat Melayu. Sosiolog yang membawa wacana
melalui pembikinan filem, hebat. Bagi saya bukan calang-calang orang punya
keupayaan yang sedemikian. Menghasilkan filem bukan hal kecil anak.
Memahami Psikologi
Perlu
benar kita memahami psikologi secara massa. Saya tidak banyak mengkaji, cuma
saya pernah dengar tentang Wali Songo yang membawa wayang kulit sebagai medium
dakwah. Untuk mengimbangi pengaruh Hindu dalam masyarakat. Transisi perlu
dibuat tidak mengejut, dan supaya masyarakat boleh menjiwai ajaran agama dengan
tolenrasi yang besar. Medium dakwah yang menggunakan pendekatan hiburan, di
terima dengan baik sekali di rantau Melayu ini.
Memahami
jalur ini, saya sokong sahaja kehadiran Ustaz-ustaz yang boleh mengimbangi
segala macam budaya dan psikologi semasa Melayu zaman ini. Selebriti agama
perlu ada, untuk mewujudkan pull. Kerana, hendak tidak hendak, masyarakat
memang suka bercakap tentang orang yang popular.
Saya
masih ingat ketika menelefon emak di kampung, tiba-tiba emak mencelah dan
memberitahu, “Eh Farah TV9 tu sudah bersalin, tahu tak?” Saya cuma menjawab,
“err, OK. Alhamdulillah, anak apa?” Emak saya menjawab, tetapi saya sudah tidak
ingat anak lelaki atau perempuan.
Dalam
konteks untuk disebut lebih ringkas, masyarakat kita di cirikan dengan apa yang
berlaku seputar celebriti. Tetapi media kita memilih-milih untuk mengangkat
siapa. Yang paling boleh menarik pemodal, itu akan mereka laburkan. Takpe,
takpe, boleh sahaja kritik kesimpulan dangkal saya ni yang tidak bersandar
mana-mana research sekalipun.
Dr Maszlee Malik |
Saya
meraikan sebenarnya. Tetapi yang paling saya suka kalau boleh kita
menfenomena-popularkan Suhaib Webb, Bro Nouman Ali Khan, Hamza Yusof, Yusof
Estes, etc. “Errkkk, semua orang putih ni, apa ke hal?” Maaf atas kedangkalan
ini, boleh kot bagi cadangan untuk Ustaz-ustaz Melayu dan berbahasa Melayu. Oh
ya, Dr. Mazslee Malik, Ustaz Nor Azamir Alias. Opss saya lupa pula satu nama, Imran Nazar Hosein.
Kenapa
mereka-mereka ini menjadi pilihan saya? Boleh jadi kerana saya suka mereka
membuat perbincangan mengenai refleksi dan kritis dalam perbincangan. Kupasan
Al Quran mereka selalu dikaitkan dengan dilemma dalam diri manusia moden, dan
kaitan dengan perkembangan zaman sekarang. Jadi kita akan melihat Al Quran dan
Hadith dibincangkan diluar dari konteks zaman. Tidaklah kita lihat Al Quran
hanya relevan pada zaman Nabi. Tetapi kita betul embrace Al Quran sebagai wahyu
petunjuk, untuk kita sekarang ini. Zaman millennium, zaman bangunan pencakar
langit, zaman penerokaan angkasa, zaman banyak
bencana alam sana sini, zaman internet, zaman gajet, zaman globalisasi.
Ketahanan
Seperti
kritikan rakan Facebook, sejauh mana ketahanan kita untuk membicarakan isu
seperti Ghazzah dan Palestin. Kerana dari sini pun kita sudah nampak, orang
Melayu mengulangi fenomena-popular dalam isu Ghazzah juga.
Kat
mana puncanya ya?
Saya
rasa ia adalah pemilihan media kita untuk memilih isu. Pandangan kita
ditentukan apa yang berputar sekitar TV dan radio. Juga sekarang kawalan media
sosial, Facebook, Twitter, etc. Sekali lagi, kalau tidak betul POV saya ini,
dibuka untuk teguran ya.
Seterusnya
kita juga akan bertanya, berapa lama kawan-kawan kita yang berbicara tentang
boikot produk Zionis Yahudi itu akan boikot dan bertahan?
Jangan
risau, pertanyaan ini akan sampai kepada saya dulu, sebelum ia ditanya
rakan-rakan.
Bagi
saya kita perlu lebih dari fenomena-popular. Tentu akan kembali kepada satu
perkara penting iaitu ilmu. Ilmu yang perlu dicari gali dari segi sejarah,
agama, kepentingan dalam kehidupan dan tentu sekali soal hati yang mahu peduli.
Konflik
Palestin vs Zionis Yahudi sangat sentral dalam menentukan hala tuju iklim dunia
secara keseluruhan. Ramai yang merasakan ia cuma cerita kenegaraan di daerah
Asia Barat, tanpa dapat menyentuh kita di Malaysia. Untuk saya, saya percaya ia
adalah cerita dunia yang akan menyentuh setiap manusia dan individu yang
bernyawa di Bumi yang kita cintai ini.
Tapi keyakinan itu soal individu bukan?
Kecuali kita mahu melihat kenapa dalam sejarah moden yang kita sebenarnya punya
PBB, OIC dan undang-undang Hak Asasi Manusia, kita tidak boleh melihat keamanan
tulen di Palestin? Jika kita seorang Islam, kita juga akan bertanya kenapa
dalam beberapa tempat di dalam Al Quran kenapa Allah menunjuk secara khusus
kepada Al Qudds (Masjidil Al Aqsa) dan Jurussalem?
Oh
ya, saya tidak akan memanjangkan lagi untuk kali ini. Mungkin sambungan di
entri akan datang? InsyaAllah.
Cuma
drama konflik yang kita lihat semenjak berakhir Perang Dunia I, dan sehingga
berdirinya negara haram Israel selepas Perang Dunia II adalah ujian untuk
semua. Allah sedang menguji kita semua, termasuk Zionis Yahudi sekali.
Ujian
yang sama ketika Allah memerintahkan Iblis untuk sujud kepada Adam. Ujian
ketundukan kepada perintahnya.
Apa
tu? Moga sampai kesempatan lain untuk saya menulis lagi.
Sign
off.
Kiffeyeh Palestin yang pernah masuk Kolam |
(Kalau orang bertanya “kau tu
sampai bila pula akan bertahan bercerita pasal Ghazzah vs Zionis Yahudi”. Saya
akan jawab secara jujur, “saya pun tidak tahu. Seperti yang kau pun tahu, aku
juga Melayu.” Tetapi di hadapan Tuhan saya berharap usaha kecil saya menulis
seperti ini tercatat sebagai amalan. Memang sangat simplistik, minimal dan
ambil mudah. Ya saya setuju, saya seperti itu. Tetapi dalam buku ‘Tuhan’, meski
kecil pun ia sudah dicatat dalam buku keabadian.)
Comments
Setuju. Didik untuk cari ilmu, debat dengan ilmu dalam fikiran kita sehingga kita puas dan rela beramal.
Saya lebih suka kalau tidak tahu kita diam sahaja, atau kalau pun mahu tahu, bertanya cara berhemah. Berdiskusi secara lapang dada. Ada medannya, bukan provokasi.
boikot adalah the least yang kami boleh lakukan sebagai protes kepada kekejaman, dan membela mereka yang ditindas.