Kata-kata
Saya lahir dari sekolah jurutera. Kata-kata mulus, tulus, manis, penenang jiwa seolah tidak pernah ada di kelas kami. (Maki hamun adalah) Tapi jauh dari sudut hati dan akal fikiran, kami tahu pensyarah kami berniat baik, cuma ekspresi itu tidak budayakan. Kami perlu jadi sekental batuan, konkrit, simen, kayu dan keluli. Begitu. Itu sekolah yang saya dilahirkan daripadanya.
Saya jadi terfikir, kata-kata itu seperti apa?
Semalam saya baca dialog antara Sir Bernard Shaw dan Maulana Aleem Siddiqui. Huh, susah juga baca. Banyak terma tinggi yang tidak dapat saya cernakan (al maklum dictionary tak pernah ada). Tetapi saya tertarik ketika Bernard Shaw perlu memberhentikan perbualan kerana kapal akan berlepas. Shaw mengekspresi rasa kesalnya kerana tidak dapat berlama-lama untuk dapat berwacana dan beliau juga mengiktiraf ketinggian ilmu Maulana. Antara lain butir bicara Shaw (yang dituliskan secara terjemahan bebas)
"Dialog yang berlangsung sekejap ini dapat meneman saya untuk bertahun-tahun akan datang."
Huish. Dialog boleh jadi peneman, dalam maksud lain kata-kata boleh jadi kawan? Biar betul ini.
Tadi saya dapat kata-kata yang baik dan perangsang dari email. Untuk orang yang bermurah hati menuliskan untuk saya, jazakallahu khairan.
Akhirnya saya faham, kata-kata itu juga boleh jadi seperti air yang menyirami tumbuh-tumbuhan ketika musim kering dan kemarau. Bagaimana dengan ada air, pokok-pokok akan jadi lebih hijau dan tambah serinya, seperti itu juga yang saya rasa. Rejuvenate (betul ke eja ni? si pemalas tanpa dictionary).
Kata-kata ada magis tersendiri. Saya baru faham dan percaya. Kerana itu mukjizat yang diberi kepada Rasulullah ialah melalui kata-kata, words, yang disempurnakan berupa Al Quran Karim.
Berkatalah dengan perkataan yang baik, ia mengandungi doa.
Sejak akhir-akhir ini saya kembali dapat bertemu dengan guru-guru sekolah kejuruteraan saya. Rupanya mereka juga punya ayat yang santun dan menceriakan hati yang mendengar.
Andai dapat saya pulangkan untuk membalas, saya akan ucapkan yang sama dikatakan oleh Sir Bernard Shaw kepada Maulana Aleem Siddiqui, "Terima kasih untuk penghargaan, terima kasih kerana menghadiahkan rakan yang akan menemani untuk hidup saya seratus tahun lagi."
(Ada suara sumbang kat belakang, "Jiwang karat". Suka hatilah :))
Comments
Di pagi yang penuh nikmat..awak membuat saya tersenyum sepanjang hari..terima kasih juga kerana mendoakan saya...
dari saya yang tak pandai menulis...hehehhe...
Jazakallahu khairan.
Dari kata-kata yang baik juga dapat menghadiahkan ilham.
:)