Memahami Perubahan - 1

Fenomena perubahan berlaku sangat ketara dewasa ini, terutama bila perubahan berlaku di kalangan artis-artis yang menukar kehidupan mereka 180 darjah. Kenapa contoh yang saya bawakan artis? Hanya artis mendapat tempat di dada akhbar, tabloid, akhbar internet, ruang gossip. Jadi kena sanggup terima di kalangan masyarakat kita, besar kecil tua muda, artis ialah bahan cerita. Pelengkap berita dalam akhbar, so deal with it.

Paling terbaru ialah Afdlin Shauki, cerita perubahan beliau bukan konvensial. Berubah tetapi tidak memakai bentuk seperti Sham Kamikaze, Al Mawlid, Yatt, Abby Abadi, Bob dan yang lain-lain. Bukan mengubah pakaian, tetapi merubah tindakan. Konsisten dan lantang, namun masih dalam ruang kreatif dan berseni. Masih berlawak dan kekal bertanding dalam Maharaja Lawak Mega, tetapi tekad untuk menggunakan ruang yang ada untuk mempersembahkan karya yang mempunyai makna dan nilai.

Dalam banyak hal, saya suka perubahan versi Afdlin dari yang lain-lain. 

Dengan segala perubahan yang berlaku ini, saya cuba memahami. Kenapa perlu berubah, apa syarat berubah dan adakah berubah itu normal?

Dua hari lepas, sepupu selalu menimbulkan persoalan mengenai Prof Kamil, dan perubahan mendadak yang beliau lalui. Cousin sangat concern kritik pedas orang ramai yang tidak respon positif kepada cara Prof Kamil bercerita melalui buku atau blog. Dengan menceritakan serba-serba, baik dan buruk yang diperincikan tanpa segan silu, imbuhan besar kecil yang mengejutkan ramai orang. Akhirnya mereka merumuskan tulisan seperti itu seolah-olahnya menampilkan sikap riak dan bercakap besar.

Bercakap Tentang 'Saya'

Lama sebelum baca karya Prof Kamil, saya sendiri ada seorang guru - sangat saya hormat. Setiap kali beliau mahu menunjukkan sesuatu, beliau akan mulakan perkataan dengan "saya itu, saya ini, saya buat, saya fikirkan, saya baca, saya bincang, saya email". Pendek kata segalanya tentang saya.

Dalam ramai audien yang mendengar syarahan dan kuliah beliau, saya tahu ramai tidak bersetuju. Mungkin sampai tahap menyampah kot. Kerana membuat segala macam contoh dari perkataan saya. Seolah-olahnya hanya dia yang betul, contoh dia sahaja yang boleh diterima pakai.

Tetapi setelah meneliti lebih dalam, mesej guru saya itu lebih besar dari sangkaan negatif orang. Beliau hanya mahu menyatakan yang beliau telah pun lakukan, apa yang beliau sampaikan. Perkataan lebih mudah, "walk the talk", "cakap serupa bikin", "amal dengan ilmu yang diperolehi."

Berkali-kali juga beliau terangkan, betapa bersalahnya dia jika menyuruh orang lain untuk berbuat sesuatu, tetapi beliau sendiri belum pernah buat. Walaupun kedudukan dia sebagai pemimpin dan ketua, tetapi beliau menolak untuk menjadi Ketua yang mahu memerintah dengan kuasa. Tetapi lebih dari itu, memimpin dengan menunjuk jalan yang beliau dulu perintisnya.


Soalan saya, berapa-ramai-ketua/pemimpin-seperti-itu?

Begitulah kembalinya respon saya kepada sepupu. Prof Kamil berbuat perkara yang sama seperti guru saya. Tinggal lagi ada satu extra, beliau tidak segan untuk menanggalkan segala 'pakaian' peribadi yang buruk sebelum ini, untuk dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia mungkin. Iaitu siapa-Kamil-sebelum-ini.

MasyaAllah, entah bila tahu saya mampu mempunyai kekuatan seperti itu. 

Untuk segala kritik dan sangka buruk orang lain kepada Prof. Kamil, saya akan jawab dengan perkataan ini. "Meski apa pun berlaku, hampir semua jemaah Haji Malaysia, sebelum pergi Haji akan membaca Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Prof. Malah ada yang membawanya sebagai panduan perjalanan di Makkah dan Madinah."

Kenapa perubahan kepada Prof. memberi impak begitu besar sekali di Malaysia? 

Kita Hanya Manusia

Satu alasan sahaja yang boleh saya fikirkan untuk fenomena Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, bahawa manusia-manusia terpilih yang melakukan transformasi dan istiqamah, suatu-masa-dahulu-mereka-juga-manusia-biasa-yang-membuat-kesalahan-dan-dosa.

Itu. 

Hakikat kenyataan, Prof manusia biasa yang dalam sepanjang usia melakukan perkara-perkara bodoh, jahil, ego, pentingkan diri sendiri, melanggar peraturan Tuhan juga menjumpai jalan pulangnya. Itulah hakikat yang dicari oleh setiap dari kita, kerana kita juga manusia-seperti-itu. Apa yang terjadi pada Prof. melalui cerita-ceritanya memberikan kita sepenuh harapan, bahawa insyaAllah suatu hari, kita juga akan menjumpai jalan untuk kembali.

Sehingga selesai berbual dengan cousin, saya mendapat alasan kedua kenapa buku beliau boleh jadi fenomena: bahawa Prof Kamil saya pastilah sangat ikhlas kerana itu Allah memberikan beliau dengan kemuliaan setinggi itu. Buku-buku yang ditulis mencapai kategori bestseller dan diulang cetak. Apa lagi yang diigini oleh seorang penulis, jika bukan buku hasilan tangan mendapat sambutan bertaraf fenomena. Itu akan menjadikan kita orang kaya segera.

Sewaktu zaman silam Prof yang begitu mengejar dunia untuk dapat dunia. Beliau memang dapat yang diusahakan. Yang aneh itu ialah, ketika sekarang ini beliau mahu meninggalkan dunia untuk dapat kenikmatan lebih abadi, dunia masih lagi terhegeh-hegeh mengejar Prof dan memberikan segala kesenangan seperti ramai manusia idam-idamkan. Aneh, Prof sudah tidak mengejar lagi.



Comments

Harith said…
Saya juga berasa seperti sepupu penulis ketika Prof Kamil datang menyampaikan talk di sekolah kami (sekolah beliau juga selama 5 tahun).

Terdetik di perasan ketika itu, "dari tadi asyik cakap pasal diri dia yang hebat je, cerita sana cerita sini. Mana nilai rendah diri orang yang berwibawa?"

:S

Mungkin ada benarnya isi daripada post di atas.
ASaL said…
Saya lebih menyampah bila penceramah quote ramai orang yang baik-baik dan kerja-kerja mereka yang hebat, at the same time saya tahu peribadi penceramah sangat rendah dan tiada kerja dari dia yang boleh dibanggakan, melainkan menumpang ihsan orang lain.

Period. :p

Tapi dunia majoritinya di mana-mana tempat seperti itu.
Harith said…
Hehe, dia ada cerita yang nak disampaikan. Cerita dia. Cara dia, cara dia. Ibrah kepada mereka yang (nak) mendengar/membaca :D

Learnt something there. ^^
ASaL said…
^.^

the colors of life.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah