Tentang Pelajaran Masa Depan - 1
Saya meneruskan kembara yang ekstrim minggu lepas dengan
jadual padat seperti berikut:
·
Singapura 19-21 September
·
Shah Alam 22 – 27 September
·
Annexe Central Market 28 – 29 September
Seolah berada dalam kapsul sekolah masa depan, ketiga-tiga
perjalanan luar kawasan itu adalah kembara ilmu dan tentang manusia sejagat.
Berada di Singapura kali ini adalah perjalanan termahal, bukan kerana kos
perjalanan, tetapi kutipan ilmu yang dapat kami buat disamping bergembira
bersama rakan-rakan. Malah saya kira belanja berbag pack ini memang murah,
tinggal lagi tuntutan tenaga yang tinggi kerana kita perlu menggunakan kaki di
mana-mana kami berjalan.
Tinggal dulu mengenai kembara, saya mahu bercerita mengenai
pendidikan masa hadapan. Entri ini saya tulis untuk kenalan saya walau di mana
sekalipun, satu rakaman cambahan dan cetusan idea ketika berkelana. Catatan untuk
kita yang merasa cukup dengan apa yang ada dan menunggu masa depan apa yang
telah ditentukan untuk kita.
Kata kawan, kenapa masa depan itu dirahsiakan? Ada besar
hikmahnya. Kerana kita tidak tahu banyak tentang masa depan, maka kita boleh
merancang, berusaha dan memberikan yang terbaik. Untuk itu ia perlu bermula
pada hari ini, atau setepatnya masa sekarang. Untuk dipemdekkan, masa depan itu
sebenarnya adalah hari ini.
Ada ramai pelajar yang sedang berada di IPT merasakan untuk
berkembara ke luar Negara itu mahal. Tetapi yang menemani saya kali ink ada 2-3
orang yang masih bergelar pelajar. Keupayaan mereka berjimat dengan duit
pinjaman dan elaun yang membolehkan mereka berjalan keluar Negara walau masih
belajar. Juga ada yang berkerja separuh masa untuk menabung dan kemudiannya
menggunakan untuk tujuan melihat tempat lain. Saya merasakan duit mereka tidak
berkurangan sedikit pun kerana ilmu dan pengalaman yang diperoleh lebih mahal
dari nilaian wang ringgit.
Hebatnya kami merancang untuk ke Perancis tahun hadapan,
tidak lama lagi akan masuk tahun hadapan. Jadi kami mesti mula menabung sekarang,
mencari tarikh-tarikh yang sesuai, menunggu bila tiket tambang murah akan
ditawarkan dan juga persediaan-persediaan lain. Doakan makbul harapan dan untuk
saya, harapnya boleh menjelajah Eropah dan menjejak kaki ke Turki. Ini yang
dimaksudkan masa hadapan itu bermula dari hari ini.
**********intermission************
Pendidikan masa hadapan yang saya maksudkan adalah seperti
ini. Semua dewasa dan anak muda yang masih dibangku belajar mencari ilmu dengan
kembara dan wacana. Kembara memberikan kesegaran kepada segala-galanya, kerana
kita mencuba sesuatu yang baru, bernafas di muka bumi yang tidak biasa kita
tinggal, wajah-wajah berbeza, bahasa dan budaya yang berlainan, dan seribu
macam lagi tawaran langsung untuk mengaktifkan segenap indera. Mata, telinga,
pendengaran, sentuhan, rasa dan sebagainya.
Baik, saya beri sedikit apa yang berlaku di Singapura.
Kami belajar bagaimana seorang guru freelance di sekolah
menjalankan pusat tuisyen. Kami mendapat pengalaman melihat guru rakan kami itu
beraksi untuk kelas composition dan juga rakannya untuk kelas matematik. Dari
jam 11 sehingga jam 1.00 pm, satu pengalaman ilmu yang sangat bernilai permata.
Guru itu kami panggil Sha, juga sehari sebelum kelas menemani kami makan
tengahari dan berjalan-jalan di Singapura sehingga membeli buku di kedai buku
Popular. Kami juga berjalan di celah orang ramai di Singapura, di celah
kesibukkan pertandingan Formula 1 yang bertembung pada waktu yang sama,
berjalanan di celah bangunan. Apa yang ketara kami hadapi ialah escalator mereka
di tempat pengangkutan awam lebih laju dari apa yang biasa kita jumpa di
Malaysia. Menyebabkan kami hamper tersilap langkah beberapa kali. Juga pintu
MRT yang ditutup lebih pantas ketika penumoang mahu keluar dari gerabak.
Baik, boleh sahaja senaraikan tempat-tempat yang dilawati
dengan kaki kami, tetapi saya kira ramai sudah mencatat kembara perjalanan
seperti itu. Saya akan kongsikan jika berbaki tenaga, kesempatan dan waktu
menulis. Untuk masa ini, saya mahu sentuh tentang pendidikan masa hadapan, harapan
dan keinginan saya.
Merasai sendiri kelas tuisyen di Singapura, kemudian berkesempatan
menilai buku-buku kerja dan latihan murid darjah 5 dan darjah 1, saya
berpendapat kita tertinggal jauh 10 tahun kebelakang. Untuk kita berlari
mengejar memerlukan usaha yang bukan sedikit, bermula dengan keseriusan pembuat
polisi dan pelaksanaannya.
Pemerhatian saya kepada buku latihan darjah 1 subjek
matematik menunjukkan, seawal darjah 1 lagi mereka diajar mengenai logic. Logik
dengan maksud bukan sebagai satu topic, tetapi yang menyulam dalam topic yang
dibincangkan. Contoh, mengenai nombor bulat. Bukan diterangkan mengenai nombor
bulat secara langsung, tetapi dengan menggalakkan pelajar melihat nombor bulat
sebagai susunan mengikut logik dengan memberikan contoh-contoh situasi. Untuk
membolehkan mereka menjawab, adik-adik ini perlu menguasai operasi tambah. Ini
latihan untuk darjah 1.
Di muka surat pertama lagi lagi saya sudah tercengang.
Comments