MRRAZ: Kemerdekaan Sebenar
Hari ini 31 Ogos, hari kemerdekaan Malaysia. Barangkali ini adalah hari kemerdekaan paling tidak dirai. Meski jiran kita membuat provokasi paling buruk dengan membakar jalur gemilang, ia tidak juga menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Mahu disalahkan siapa, pemimpin? Atau rakyat yang dikatakan tidak mengenang budi kerana tidak tahu menghargai sejarah kemerdekaan. Baik kita, mahupun jiran, tidak menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar. Bukan negara lain perlu dimusuhi, lebih buruk kita berkongsi garis keturunan yang sama. Dari kepulauan Melayu. Berkongsi bahasa dan sebahagian budaya. Lalu atas nama apa kemarahan yang dipupuk dan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Ini mahu salahkan siapa? Pemimpin yang tidak dapat mengawal hubungan diplomatik dan tidak menghiraukan sensitiviti. Atau rakyat yang super emosional. Lebih buruk ia berlaku di bulan Ramadhan. Bulan mentarbiyyah. Bulan yang mengajar kita agar bersabar dan mendidik diri agar menjadi hamba Allah lebih tenang dan tawad...