Posts

Showing posts from October, 2013

Tawar Menawar Dalam Berdoa - 3

Seakan belum habis untuk tulisan kali, kesimpulan yang perlu dibuat.   Saya merenung jauh untuk satu-satu keputusan bila kita mengangkat tangan untuk berdoa. Ya berdoa itu adalah satu keputusan yang kita buat sepenuh sedar untuk memohon sesuatu. Dengan kebenaran mutakhir yang saya sedari sejak akhir-akhir ini, bahawa setiap doa itu makbul, maka kita perlu rasa sepenuh tanggungjawab ke atasnya. Bukan setakat memenuhi syarat untuk penanda selesai solat, tetapi perlu difikirkan jauh dari itu. Doa-doa kecil di dalam hati ketika sedang memandu, sedang makan, sedang bersunyi diri, dalam ramai. Doa yang kita bacakan ketika hati kita mahu berdoa, ketika hati sedang rindu mengenang.   Kenang apa sahaja, boleh jadi dia yang kita rindu. Kampung halaman, cita-cita dan mimpi indah, keinginan jauh di sudut nubari, mahu berada di luar Negara, apa sahaja yang kita kenangkan. Maka berdoalah dengan sebaik-baik doa, yang mendoakan kesejahteraan orang lain juga, terutama keluarga kita. ...

Aki, Aku dan Ako : #5 Doa Lepas Tensi

Aku selalu melihat Ako dalam keadaan tensi dan stress. Mungkin dalam diet makan dia tak cukup sayur-sayuran yang organik. Ada kaitan ke? Satu hari aku tanya Ako, "Kenapa setiap kali kau balik kerja, muka kau selalu letih dan stress eh?" "Kau mana tahu tekanan kerja. Kerja tahan lagi la, tapi kalau nak layan orang...memang cukup menahan sabar."Ako menerangkan sambil menanggalkan stokin hitam yang berlogo B. "Setiap kali lepas kau jumpa orang yang kau nak lempang kat pejabat, kau doa apa?" "Eh apa ada kena mengena?" Aku nampak muka Ako nak jadi merah. Nak tambah tensi lagi lah tu. "Jawab je lah." "Benda simple pun nak tanya. Aku doalah, Ya Allah berikanlah aku kesabaran." "Aku nak cadangkan doa yang lain boleh?" "Macam Ustaz la kau sekarang ni Aki kan." "Nak pakai pakai, tak nak pakai sudah. Aku sampaikan pesan Atok aku je." "Yelah." Ako mencamp...

Tawar Menawar Dalam Berdoa - 2

Saya akan ceritakan kisah saya, ilmu yang diperlengkapkan selepas lebih 20 tahun. Ketika saya benar-benar boleh mengerti dan faham, kemudian saya kongsikan.   Selepas balik melawat rakan, saya berfikir panjang. Ucapan doa seperti itu, pernah tidak saya ucakan. Saya mohon sesuatu untuk diri sendiri dengan bersandar kepada sesuatu. Ada satu ketakutan yang sangat besar ketika saya di usia remaja. Ayah sudah pun mencapai umur pencen. Ketika itu saya sangat takut kehilangan Ayah. Lagi pula sebagai remaja kita sangat stress bila terpaksa menghadapi ujian besar selang tahun.   UPR, PMR, SPM dan sebagainya. Saya pula belajar di asrama menjadikan sepanjang usia pembelajaran saya sangat jauh dari Mak Ayah. Tidak dinafikan saya menyayangi Ayah setulusnya, walau Ayah bukan jenis bercakap, tetapi perhatian Ayah terhadap pelajaran anak-anak tidak pernah kurang.   Menyedari realiti ini, saya mula berdoa. Saya berdoa, seingat saya ketika saya ingat untuk berdoa, supaya All...

Tawar Menawar Dalam Berdoa - 1

Awak, Saya tidak pernah tahu kadang-kadang pelajaran itu memakan banyak tahun sebelum sempurna. Dan Tuhan membiarkan kita melalui banyak benda dalam keadaan sedar ataupun tidak, sehingga ilmu itu benar-benar dapat kita fahami dan manfaat. Minggu ini saya telah melengkapkan ilmu tentang "Tawar Menawar Dalam Berdoa" dan itu mengambil masa lebih dari 20 tahun. Macam terlalu berlebih-lebih, tetapi itulah yang telah saya lalui. Pelajarannya hanya lengkap selepas saya berbincang dengan kawan seHaji. Kami (saya dan kawan) mempunyai ramai kawan yang sama. Kami jadi pemerhati untuk menjadikan apa sahaja dalam kehidupan ini sebagai ilmu, sebagai check and balance. Ada satu pattern dalam hidup kita dalam aspek doa. Terutama doa apabila kita berada dalam kesempitan atau sedang terkepit oleh sesuatu yang membahayakan diri atau keluarga. Contoh, apabila kita berada dalam situasi bahaya seperti akan kemalangan, kita akan berdoa, "Ya Allah selamatkanlah aku, aku belum s...

Aki, Aku dan Ako : #4 Lipat Kain

Bila aku ajak Aki duduk sekali kat rumah sewa, macam bagus juga. Aku ingat, sikit-sikit pun dapat juga tolong dia masa belajar ni. Ada juga kawan. Tak sangka Aki ni jenis boleh diharap. "Apsal kau lipat kain baju aku?" Aku tanya Aki yang sedang duduk depan longgok kain yang baru diangkat dari ampaian. Baju aku pun ada baju Aki pun ada. "Sebab kau pemalas. Kenapa kau tak suka ke?" "Takdelah tak suka, cuma pelik mana ada lelaki suka lipat baju." "Adalah, kau je tak pernah jumpa. Aku suka lipat terutamanya ssss..." Aki terbersin kuat. Muka aku jadi merah. Takkanlah si Aki ni suka lipat spender. Aku malu sebenarnya sebab banyak seluar kecil aku berlubang-lubang. "Excuse me. Aku suka lipat sarung, kain sarung." Aki pandang aku dengan muka selamba. Lega sikit hati. Tapi tangan aku dah mencari-cari seluar dalam dalam longgokan yang menimbun itu untuk aku campak atas katil nanti. Tak kuasa nak suruh orang lipat. ...

Tentang Pelajaran Masa Depan - 2

Bila dapat peluang belajar karangan darjah 5 saya tambah tercengang. Karangan mereka merupakan satu bentuk problem solving. Tajuk untuk disiapkan pada hari itu ialah Maid Abuse. Ini karangan darjah 5. Saya jadi jauh terfikir, di usia 11 tahun, bagaimana mereka boleh menggumpulkan poin-poin penting sekiranya mereka tidak banyak membaca? Dan bagaimana guru boleh membantu mereka tanpa perlu menyuap dengan banyak sehingga mereka tidak mampu menjana idea sendiri? Kemudian, sekiranya kita boleh bantu pelajar dibanyak tempat sekalipun, adakah pelajar ini mampu menulis karangan yang baik kerana penulisan adalah aktiviti intelektual tingkat tinggi. Yang mempunyai kemahiran berbahasa dan pemikiran yang kreatif dan kritis sahaja mampu menghasilkan tulisan yang benar-benar baik. Kami tidak sempat menilai hasil pembelajaran pada hari tersebut. Tetapi sempat juga Sha upload contoh karangan yang berjaya disiapkan oleh salah seorang anak murid, dan ya tentu, saya tercengang entah untuk kali keber...

Tentang Pelajaran Masa Depan - 1

Saya meneruskan kembara yang ekstrim minggu lepas dengan jadual padat seperti berikut: ·          Singapura 19-21 September ·          Shah Alam 22 – 27 September ·          Annexe Central Market 28 – 29 September Seolah berada dalam kapsul sekolah masa depan, ketiga-tiga perjalanan luar kawasan itu adalah kembara ilmu dan tentang manusia sejagat. Berada di Singapura kali ini adalah perjalanan termahal, bukan kerana kos perjalanan, tetapi kutipan ilmu yang dapat kami buat disamping bergembira bersama rakan-rakan. Malah saya kira belanja berbag pack ini memang murah, tinggal lagi tuntutan tenaga yang tinggi kerana kita perlu menggunakan kaki di mana-mana kami berjalan. Tinggal dulu mengenai kembara, saya mahu bercerita mengenai pendidikan masa hadapan. Entri ini saya tulis untuk kenalan saya walau di mana sekalipun, satu rakaman cambahan dan cetusan idea ke...

Wanita dan Perjuangan dari Perspektif Fatimah oleh Ali Shariati - 2

Itu sebenarnya persepsi dunia yang kita warisi. Sebab itu tidak hairan jika ada kes rogol, masyarakat akan beri justifikasi, siapa suruh perempuan tu pakai seksi. Hakikat di tanah Arab yang perempuan berkelubung dalam kelambu pun mencatat rekod kes rogol yang tinggi. Salah siapa lagi? Tetap masyarakat akan salahkan perempuan, kata mereka, siapa suruh wanita keluar rumah. Baik, kita berhenti dulu bicara soal sentimen. Soalan seterusnya, ke mana revolusi yang dibawa oleh seorang Fatimah? Di sinilah peranan besar Fatimah, iaitu untuk merungkai segala tradisi yang berakar umbi dalam masyarakat Arab tentang wanita. Baik (berapa banyak baik daaa), saya perlu bercerita tentang Fatimah. Dia sebagai anak bongsu dan perempuan Nabi dan Siti Khadijah. Ada satu lagi sudut historis yang dikupas oleh Ali Shariati yang saya kira menarik. Iaitu dari aspek politik tanah Arab. Sebelum Islam lagi, keluarga Nabi dipandang penuh minat oleh bangsa Quraisy. Ini adalah kerana hak custody (m...

Wanita dan Perjuangan dari Perspektif Fatimah oleh Ali Shariati - 1

Ada kawan minta sambung cerita Aki, Aku dan Ako. Untuk kali ini saya kena beri laluan untuk perkongsian yang berlaku Sabtu lalu. Warning, artikel ini akan ditulis agak panjang, dan melibatkan isu perempuan (bagi mereka yang masih belum percaya, ya, saya adalah seorang perempuan.) Saya diberi kesempatan sekali lagi untuk mengupas buku di dalam program Arts for Grab di booth TFTN. Tajuk itu yang diberi kepada saya. Walau sudah beberapa kali baca, saya masih lagi belum tahu dari sudut mana mahu dibaca dan dikupaskan. Buku Fatimah dari Ali Shariati nipis, tetapi padat. Menyebabkan saya begitu gementar mahu mempersembahkan apa. Tidak seperti buku yang membicarakan tokoh yang lain, buku ini membicarakan dari sudut sosiolog dan humanis seorang Fatimah, dan bagaimana kedudukan Saidatina signifikan dalam perjuangan Rasulullah, malah dalam perjuangan Islam itu sendiri. Ini adalah karya yang bahaya saya kira, kerana berkemungkinan saya akan masuk di daerah feminis, satu daerah yang asi...