Entri untuk kamu
Saya menulis entri Kesyukuran Yang Dipanjangkan, kemudian mendapat komen dari Hara dengan kata-kata ringkas,
“saya mahu jadi orang muda itu.” Tiba-tiba suatu suara muncul di kepala, saya
mesti menulis untuk Hara, setidak-tidaknya sebelum penghabisan tahun 2012 ini.
Saya mendapat idea menulis begitu hasil dari perkongsian rakan TFTN, saudara Anas Alam di sini.
Baik, siapa sahaja boleh meragui idea simple yang mudah dan murah ini boleh menjadikan kita manusia hebat. Tetapi saya berharap apa yang dikupas nanti dapat dijadikan panduan sebelum membuat resolusi tahun 2013. Bukan syarahan untuk orang, tetapi ini adalah untuk diri saya juga. Bukankah sudah saya katakan bahawa ini adalah perkongsian untuk direnungkan.
Saya menulis entri ini untuk
Hara, bukan hanya seorang Hara tetapi beribu-ribu Hara di luar sana yang
menjelma mungkin sebagai Azman, Ahmad Suhaimi, Daud, Basyir, Azizi, Izzati, Hazimah,
Teha, Kamarul, Ajik, Zahid, Ariffuddin, Atikah, Amalina dan ramai lagi. Untuk
orang muda sezaman, dari suara orang muda yang telah terkehadapan zaman lebih 5-10
tahun seperti saya, dan angkatan yang seusia.
Ini pernyataan komitmen, dan
mungkin entri ini akan jadi bersambung-sambung panjangnya.
Saya patut sudah menulis lebih
awal, selepas mendapat komen Hara. Ketika berjogging pagi dan petang, dalam
kepala sudah terbentuk isi-isi penting untuk ditulis sebagai perkongsian,
sebagai pesan perdamaian dan kasih sayang. Tetapi tetap tertangguh, sehingga
saya disinggahi flu sederhana berat.
Semalam ketika berkumpul dengan
sepupu-sepupu orang muda, saya mendapat alasan kenapa tulisan ini ditangguhkan.
Pertemuan saya dan sepupu-sepupu yang tidak direncana, tetapi dapat membolehkan
kami membuat perkongsian begitu bermakna. Itu memantapkan lagi keperluan untuk
saya membuka notebook hari ini dan menulis. Meski mata pedih dan mukus ringan
yang panas berterus-terusan mengalir dari hidung. Hari ini saya menulis kembali, semoga
waktunya tepat sebagai penutup tahun. Sekarang saya fahami, adik saya bukan hanya seorang. Generasi akan datang akan bermunculan dengan waktu.
Hari ini saya percaya perkongsian walau kecil dan ringkas, ia amat bermakna. Dengan syarat kita ikhlas berkongsi. Saya belum pernah lagi kenal Hara secara fizikal, tetapi penglibatan saya bersama yang seusia dengan beliau telah menyebabkan ruang dimensi saya terbuka lebih lebar dan luas.
Ini zaman penuh dengan kekeliruan, budaya informasi dan internet mengisi ruang. Tetapi belum lagi dapat memulihkan kemanusiaan dan mengembalikan kemuliaan manusia secara global dan besar-besaran.
Kalau kita membuka mata besar-besar, ternyata ramai antara kita sudah lelah. Dalam usia muda sekalipun, kita sudah mengalami kesan ditikam rakan dari belakang, kita dikhianati oleh orang dalam organisasi sehingga melabuhkan maruah dan kehormatan kita sekaligus, peluang yang tidak datang secara adil kerana kita kurang dari segi harta, rupa, kabel (orang VVIP yang mempunyai kuasa memberi arahan dan membuat keputusan), kita mendapat keputusan peperiksaan yang rendah kerana mengambil keputusan tidak mahu meniru (membuat toyol), kita di pandang lekeh kerana mahu bersederhana dan menjalani hidup yang lurus, segalanya. Seribu macam perkara, kerana satu sebab, dunia ini dan sistem yang ada dalamnya dikuasai oleh orang yang tidak adil.
Dunia yang sudah begitu advanced teknologinya, tetapi telah mematikan segala kemanusian yang murni.
Pokok persoalan yang berat tetapi ada benda lain yang mahu dikongsikan.
Satu perkara yang mahu dikongsikan adalah persoalan-persoalan "bagaimana kami orang muda dapat menjadi orang yang hebat dan melakukan sesuatu yang hebat pula?"
Satu perkara yang mahu dikongsikan adalah persoalan-persoalan "bagaimana kami orang muda dapat menjadi orang yang hebat dan melakukan sesuatu yang hebat pula?"
Sedang yang ditanya tidak lebih hebat dari yang menanya. Tetapi berdasarkan pemerhatian, mungkin saya boleh kongsikan beberapa tips, yang juga boleh dibincang lebih lanjut, dikritik, dan komen membina.
Saya mendefinisikan hebat dengan satu tindakan yang meninggalkan impak. Tidak perlu berskala besar, tetapi sudah cukup menggerakkan yang dekat dengan sesuatu yang bermakna.
Satu perkara yang cukup simple, tetapi tetap tidak diperhatikan oleh kita orang Melayu Malaysia adalah untuk membaca. Barangkali mereka yang kerap kali singgah di blog saya ini akan terus-terusan mengeluh "takkan nak tulis tentang membaca lagi."
Satu status update saya di Facebook berbunyi seperti ini, "Ramai orang yang super berjaya dan mendapat jawatan penting di jabatan, surprisingly adalah mereka yang kuat membaca. Kalau membaca bukan aktiviti yang cool, tentu mereka buat benda lainkan? Membaca itu cool and fun!"
Teman-teman baru yang saya kenali, yang menggerakkan TFTN rupanya mempunyai satu persamaan yang baru saya sedar sekarang. Mereka adalah pembaca tegar, meletakkan agenda membaca sebagai satu rutin dalam hari-hari mereka, membudayakan diskusi untuk menjana idea yang kritis dan kreatif, menulis sebagai bentuk ekspresi dan segala-galanya tentang membaca, yang saya sendiri ketinggalan dari amalan mereka itu.
Kenapa saya katakan mereka adalah super cool, kerana mereka adalah manusia yang memperjuangkan keadilan dan membenci ketidakadilan, sentiasa memandang dengan kasih golongan yang dikasihi Nabi seperti anak yatim dan miskin, sentiasa meluangkan masa agar dapat mencurahkan bakti dan kebajikan, berusaha tidak pernah kenal alasan, dan sentiasa bersemangat tinggi. Saya juga kalah dengan budaya mereka yang ini.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga tidak melupakan hak-hak pada diri dan keluarga. Selalu punya waktu untuk menggembirakan anggota keluarga, dan sangat mengujakan mereka sudah pun mengelilingi separuh dunia, dan merancang untuk mengelilingi dunia sekaligus.
Hebatkan!
Jangan salah sangka, mereka bukan ultra kaya. Tetapi tetap orang sederhana seperti kita. Kawan-kawan saya itu hanya kaya dengan impian, dan dari membaca telah menyebabkan ruang mereka dibukakan. Melancong keluar negara bukan perlu duit yang banyak, tetapi cukup hanya dengan ilmu backpacking. Atau mencari ruang untuk dapat membentang kertas kerja keluar negara, mereka akan dapat juga melihat negara orang.

Kalau saya sendiri tidak kenal mereka, saya juga mungkin akan menganggap ia kisah yang sengaja dicipta dan disensasi sedemikian rupa. Saya masih hidup dan tidak bermimpi, ketika melihat sahabat-sahabat pencandu buku dan baca ini membuat sesuatu yang meninggalkan impak pada diri sendiri dan masyarakat setempat. Modal kata mereka, "semua itu boleh dicari. Yang penting hati yang mahu."
Ada sebab baca dianggap tidak menarik.
1. Baca tidak dijadikan kegiatan aktif. Kebanyakkan orang menganggap membaca aktiviti sehala yang pasif.
Solusinya, cari 2-3 orang rakan yang suka berkongsi. Ajak mereka berbincang setelah selesai baca.
2. Baca bukan aktiviti yang cool dan dipandang sebagai mereka yang tidak pandai bersosial.
Solusinya, jadikan budaya membaca sesuatu yang cool seperti yang dipelopori oleh gerakan komuniti internet seperti Baca@LRT dan BukuJalanan.
3. Baca tidak membawa kemana-mana. Mereka dilihat sebagai introvert yang hidup dalam alam sendiri.
Solusinya, jadikan bahan bacaan kita sebagai eksperimen dan kongsikan pengalaman dengan kawan- kawan.
Banyak cara lagi, mungkin ada yang sudi beri cadangan nanti.
Apa pun yang cuba dicungkil aspek positif dari baca ini, ia tidak boleh melawan promosi yang telah dibuat sejak Rasulullah sawa dari wahyu pertama yang diterima Baginda.
Rasulullah menerima wahyu pertama, perkataannya "Baca."
Kata kita sepenuh percaya pada Tuhan, Al Quran, pada Nabi, tetapi untuk suruhan yang mudah ini pun kita tidak sanggup untuk buat. Dimanakah letak keimanan kita pada suruhan pertama?
Kata rakan saya, Anas Alam, CEO CEO terkemuka dunia adalah mereka yang membaca 50 buah judul buku setahun. Saya percaya kejayaan mereka ada kaitan secara langsung dengan aktiviti membaca. Alhamdulillah, sata saya sendiri menyaksi, yang serius menjadikan baca sebahagian dari rutin hidup mereka adalah penjawat-penjawat jawatan penting di institusi mereka sendiri.
Ini zaman keliru. Kita beranggapan bahawa TV, games memberikan kita manfaat kerana kita gembira lakukannya. Tetapi secara hakikatnya, ia tidak pernah memberi kebaikan yang sebenar. Sekiranya TV satelit, games, online games boleh memberikan kita manfaat, sudah tentu kemanusian akan turus subur di bumi kita bukanlah keganasan dan kezaliman.

Saya memberi nasihat yang sama kepada adik saya seorang di rumah, dan sepuluh ribu orang yang lain di luar sana. Ketika kita tenggelam dalam budaya menonton TV dan main games, anak-anak muda di Eropah, Barat dan di Israel tenggelam dengan buku-buku.
Ketika mereka menjadi jutawan sebelum usia 30, kita masih lagi menyanyi "apa yang penting? kerjasama!"
Tahun 2013. Untuk diri sendiri dan adik-adik di luar sana, marilah kita imani wahyu pertama sepenuh jiwa. Kata sepupu, "iman itu apa yang sebut di lidah, yang dibenarkan dalam hati, dan dibuktikan dengan amal perbuatan."
Sudah sampai masanya untuk kita faham erti iman dengan ertikatanya yang sebenar. Imani wahyu pertama yang dihantarkan oleh Allah, melalui perantara malaikat Jibrail yang mulia, kepada junjungan besar Rasulullah sawa. Dan Nabi tidak menerima wahyu itu jika bukan akhirnya Baginda mahu sampaikan kepada kita.

Comments
And I envy those who are about my age, or younger, but read 10x more than I do.
~Sedang cuba meningkatkan azam untuk terus membaca~
Me too, envy those who read a lot more than I can.
Cemburu yang bertempat, dan digalakkan!
Bersungguh-sungguh orangnya nak kembangkan TFTN. Alongside Dr Maszlee, Ust. Hasrizal, and those great peoples you've mentioned before in previous posts. Including you! Great opportunities~
TFTN win a jackpot when he is in, but me personally feel like in boiling pot (hahaha - he will chase you to read this and that). But, it is always great to have a friend like his kind.
They are great peoples, I'm just lucky they find us. Thank God, Alhamdulillah.
True, great opportunities ahead, years to come insyaAllah.
sedang banyakkan pembacaan dengan membaca buku2 yang point-based and banyak illustrations, bukan novel. sebab, those kind of books senang dibaca, and of course attractive!
off white nike
ggdb
goyard
cheap jordans
lebron 15
supreme hoodie
yeezy boost 350 v2
lebron 17 shoes
pg 1