Tanya adik, "jika kita ditekan, apa yang perlu dibuat?"

"Percaya sahaja yang Tuhan menghantarkan kita ke situ. Bersabarlah demiNya, buatlah yang terbaik demiNya. Mungkin Dia mahu berbicara, tetapi dalam keadaan aman dan damai biasa kita tidak sedia mendengar. Lihatlah ke langit, hantarkan doamu di sana, ia pasti bersambut kerana di situ terletak Cinta. Segala-gala dalam rahsiaNya. Jadikan hatimu sepenuh percaya! Kita tidak akan disia-sia."

Comments

Cikli said…
Jika kita spring, kita akan tunggu masa untuk balas balik anytime.

Jika kita air, kita akan cari ruang segera untuk keluar.

Jika kita agar-agar, kita akan pecah.

Jika kita handphone, kita akan rosak.
ASaL said…
Hehe kalau kena tekan harap saya jadi seperti spring dan air (untuk menempati ruang).
ieka said…
kalau jadi spring dalam air, boleh juga ke melantun keluar? he he he
ASaL said…
Spring boleh pantul semula jika air dah habis keluar :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK