MRRAZ: Kemerdekaan Sebenar


Hari ini 31 Ogos, hari kemerdekaan Malaysia. Barangkali ini adalah hari kemerdekaan paling tidak dirai. Meski jiran kita membuat provokasi paling buruk dengan membakar jalur gemilang, ia tidak juga menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Mahu disalahkan siapa, pemimpin? Atau rakyat yang dikatakan tidak mengenang budi kerana tidak tahu menghargai sejarah kemerdekaan.

Baik kita, mahupun jiran, tidak menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar. Bukan negara lain perlu dimusuhi, lebih buruk kita berkongsi garis keturunan yang sama. Dari kepulauan Melayu. Berkongsi bahasa dan sebahagian budaya. Lalu atas nama apa kemarahan yang dipupuk dan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Ini mahu salahkan siapa? Pemimpin yang tidak dapat mengawal hubungan diplomatik dan tidak menghiraukan sensitiviti. Atau rakyat yang super emosional.

Lebih buruk ia berlaku di bulan Ramadhan. Bulan mentarbiyyah. Bulan yang mengajar kita agar bersabar dan mendidik diri agar menjadi hamba Allah lebih tenang dan tawadduk. Yang mementingkan hubungan pada Allah langsung, dan menjadi pemaaf pada yang lain.


Bukan kita yang perlu bermusuh. Kerana kita ada common enemy yang boleh membawa kepada penyatuan yang teguh dan kukuh. Tetapi kita tidak mahu bersatu menentang musuh ini, Zionis Israel. Bukan hanya semata kerana agama, juga kerana kemanusiaan.

Setelah 53 tahun merdeka, kita masih tidak faham lagi ertinya.

Merdeka yang sebenar ialah pesanan para Nabi dan Rasul beribu-ribu tahun lamanya. Mesej pesanan yang amat mudah, tetapi besar dari segi makna iaitu Lailahaillallah, 'Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.' Mesej paling logik dan hairan juga paling dimusuhi.

Selagi kita tidak dapat menghayati erti Merdeka paling asas ini, kita akan dibebankan dengan penghambaan sampai bila-bila.

Salam Merdeka. 'Bersatu dengan tali Allah dan janganlah bercerai berai'.

Comments

Cikli said…
salam kemerdekaan,

saya meraikan kemerdekaan dengan memerangi rasuah sepanjang tahun. InsyaAllah.
asal said…
salam merdeka.

setuju Cikli.
kita patut buat begitu setiap kali hari merdeka, menanam satu azam patriotik untuk negara. Baru cool.

saya akan membeli sekurang-kurangnya 10 judul buku bahasa Melayu/Malaysia sepanjang tahun. :)

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?