Bulan dan keindahannya, selalu mempersonakan. Kata mereka, wajah Nabi ibarat bulan. Menyinari malam yang gelap gelita dengar sinar yang terang. Begitu indah, membuat hati-hati rindu dan tersayat, sehingga ingin terbang ke Kubah Hijau. Andai di badan ada sayap. Fenomena Super Moon berlaku pada 5,6,7 Mei 2012 yang lalu. Bila melihat langit, bulan sedang menyinar dengan saiz yang paling besar dilihat mata. Di internet, bertebaran imej Super Moon dirakam jurugambar profesional dan amatur. Mereka jadi gila dengan imej kosmik yang datang jarang-jarang. Hasilnya, subhanallah. Seakan-akan bulan menampilkan diri dan mengucapkan salam. "Salam kembali padamu hai bulan. Sungguh kau pengubat hati-hati yang merindu." Kerana bulan juga kami dilimpahi tuah dengan cerpen bertajuk, "Bila Bulan Muncul". Dibawakan potongan fragmen yang membuat hati bertambah rindu pada pemilik telaga Haudh, Muhammad Rasulullah. “Bintang Hurban, Turaq, Zi-al, Zulkiftani, Qabisth, Watha...