Thursday, April 19, 2012

Api Panas tidak Semestinya Membakar

i.
Di musim keputusan SPM diumumkan, yang dirai ialah mereka yang mengumpul banyak A. Ada lebih 10,000 pelajar mendapat semua A. Mereka adalah pelajar berpontensi untuk ke Universiti. Universiti kini sebagai gedung keramat untuk mendapatkan pekerjaan baik untuk mengubah nasib keluarga. A itu telah dilihat sebagai dewa.

Saya hanya cuma baru tahu, seorang teman yang sangat cemerlang pencapaian akademik membuka cerita. Pada suatu masa ketika keputusan peperiksaan besar diumumkan, dia tidak mendapat semua A. Dapat masuk ke sekolah asrama atas panggilan entah ke berapa. Tiada siapa pernah peduli dia seorang yang punya potensi. Sehingga satu hari teman sekelas memandang dengan sebelah mata bertanya, "kau ni bodoh kan?"

Kalimah itu pada dirinya seperti api. Seperti ada minyak yang disiram kemudian membakar dari dalam. Tentu, dia menangis dan mengadu pada ibu bapa. Tetapi selepas itu dia terus memecut dan meninggal semua orang dibelakang. Hari ini dia adalah seseorang, yang cakapnya perlu didengar orang.

ii.
Semua orang takut gagal. Terutama dalam peperiksaan Universiti. Itu tandanya dia perlu mengulang. Dan mengulang mengundang senarai panjang tentang cabaran dan dugaan. 

Ditinggal kawan-kawan. Tambahan jam kredit. Tidak dibenarkan mengambil kursus semasa. Perlu membuat benda yang sama sekali lagi. Itu api yang membakar.

Tetapi kenapa perlu dilihat dari sudut itu? Bukankah ia satu petanda kita masih belum faham. Ada kelemahan diri yang perlu dibaiki. Ada kemahiran lain yang perlu ditingkatkan semula. Mengulang bukan azab, malah satu cara untuk jadi lebih baik. 

Kalau mengulang itu kurang baik, kenapa ketika di gua Hira', Jibrail membacakan Iqra' sehingga tiga kali?


iii.
Api tidak semestinya panas. Seperti kayu gaharu, jika tidak dibakar siapa tahu ianya wangi? Jika tidak diuji, siapa tahu jauh mana kita boleh pergi? 

Seperti matahari, ia api yang membakar tetapi pada masa yang sama menerangi dan membekalkan energi untuk semua orang dapat berbakti :)


9 comments:

BatuBulan said...

Waktu mengumpul A itu, saya selalu menangis dan rasa benci pada semua orang. Terima kasih kak AsaL sebab mengingatkan diri pada sesuatu yang saya tidak sedar dahulu.

ieka said...

aiks.. kalau masuk blog cik As ni asyik rasa nak kongsi pengalaman aje.. keke

saya pernah disiram kata2 "awak tak layak dapat ni" bila tiba2 menjadi cemerlang (cemerlang sgt la) tiba2 di dalam kelas.. ya, saya memecut dan berjaya meninggalkan yang berkata2.

3 tahun kemudian bertemu sekali lagi di kelas tuisyen (waa keciknya dunia). dia di SBP/Sains Mara , saya di teknik.. Dia terkejut, dan tertanya kenapa result baik tapi tidak di SBP/Sains Mara tapi saya beritahu ini pilihan saya.. Kali ni tak cakap apa2.. mungkin teringat kisah dulu? haha

bertahun2 cemerlang, saya gagal pertama kali satu subjek di universiti. Wahh tertekan sungguh. seminggu mengulangkaji subjek itu shj dan tidak tidur 30 jam sebelum exam, saya tak faham apa pun..

kemudian saya mengulang.. membaca dari sisi berbeza (dan saya dapat tahu teknik belajar, develop teknik analisa dan fokus point dari situ).. tahun akhir thesis, hanya saya seorg menggunakan teknik analisa tersebut dari seluruh warga kampus.. agak bangga juga la kan.. sebab pensyarah sendiri pinjam nota saya utk faham teknik tersebut kekeke

oh, sekrg saya sudah lupa semua..yang ingat hanyalah kenangan.. :p

ASaL said...

BatuBulan - yup, pengalaman akan mengajar kita banyak benda. Dengan syarat kita merendah diri untuk diajari.

Terima kasih singgah BatuBulan. Suka nama ni, andai dapat menyimpan koleksi batu dari bulan, tentu saya seorang jutawan :)

ASaL said...

Ieka, terus kongsi.
Kata orang putih, sharing is caring.
Awak care saya kah? (haha soalan orang lama tidak berjumpa)

ASaL said...

Ieka - Api yang disiram pada Ieka, telah menyebabkan awak boleh faham teknik analisa.

Indahkan?

Bila nak ajar saya?

Cikli said...

belajar ibarat roda juga. pastikan masa yang sesuai semasa di bawah.

ieka said...

cik As dh terer bab analisa ini.. kalau mau belajar marilah makan roti banjir dan teh tarik barang segelas dua..kekeke

oh, kalau mahu ke sini..kita boleh makan keropok lekor atau ICT -ikan celup tepung ;)

ASaL said...

Cikli - Betul. Seperti sunnah Nabi Yusuf, 7 tahun makmur, 7 tahun lagi kemarau. Tapi bila di bawah, sudah bersedia.

ASaL said...

suka ICT dan SATA terengganu.
suka lagi belajar bab analisa.

:)